Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Selamat Pengantin Baru Cikgu Roshaya



Tarikh 9 Disember 2017 menjadi detik bersejarah buat Cikgu Roshaya apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Saudara Mohd. Najib. Admin yang mewakili seluruh warga SKDA mendoakan semoga perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah PUAN Roshaya.



Share:

Selamat Bekerja Di Tempat Baru

Pada 27 November yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi menjunjung kasih atas segala khidmat dan sumbangan Puan Rozilawati, Pembantu Tadbir SKDA yang berpindah ke SK Tunku Syed Syaaban.

Meskipun berita yang diterima agak mengejutkan namun sebagai asam garam dalam perkhidmatan, kita perlu akur dengan arahan yang diberi.

Puan Rozilawati amat terkenal dengan cara kerja yang pantas dan sangat membantu melancarkan urusan kewangan sekolah. Semoga beliau lebih cemerlang di tempat baru. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan.

Puan Rozilawati sempat menyampaikan ucapan biarpun agak sebak.
Puan Russita selaku Guru Besar juga sempat mengucapkan selamat maju jaya dan berterima kasih atas khidmat cemerlang Puan Rosilawati semasa di SKDA

Sedikit cenderahati daripada kami




Share:

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Saban tahun, setiap sekolah pasti akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Begitu juga dengan SK Datuk Abdullah, di mana Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah selamat dilaksanakan pada 23 November 2017 dengan jayanya. Majlis ini bertujuan untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan juga sahsiah. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-murid mencerminkan kejayaan sesebuah sekolah di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa dan komuniti sekeliling.

Selain itu, sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan ini akan menjadikan murid-murid lebih bermotivasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Ini jelas menunjukkan persaingan yang sihat di kalangan murid. 

Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah dimulakan pada hari Rabu lagi tetapi diadakan secara tertutup. Ini kerana, pada Hari Rabu adalah Penyampaian Sijil kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sahaja.

Kemucak Hari Anugerah Kecemerlangan adalah pada hari berikutnya, iaitu hari Khamis. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Dato' Mohd Isam bin Isa, ADUN Kawasan Gemencheh. Dalam ucapan yang beliau sampaikan, beliau mengharapkan agar SKDA sentiasa cemerlang pada masa akan datang dan akan mendoakan agar kecemerlangan sentiasa menjadi milik murid-murid dan pihak sekolah.

This Is SKDA!!!

Dengan motto Maju Terus Maju, diharapkan agar kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa mengiringi murid-murid SKDA. Insya Allah..





































Share:

Majlis Khatam Quran - Tahun 6

Pada hari ini iaitu 21 November 2017, seramai 48 murid telah diraikan dalam Majlis Khatam Al- Quran. Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan aktiviti kelolaan Panitia Pendidikan Islam dan diadakan pada setiap tahun. Matlamat utama program seumpama ini dijalankan adalah untuk melahirkan generasi muda yang cintakan Al-Quran di samping memupuk sikap berani dan terbuka di kalangan murid SKDA.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat melalui program yang dianjurkan. Selain menanam rasa cintakan Al-Quran, ia juga memotivasikan murid supaya berminat membaca Al-Quran sehingga khatam. Ini secara tidak langsung telah mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG, En. Rosli bin Yatim, ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Diharapkan agar pada masa akan datang, bilangan murid yang khatam akan bertambah dari masa ke semasa.



















Share:

Jamuan Akhir Murid Tahun 6

Seperti tahun sebelum ini, jamuan akhir untuk murid tahun 6 sentiasa dirancang sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Jamuan seumpama ini adalah bertujuan untuk menghargai kehadiran murid sepanjang bersekolah di SKDA dan mendoakan agar murid-murid ini akan lebih berjaya pada masa akan datang di sekolah baharu nanti. 
Dalam jamuan ini, cenderamata turut diberikan kepada murid sebagai tanda kenang-kenangan agar murid lebih bersemangat dan bersedia untuk menempuhi alam sekolah menengah yang lebih mencabar. Di samping itu, cenderahati juga turut diberikan kepada guru-guru yang telah menabur bakti dalam mendidik anak-anak dengan tulus ikhlas. SKDA sentiasa mendoakan kejayaan buat murid-murid ini, insya Allah..














Share:

Lawatan Sambil Belajar - Safari A Famosa Melaka

Minggu ini boleh dikatakan merupakan minggu yang sangat sibuk bagi murid dan juga guru. Jika semalam adalah sambutan Hari Kanak-kanak, hari ini pula iaitu 18 November 2017, seramai 81 orang murid bersama 10 orang guru pengiring telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Safari A Famosa.
Lawatan yang telah dirancang ini merupakan lawatan kedua bagi murid SKDA sepanjang tahun 2017. Sepanjang lawatan ini, pelbagai reaksi murid dapat dilihat apabila memasuki perkarangan safari tersebut. Hampir semua murid melahirkan rasa gembira dan teruja apabila berdepan dengan beberapa haiwan yang jarang dilihat oleh mereka. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang melihat beberapa pertunjukan sepanjang berada di safari tersebut. Paling menggembirakan murid, mereka juga berpeluang memegang haiwan dan bergambar bersama. Ini menunjukkan bahawa murid SKDA sememangnya sangat berani walaupun haiwan itu merupkan pertama kali dilihat dan disentuh. Perkara yang mencuit hati, beberapa orang murid dan guru telah disembur dengan air oleh gajah semasa pertunjukan berlangsung. Diharapkan agar lawatan seperti ini akan dirancang lagi pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja menghiburkan hati bahkan juga dapat memberi pengetahuan yang sangat bermakna bagi setiap murid. Alhamdulillah, murid dan guru selamat tiba di perkarangan sekolah pada pukul 7.00 petang.

































Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts