Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Program Membaca 1 Malaysia















Program Membaca 1 Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara turut dilaksanakan di SKDA pada 7 November 2010. Program bertempat di dewan sekolah melibatkan semua warga sekolah dan juga pegawai PPD Tampin yang membuat lawatan ke sekolah pada hari tersebut. Warga SKDA membaca selama 30 minit dan diikuti dengan ringkasan cerita yang disampaikan oleh pelajar. Program bertujuan untuk menerapkan tabiat minat membaca dikalangan pelajar. Semoga minat membaca akan terus berkekalan dikalangan setiap warga kerana ....MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN....
Share:

Program Selepas UPSR




Setelah tamatnya peperiksaan UPSR, pelajar tahun 6 telah dilibatkan dengan berbagai program bertujuan mengisi masa dengan berfaedah disamping mempersiapkan diri untuk memasuki alam persekolahan diperingkat menengah.
Berbagai program telah diatur. Antaranya ceramah, sukaneka, perlawanan futsal dan bola tampar, memasak, mengait, membuat layang-layang dan sesi motivasi.
Share:

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. Semoga dengan kedatangan Aidiladha akan dapat meningkatkan lagi ketakwaan dan keinsafan kita pada Allah S.W.T.
Share:

HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN 2010









Pada 10 Nov yang lalu, berlangsungnya Majlis Anugerah dan Kecemerlangan pelajar SKDA. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. Majlis dirasmikan oleh YB Dato'Mohd.Kamil (ADUN Kawasan Gemencheh) diiringi dengan isteri beliau, Datin Halimah. Majlis dimulakan dengan ucapan dari YDP PIBG, En.Ghazali Arshad diikuti oleh Tuan Guru Besar, Tn.Hj.Zainal bin Yusof dan ucapan perasmian dari YB Dato'Mohd.Kamil.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun dan juga Peperiksaan Akhir Tahun KAFA.Tokoh pelajar disandang oleh Mohd.Hidayat b Mohd.Reza, Siti Nor Aqilla bt Aznizam dan Mohd.Faris. Majlis juga diselang seli dengan persembahan kebudayaan dari pelajar-pelajar SKDA. Memang berbakat pelajarSKDA jika diberi peluang. Berbagai persembahan dipersembahkan kepada hadirin. Antaranya ialah persembahan nasyid diiringi kompang, tarian lagu Inggeris, tarian Zapin dan tarian endang. Majlis juga diserikan dengan cabutan nombor bertuah, sebanyak 20 hamper disediakan untuk hadirin.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan kepada yang lain diharap akan terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Share:

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM

Setelah sekian lama tidak mengadakan perkhemahan dipadang sekolah, tahun 2010 mereliasisasikan hal tersebut. Satu perkhemahan telah diadakan di padang sekolah dibawah program unit Ko-Kurikulum pada 29 hingga 31 Oktober. GPK Ko-Kurikulum ,Tn.Badrul Hisham bertindak sebagai penyelaras perkhemahan sementara En.Azman Aziz sebagai Kem komanden dan semua guru SKDA terlibat sepenuhnya dalam aktiviti yang dirancang sepanjang program. Seramai 71 orang murid terlibat dalam perkhemahan kali ini.
Berbagai aktiviti dirancang dalam memenuhi tentatif program. Antaranya ialah Pertandingan Memasak, Sukaneka, Trekking, Mencari Harta Karun dan Malam Kebudayaan. Semua guru bergotong -royong memasak makanan untuk para peserta perkhemahan. Pada malam kedua perkhemahan berjalannya program Malam Kebudayaan. Serentak dengan itu Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan berlangsung. Tidak ketinggalan bagi semua peserta dimana dengan penuh semangat turut menyaksikan perlawanan secara langsung yang dipaparkan di skrin besar sekolah. Selepas itu tetamu dijamu dengan BBQ ayam dan ikan bakar serta nasi lemak.

Perkhemahan berakhir pada pukul 12.30 tgh 31 Oktober selepas acara penyampaian hadiah diadakan. Semua peserta pulang , walaupun dalam keadaan kepenatan tetapi membawa banyak pengalaman dan maklumat yang akan digunakan pada masa-masa akan datang. Syabas...semua warga SKDA.....
Share:

SK Datuk Abdullah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk semua kaum India. Semoga perayaan yang disambut ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.

Share:

KELUARGA BESAR SKDA BERHARI RAYA....MERIAH



Sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431 Hijrah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd.Syazwan dan diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, Tn.Hj.Zainal b Yusof. Acara bergambar beramai-ramai bersama murid, guru dan kakitangan sekolah memeriahkan lagi majlis sebelum bermulanya jamuan hari raya.
Berbagai kueh dan juadah dihidangkan untuk semua warga SKDA dan tetamu . YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir dalam majlis tersebut. Lagu- lagu raya dimainkan sepanjang majlis berlangsung. Murid-murid semuanya kelihatan ceria dengan berbaju raya. Sememangnya majlis raya tahun ini meriah disamping dapat merapatkan silaturrahim antara semua warga SKDA.
Share:

PROGRAM CURAHAN KASIH.

Satu majlis motivasi khas untuk ibubapa dan pelajar tahun 6 telah diadakan pada 29 Julai 2010 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. Program Curahan Kasih tahun ini menjemput Guru Kaunseling Cemerlang SMK Bukit Rokan iaitu En.Norazmi Che'Lah sebagai motivator program. GPK HEM, En.Hishamudin Yusuf juga bertindak sebagi motivator untuk pelajar tahun 6 dalam sesi berasingan.Motivator jemputan telah mengendalikan program dengan jayanya dan banyak input telah diberikan sepanjang program.
Share:

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PN.HJH.NAPSIAH.










Satu majlis makan malam telah diatur oleh pihak sekolah sempena persaraan Pn.Hjh.Napsiah bt Md.Yusop , Guru Besar SKDA. Majlis bertempat di Hotel Equatorial, Melaka dan diadakan pada 17 Julai 2010 pukul 8.00sekolah. Majlis dimulakan dengan acara tayangan video "Dalam Kenangan". Selepas itu diadakan acara memotong kek sempena ulangtahun kelahiran Pn.Hjh.Napsiah. Acara diteruskan dengan ucapan dari GPK 1, En.Adam bin Hj. Omar, Pengerusi PIBG, dan YB Mohd. Kamil.Acara diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati dan sessi penggambaran kenang-kenangan bersama Pn.Hjh.Napsiah. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan yang manis dalam hidup Pn.Hjh.Napsiah.








Share:

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




Satu majlis untuk penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diadakan di SMK Bukit Jalor. Para penerima anugerah terdiri daripada Pn.Zalina bt Zakaria, Pn.Latifah bt Daud,
Pn.Norazian bt Mad Saman dan Pn.Azlinawati bt Adnan.
Tahniah kepada penerima anugerah dan harapan agar terus berusaha dengan cemerlang dalam menjayakan wawasan negara demi kemajuan anak bangsa Malaysia
Share:

Majlis Bacaan Yassin

Sukacitanya dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan majlis bacaan Yassin untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2010 mengikut jadual seperti ketetapan berikut:



Kepada para ibu bapa, penjaga dan anda semua dijemput hadir ke majlis ini bagi memperoleh lebih keberkatan.
Share:

Majlis Persaraan Guru Besar






Share:

SKDA Sekolah Rendah Terbaik di Negeri Sembilan

Pada 31 Mei 2010, Puan Hjh. Napsiah selaku guru besar SKDA telah menghadiri Hari Kecemerlangan Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Sembilan di Seremban. SKDA amat berbangga kerana mendapat kategori sekolah rendah terbaik di Negeri Sembilan. Berikut adalah empat kriteria yang dipertandingkan dan SKDA telah memenuhi kriteria tersebut iaitu :

1) GPS mencapai 2.09
2) Peratus keputusan 5A dalam UPSR meningkat sebanyak 10%
3) Peratus keputusan 5A dalam UPSR meningkat dari 8 orang kepada 12 orang murid.
4) Peratus lulus gred ABC meningkat dari 76% ke 85%
Share:

Hari Terbuka SKDA 2010

Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: 3-5 petang
Tempat: Kantin SKDA







Perjumpaan tiga penjuru antara ibubapa, murid dan guru telah diadakan untuk membincangkan prestasi akademik dan kokurikulum murid. Para ibubapa hadir untuk mengambil rekod profil akademik anak-anak mereka. Hari Terbuka amat penting dalam memastikan kecemerlangan murid dan para ibubapa juga dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibubapa.

Share:

Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga Tahun 5

Kem Bestari Solat juga diadakan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Ia merangkumi beberapa fasa yang bermula pada bulan April 2010. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat latihan dalam kumpulan, amali wudhu', amali solat dan menghafaz surah. Murid juga diberikan taklimat mengenai kewajipan solat dan di ajar cara yang betul dalam menunaikan solat. Semoga program ini dapat membentuk keperibadian muslim yang sejati kepada setiap murid.





Share:

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Tampin

SK Datuk Abdullah telah menghantar beberapa pelajar sebagai wakil dalam Majlis Tadarus Al-Quran bagi peringkat daerah kali ke 36 pada 27 Mac 2010. Nurul Izzah bt. Mohd Fauzi muncul sebagai juara dalam acara tilawah Al-Quran manakala peserta lelaki SKDA iaitu Mohd.Atiqqur Rahman b Attaur Rahman mendapat tempat ke tiga dalam acara hafazan.
Pelajar lain yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut ialah dalam acara bercerita ialah Mohd.Saiful bin Jofrey dan Siti Salwa bt Mohd.Danelly dan acara menghafal ayat lazim diwakili oleh Nurul Afnan bt Abdul Rahim.
Salah seorang guru SKDA juga telah dipilih menjadi hakim untuk majlis ini iaitu Puan Azlinawati Adnan.Tahniah untuk adik Nurul Izzah!!

Wakil dari SKDA

Penerima sijil bagi peserta lelaki

Penerima sijil bagi peserta perempuan

Share:

Lawatan Dari Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran

Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, En. Shashim Shah b. Harun telah membuat lawatan ke sekolah ini pada bulan Mei 2010. Warga SKDA sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan beliau. Beliau telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara isi kandungan ceramah beliau ialah kesedaran tentang tanggungjawab seorang murid dan kepentingan pelajaran untuk menentukan masa depan seseorang individu. Selain itu beliau turut mengadakan perjumpaan dengan guru-guru SKDA dan memberi sedikit ceramah mengenai tanggungjawab dan matlamat pendidikan di sekolah.
Share:

Hari Keluarga 2010

Lokasi: Le Paris International Hotel
Tarikh: 21-22 Mei 2010


Seramai 40 orang guru SKDA dan keluarga masing-masing telah mengikuti Hari Keluarga SKDA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

1. Aktiviti santai keluarga

2. Permainan bowling

3. Acara Sukaneka

4. Penyampaian hadiah

Selain dapat beriadah dan bersantai, para guru dan ahli keluarga juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts