Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Fail meja PSS

PENGENALAN

Fail Meja merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami bidang tugas, prosedur-prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa.

Penyediaan Fail Meja ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik.


KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.

PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum.

Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.


PROFIL PUSAT SUMBER SEKOLAH

- Sejarah
- Kemudahan fizikal
- Kemudahan sumber manusia
- Bilangan pelanggan


VISI PSS

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat





MOTTO PSS

* Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu


MATLAMAT PSS
*
· Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
· Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
· Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
· Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat
menerusi penggunaan komputer.


OBJEKTIF PSS

· Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
· Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
· Meningkatkan profesionalisme guru
· Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
· Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
· Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
pelajar.


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2. Menentukan sumber kewangan PSS.

3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.

8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.


SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1)

1. Bertanggungjawab kepada Pengetua
2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk PSS
3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA

1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan
2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan



GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
Share:

Karnival Pra-Sekolah...meriah!!


SKDA telah dipilih sebagai tuan rumah untuk karnival pra sekolah peringkat daerah Tampin. Karnival ini berlangsing pada 11 Julai 2009. Semua sekolah dari daerah Tampin mengambil bahagian. Perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan bercerita Bahasa Melayu, Pertandingan bercerita Bahasa inggeris, Pertandingan Hafazan,Pertandinngan Tarian Tradisional dan Pertandingan Action Song.

Karnival berlangsung dalam suasana yang amat meriah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta yang disampaikan pegawai PPD .


Share:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada rakan seperjuangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Semoga dengan anugerah ini akan terus meningkatkan usaha dan perkhidmatan kita ke arah yang lebih mantap....
Senarai penerima APC pada tahun ini:
1.En Mohd.Ariffin bin Mahat.
2.Puan Noriah bt Ab.Rahim.
3.Puan Rosnah bt Abdullah.
4.Puan Rohah bt Muslim
5. Puan Nor Akmal @Fazidah bt Othman
Share:

Selamat berpisah...Ustazah Rohayu.

SKDA kehilangan sebutir intan lagi. Pada awal cuti penggal bermula, Ustazah Rohayu mendapat berita bahawa pertukarannya ke Melaka telah diluluskan. Beliau mendapat tempat di Sekolah Kebangsaan Pulai, Melaka.Beliau mendaftar di sekolah tersebut pada 16 hb Jun 2009.
Satu majlis perpisahan diatur untuk beliau.Pada pagi Isnin beliau berucap di perhimpunan dan kemudian bersalaman dengan murid SKDA. Menjelang akhir persekolahan hari yang sama, satu perjumpaan diadakan di Bilik Gerakan SKDA untuk tujuan bertemu dengan rakan-rakan guru dan warga SKDA keseluruhannya.
SKDA merupakan sekolah pertama tempat berkhidmat bagi Ustazah Rohayu.Menurut beliau terasa berat hatinya untuk meninggalkan sekolah ini tapi apakan daya..disebabkan suaminya bertugas di Melaka terpaksalah beliau mengikut suaminya.Banyak kenangan di SKDA yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
Warga SKDA mengucapkan selamat berpisah untuk Ustazah Rohayu semoga beliau gembira bertugas di sekolah baru beliau.
Terima kasih.......ustazah. Jasamu tetap dikenang.
Share:

Perancangan aktiviti PSS

Perancangan aktiviti PSS SKDA 2009

Perpustakaan

· Proses automasi buku masih dijalankan. Tetapi komputer mengalami masalah jadi pengurusan pinjaman dan pemulangan buku menggunakan kaedah manual.

· Menu PSS telah dicetak dan diletakkan di perpustakaan untuk kegunaaan guru.

· Program NILAM – Buku yang berkualiti akan diperbanyakkan meliputi Tahun 1 hingga 6.

· Pertandingan membaca terbanyak dijalankan berpandukan buku NILAM.

· Anugerah Pembaca Terbanyak pada Hari Kecemerlangan 2009.

· Kempen Membaca.

o -Pertandingan (mengarang, tulisan cantik, sajak dll)

o -Bicara buku.

o -Ulasan buku

· Keceriaan perpustakaan.

· Pembelian buku-memperbanyakkan buku karya agung.

· Proses buku.

· Baik-pulih buku.

· Pameran dari pengedar buku.

· In-house training untuk pustakawan 2009.

· Program Sasterawan Negara.

Makmal Bestari (KDP –Komputer Dalam Pendidikan) dan Makmal IT

· Jadual penggunaan komputer disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran untuk setiap matapelajaran selama satu jam seminggu untuk murid.

-Tahap 1

-Tahap 2

-Kelas Pend. Khas Bermasalah Pembelajaran

· In-house training akan diadakan untuk guru-guru bergantung pada keperluan.

· Aktiviti keceriaan makmal komputer.

· Program IT untuk pelajaran Bahasa Melayu-minggu 1 dan 3

· Program ICTL untuk Bahasa Inggeris- minggu 2 dan 4.

Audio-Visual

· Operasi bilik tayang berpindah ke bilik BBM

· Pengrekodan penggunaan TV/Video/TVP

· Rakaman siaran –rakamsalin atau download. Guna CD burner

· Aktiviti keceriaan .

BBM dan Grafik

· Alatan distok dan dikemaskini.

· Penambahan alatan dibawah pengurusan Panitia Matapelajaran.

· Borang penggunaan alatan hendaklah diisi oleh semua pihak yang menggunakan alatan.

· Alatan yang telah lama akan diedar ke kelas untuk bahan pameran kelas.

· Penyimpanan alatan- Bilik PPSMI

- Bilik JQAF

- Makmal Sains

- Makmal Komputer

- Bilik Kemahiran Hidup

SALC

· Penggunaan SALC sejam seminggu semasa P&P Bahasa Inggeris mengikut jadual.

· Mengemaskini dan merekod bahan.

· Aktiviti keceriaan bilik.

· Perancangan Pembangunan sekolah – Bilik SALC akan dijadikan bilik PKBP

Siaraya dan Radio Sekolah

· Kemudahan PA dalam keadaan baik.

· Sekolah telah membeli PA System yang baru hasil dari sumbangan YB Shaziman.PA yang lama telah dibaiki.

· Program Radio Sekolah –siaran akan dimainkan semasa rehat di kantin. Pendawaian akan dibuat di kawasan kantin.

Program Bulan Akademik dan Minggu PSS

· Bulan Jan/Feb : Panitia Agama Islam/JQAF/Pend.Moral

· Bulan Mac : Panitia Bahasa Melayu/Minggu PSS

· Bulan April : Panitia Sains/Kem.Hidup

· Bulan Mei/Jun : Panitia Bahasa Inggeris

· Bulan Julai : Panitia Matematik

· Bulan Ogos : Panitia Muzik/Pen.Seni/Kajian Tempatan/PSV/PJK.

Laman PSS

· Dokumentasi segala aktiviti sekolah.

· Melengkapkan Profil sekolah 2009

· Penerbitan majalah sekolah dalam bentuk CD.

Laman PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)

· Bahan berupa buku-buku contoh rujukan guru diletakkan di Laman PAK.

· Laman PAK Bahasa Melayu : Lokasi di tangga sebelah dewan.

Pertandingan Power-point SK dan Pra-sekolah.

· Untuk tahun 2009 : SKDA akan mengambil bahagian.


Galeri Sekolah

· Pameran mengikut tema yang bersesuaian-Lokasi: Perpustakaan sekolah

· Galeri KT/SV/Kriket-Lokasi: Bersebelahan tangga ke pejabat

Laluan ilmu

· Pengisian bahan berdasarkan panatia matapelajaran.

Program NILAM

· Program dijalankan meliputi semua murid SKDA.

· Pengisian data mengikut automasi NILAM.

· Hadiah Pembaca Terbanyak akan diberi kepada murid yang membaca paling banyak buku.

· Sijil untuk pelajar tahun 6 diberi pada akhir tahun.

· Buku karya agung akan diperbanyakkan.


Buletin dan Brosur PSS

· Pengisian akan dibuat berdasarkan tema atas ketetapan PSS

· Brosur untuk setiap unit dikemaskini.

· Buletin PSS akan dikeluarkan 2 kali setahun.

Pameran Bertema PSS

· Pengisian akan dibuat berdasarkan tema atas ketetapan PSS

· Bahan pameran difail dan didokumentasikan.

Share:

Pusat Sumber Sekolah

VISI
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN

YANG BERKUALITI KEPADA WARGA

SKDA KE ARAH KECEMERLANGAN

SEKOLAH SEJAJAR DENGAN HASRAT

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



MISI
PUSAT SUMBER

1.MENINGKATKAN TARAF P&P SERTA PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK.
2.MEMBENTUK POTENSI INDIVIDU SERTA SAHSIAH YANG POSITIF
3.MENGGALAKKAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN P&P DALAM MEMPELBAGAIKAN TEKNIK PENGAJARAN.
4.MENGADAKAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG PELBAGAI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PEMBELAJARAN YANG BERBEZA DI KALANGAN MURID.
5.MEMBANTU MEMBINA TABIAT BELAJAR SECARA KENDIRI MELALUI PENYELIDIKAN, PENCARIAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT SECARA SISTEMATIK MELALUI PENGGUNAAN BAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PSS.
Share:

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, rujukan mahupun tindak balas boleh hubungi kami melalui e-mail rasmi SK Datuk Abdullah

Email : skda5004@gmail.com
Share:

Carta Organisasi Kurikulum

Share:

Carta Organisasi Sekolah

Share:

Motto & Lencana SKDA

Motto sekolah

maju terus maju



qMaju - Bergerak ke hadapan
qTerus Maju - Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah bagi menjana modal insan yang berjaya di dunia
dan akhirat .


Share:

Bendera Sekolah

Share:

Perutusan Guru Besar

TUAN HJ. ZAINAL BIN YUSOF


Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam laman web sekolah SKDA ini.

Penerbitan laman web sekolah ini adalah usaha untuk mendokumentasikan dan mengumpul data yang berkaitan dengan sekolah untuk tatapan umum. Ia juga boleh dijadikan instrumen untuk menilai sumbangan pelbagai pihak.

Kejayaan sekolah dalam bidang akdemik dan kokurikulum adalah asas utama dan terpenting dalam memastikan SKDA sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejarah kegemilangan sekolah bukanlah kayu pengukur kejayaan sekolah tetapi kekuatan dan kemenangan berterusan yang akan meletakkan sekolah ini sentiasa berada di puncak.

Tidak dapat disangkal lagi, ketinggian martabat sesuatu bangsa dan negara tidak dapat dipisahkan daripada pencapaian masyarakat dalam bidang ilmu. Justeru, sekolah bukan sahaja dilihat sebagai institusi yang berperanan untuk memperlengkapkan murid dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan masa kini semata-mata. Sekolah juga harus berperanan memperteguh jati diri disamping memperkasa benteng ketahanan rohani dan emosi bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di masa hadapan.

Harapan saya agar para pelajar SKDA dapat menjadi insan berkualiti dan berakhlak mulia bagi mencapai martabat insan cemerlang dan modal insan terbilang.

Sekian, terima kasih.



Tn.Hj. Zainal bin Yusof

Guru Besar ,

Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah,

Gemencheh,

Negeri Sembilan Darul Khusus.






Share:

Misi Kurikulum

• Yang tahu mengajar, yang tidak tahu belajar.
• Belajar dan mengajar sebagai satu ibadat.
• Memantapkan P&P yang berkesan.
• Membuat penilaian dan tindak susulan
• Perkongsian pintar.
• Prasarana P&P yang kondusif.
• Menghargai setiap peningkatan pencapaian murid.
Share:

Visi dan Misi


VISI SKDA

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


MISI SKDA

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Share:

Lagu Sekolah

Bersatu bersama
Menuju jaya
Cergas berdisiplin
Erat mulia
SKDA mara
Siap sedia
Maju terus maju
Harapan bangsa
Share:

Kehilanganmu di rasai...

Tarikh 13 April 2009 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga SKDA. Pemergian Allahyarhamah Norhayati bt Ibrahim iaitu seorang guru SKDA merupakan satu kehilangann yang tidak dapat di cari ganti.
Allahyarhamah Norahayati adalah seorang guru yang disayangi oleh anak didik SKDA.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula dari 1 Disember 1989. Penglibatan beliau dalam dunia pendidikan bermula dari tahun 1986.Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Melaka kerana menghidap penyakit pankreas setelah sebulan ditahan diwad hospital.Beliau lahir pada 21 Disember 1960.Beliau meninggalkan seorang suami Hj.Abd.Rahman b Samsudin dan 6 orang cahaya mata.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....amin...
Share:

Senarai Nama Murid Yang Berjaya Mendapat 5A Dalam Upsr Tahun 2008

ESPAARY A/P MOHAN
MOHAMMAD AZWAN BIN MOHD FARID
MUHAMMAD MIQDAD BIN KAMARUZAMAN
NOR SYAHIRAH BINTI MOHD DIAH
NUR FAZLIN BINTI MOHD FADEEL
PUTERI UMMAIRAH BINTI IZAN SHAH
RASYIDAH BINTI HARUN
SITI NOR AISYAH BINTI AKHWAN
MEGAT ARIF SUHAIL BIN ZAHA RIFFIN
Share:

Anugerah Sekolah Cemerlang Sukan Negeri Sembilan 2008

SKDA telah berjaya sekali lagi memenangi anugerah cemerlang sukan Negeri Sembilan bagi tahun 2008 setelah mendapat anugerah yang sama pada tahun 2005. Kejayaan ini amat membanggakan warga sekolah keseluruhannya.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Allson Klana, Seremban. Anugerah diterima oleh Pn.Hjh.Napsiah bt Yusuf selaku Guru Besar mewakili warga SKDA pada 11 April 2009 .Turut menerima penghargaan ialah jurulatih utama pasukan kriket SKDA iaitu En.Azman Aziz dan En.Saravanan Machap.SKDA juga menerima Anugerah Sukan peringkat PPD bagi tahun 2008.
Kecemerlangan pasukan kriket sekolah menjadi pengukur prestasi SKDA berbanding sekolah-sekolah lain. Pasukan Kriket SKDA telah 6 tahun berturut menjadi Johan Pertandingan Kriket peringkat negeri. Ramai antara pelajar SKDA dipilih untuk menyertai skuad negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Diharapkan pasukan kriket kekal mengungguli tempat teratas untuk tahun-tahun seterusnya.
Share:

Kejayaan Dan Anugerah SKDA

- Anugerah SEKOLAH CEMERLANG SUKAN NEGERI SEMBILAN 2008

- Anugerah GEMILANG-PROGRAM KANTIN GEMILANG sekolah rendah
peringkat PPD 2008

- Johan pertandingan Kriket peringkat negeri 6 tahun berturut dari 2004 hingga 2009

- Naib Johan Piala Ahmad Sarji 2004, 2006 dan 2008

- Anugerah SEKOLAH CEMERLANG SUKAN NEGERI SEMBILAN 2005

- Kejohanan Olahraga MSSDT 2004 2 pingat gangsa 4x100m lelaki bawah 10 tahun dan 4x100m perempuan bawah 12 tahun

- Kejohanan bola sepak MSSDT 2004 Naib johan

- Bola jaring MSSDT 2004 Peringkat daerah

- Kejohanan kriket MSSDT 2003 Tempat ketiga

- Kejohanan hoki enam sebelah MSSDT 2003 (lelaki) Suku akhir

- Pertandingan MTAQ peringkat daerah 2004 Johan pertandingan bacaan Al- Quran dan tempat ketiga azan.
Share:

Sejarah SKDA

Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah atau nama asalnya Sekolah Melayu Gemencheh telah didirikan pada tahun 1885. Pada tahun 1960 ia telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh. Kemudian pada tahun 1980, namanya ditukar sekali lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH. GEMENCHEH mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh. Sekolah ini terletak kira-kira 2 km daripada pekan Gemencheh dan 30 km daripada pekan Tampin.

Menyingkap sejarah awalnya, sekolah ini hanya merupakan sebuah pondok beratap rumbia dengan 23 orang murid darjah 1 hingga 5 dibawah pentadbiran Guru Besarnya, Cikgu Mohd Amin dan dibantu oleh Cikgu Sidek.

Pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran adalah dalam keadaan tidak selesa kerana tiada kemudahan fizikal. Murid-murid hanya duduk bersila di atas tanah, menulis di atas papan batu tanpa buku latihan dan buku bacaan.

Serentak dengan sambutan Jubli Intan, sempena 85 tahun penubuhannya, sekolah ini telah bertukarnamanya sekalil lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH, sempena nama Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh, iaitu Datuk Abdullah bin Saat “Datuk Orang Kaya Setiawan luak Gemencheh”

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan tenaga pengajarnya hanya 2 orang sahaja dengan bilangan murid seramai 23 orang, kini Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah mempunyai 37 orang guru, 11 orang kakitangan bukan guru dengan 586 orang murid.

Selaras denga usianya ke-101 tahun, bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1954 telah disahkan oleh JKR tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu pada sesi persekolahan 1995/96 ini,pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Untuk menampung kekurangan itu, murid-murid tahun satu telah ditempatkan di bangunan lama (yang dibina pada tahun 1914) yang telah dibaik pulih.

Memandangkan pertambahan murid dari tahun ke tahun, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru atas rumah pada tahun 1905 tetapi malangnya telah terbakar pada tahun 1914. sebuah bangunan baru telah didirikan pada tahun itu juga.

Pada tahun 1954, sebuah lagi bangunan baru dengan 4 buah bilik darjah dan sebuah stor telah dibina. Pada tahun itu, darjah khas (daripada) yang dulunya di sekolah Kebangsaan Gedok telah dipindahkan ke sini.

Dengan perkembangan pesat arus membangunan Negara, pada tahun 1960, sebuah lagi bangunan dengan 4 buah bilik darjah didirikan. Pada tahun itu murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Rokan dihantar belajar ke sini. Dengan pemusatan murid-murid itu, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh.

Pada tahun 1975 hingga1976, murid-murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan Gemencheh dipindahkan ke sini setelah bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, pejabat guru besar, pejabat pentadbiran, bilik guru dan kantin diap dibina. Bangunan tiga tingkat ini dirasmikan pada 2 Oktober 1980 oleh YAB Datuk Rais bin Yatim, DSNS, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pihak sekolah berharap akan mendapat peruntukan untuk menambah bangunan baru untuk bengkel Kemahiran Hidup, Muzik, Pra-sekolah dan bilik darjah.

SKDA telah berjaya melahirkan cendikawan dan para intelek hasil kerjasama yang padu dan usaha gigih daripada guru-guru, masyarakat setempat, Jabatan Pendidikan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Dengan bermotifkan “Maju Terus Maju ” semoga SKDA akan terus cemerlang dengan menempa sejarah kegemilangan pada masa yang akan datang.
Share:

Doa Sekolah

ﺍﻠﻠﻬﻢ ﻨﻮﺮﻗﻟﻮﺑﻨﺎﺒﻧﻮﺮﻫﺪﺍﻴﺗﻙ ﻛﻣﺎ ﻧﻮﺮﺕ
ﺍﻷﺮﺾ ﺒﻧﻮﺮ ﺸﻣﺴﻚ ﺃﺑﺪﺍ ﺃﺒﺩا،ﺒﺮﺤﻣﺘﻚ
ﻳﺎﺃﺮﺤﻢ ﺍﻠﺮﺤﻣﻳﻦ
ﻳﺎاﷲ، ﺘﺮﻏﻳﻠﻪ ﻫﺎﺘﻲ ﻛﺎﻣﻲ ﺪﻏﻦ ﺤﻬﺎﻱﻫﺪﺍﻴﻬﻣﻮ،
ﺴﺑﺎﻜﺎﻴﻣﺎﻥ ﺍﻋﮑﺎﻮ ﻣﻧﺭﻋﻲ ﺑﻮﻣﻲ ﺪﻋﻥ ﺤﻬﺎﻱ
ﻤﺎﺗﺎﻫﺎﺭﻴﻤﻮ ﺴﻼﻤﺎ-ﻻﻤﺎﻥ، ﺪﻋﻥ ﺭﺤﻤﺗﻤﻮ، ﻮﺍﻫﺎﻱ
ﺗﻮﻫﻥ ﻳﻎ ﻤﻬﺎ ﻓﻣﻮﺭﻩ ﻻﻜﻲ ﻤﻬﺎﻤﻐﺎﺴﻳﻬﻧﻲ

Share:

Misi SKDA

1. Murid berpontensi, guru dedikasi, staff berkualiti.
2. Menggerakkan semua warga sekolah untuk merealisasikan visi sekolah.
3. Memperkembangkan potesi pelajar dan guru mengikut minat, kebolehan dan budaya saing ke tahap maksimum.
4. Membentuk semangat kekitaan di kalangan warga SKDA.
5. Mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
6. Membina budaya cemerlang warga SKDA.
7. Tugas dan tanggung jawab diutamakan.
8. Penguasaan 3M-100.0%

Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts