Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


2016 Perasmian Bulan Panatia Matematik

Bulan Mei datang lagi. Tarikh 9 Mei 2016 telah diadakan perasmian Bulan Panatia Matematik peringkat sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh Pn.Russita bt Latip dan GPK Pentadbiran , En Ahmad Nizam bin Dzulkifli. Berbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan panatia Matematik ini . Antaranya ialah Pertandingan Membina Buku Skrap Sifir dan beberapa program yang berkaitan dengan Matematik.
Share:

2016 Program KM1M

Program KM1M telah diadakan di SK Datuk Abdullah pada April 2016. Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Program Membaca selama 33 minit, Pertandingan Khazanah Bahasa, Pertandingan Mewarna Pra- Sekolah, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Pembaca Terbanyak dan berbagai aktiviti lain. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Datuk Abdullah, Pn.Russita bt Latip pada 9 Mei 2016. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Share:

2016 Taklimat PBPPP di SK Datuk Abdullah

Satu taklimat telah diadakan untuk memberp penerangan yang lebih jelas tentang program Pbppp yang akan dilaksanakan 100 peratus pada tahun ini. Penilaian pegawai akan diadakan dua kali setahun dan tarikh akhir penilaian dihantar ialah pada November 2016.
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts