Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


APC 2017 Tahniah dan Syabas


Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah merakamkan ucaan tahniah dan syabas kepada warga SKDA yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2016 .

Berikut adalah senarai penerima APC 2016

1. Cikgu Myzatulsarah binti Yusof
2. Cikgu Siti Zubaidah binti Hj Alias
3. Cikgu Hazliza binti Mohamad
4. Puan Hamidah binti Ahmad

Sementara untuk Anugerah Khas pula:-

Anugerah Inovasi - Cikgu Mohd. Ashraff bin Musa
Anugerah Khas Pencapaian - Panitia Pendidikan Islam

Tahniah dan syabas. Semoga kecemerlangan ini diteruskan. Maju Terus Maju SKDA
Share:

Anak-anak PPKI bermain boling

Pada 18 Mei 2017, anak-anak PPKI kita telah dibawa melawat sekitar Melaka. Destinasi yang paling disukai mereka adalah Pusat Boling di MITC.

Lihatlah riang sungguh mereka kerana berpeluang bermain boling. 



Bergambar kenangan


Memilih bola yang sesuai.

Semoga anak-anak PPKI kita terus cemerlang. Maju Terus Maju SKDA

Share:

Tahniah The Energetic Princess Pra SKDA


Kecemerlangan SKDA bagi tahun 2017 diteruskan lagi dengan kejayaan anak-anak Pra dalam Pertandingan Senamrobik untuk Pra Sekolah Daerah Tampin. Pasukan kita The Energetic Princess telah muncul naib juara dan akan mewakili daerah Tampin ke peringkat negeri nanti.

Sememangnya bukanlah satu tugas mudah melatih kanak-kanak berusia 6 tahun ini. Namun berkat kesungguhan dan kerjasama semua, maka kejayaan milik kita. Tahniah buat semua khususnya Cikgu Aizuddin dan semua warga pra sekolah, guru-guru yang memberi sokongan, ibubapa dan Ajk Waris Pra sekolah. Didoakan semoga anak-anak ini akan cemerlang pada peringkat negeri nanti.


Aksi lincah dengan penuh keyakinan

Bergambar selepas menerima pingat kemenangan



Nak tengok tak aksi diorang?


Share:

Bengkel UPSR Matematik 2017

Pada 17 Mei, satu lagi bengkel UPSR telah diadakan. Kali ini Panitia Matematik telah diamanahkan untuk menjayakan bengkel tersebut yang bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah.

Cikgu Ahmad Zaidi bin Bostaman dari SK Syed Syaaban telah diundang sebagai penceramah. Beliau merupakan guru Matematik yang sangat berpengalaman dalam mata pelajaran Matematik khususnya UPSR.

Semoga dengan ilmu yang dicurahkan ini membantu untuk anak-anak SKDA melonjak dengan lebih tinggi dalam UPSR kelak. Maju terus Maju SKDA


Tekun semuanya mendengar tips berharga

Sesi kenang-kenangan. Terima kasih cikgu!


Share:

Program Tabayyun Fiqh Daerah Tampin 2017


Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah merupakan pengerusi bagi Panitia Pendidikan Islam Daerah Tampin. Sehubungan dengan itu, pihak panitia telah mengadakan satu aktiviti khusus yang melibatkan pelajar-pelajar terpilih dalam daerah untuk mengikut Program Tabayyun Fiqh Junior pada 13 Mei yang lalu.

Program sehari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua sekolah daerah Tampin. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang tertera dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa tokoh terkenal seperti PU Azman dan IM Fattah.

Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program-program ilmu sebegini dapat terus digerakkan lagi untuk kebaikan kita bersama.



Wajah-wajah anak-anak yang dahagakan ilmu

Imam Muda Fattah




Para guru sempat mengambil peluang berfoto bersama PU Azman


Share:

Sambutan Hari Guru 2017

Hari Guru datang lagi..Untuk tahun ini seperti biasa sambutan meriah dijalankan di sekolah pada 16 Mei. Acara bermula dengan senamrobik yang diketuai oleh anak-anak tahun 6. Semua guru dan pelajar terlibat sama dalam acara ini.

Selesai senamrobik, guru-guru ke acara sukaneka. Beberapa stesen disediakan dan setiap kumpulan dikehendaki menyudahkan aktiviti di setiap stesen. Sebaik sahaja acara ini berakhir, para guru disajikan dengan makan tengah hari. Kehadiran YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh, menjadikan suasana bertambah hangat. Terima kasih dato' kerana sudi singgah ke SKDA dan menghadiahkan sebiji kek saban tahun kepada kami.

Untuk acara seterusnya, dengan tema merah hitam, semua guru dibawa ke dewan bagi acara bacaan perutusan , persembahan dan juga penyampaian hadiah. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada YDP Tuan Rosli bin Yatim kerana sudi hadir sejak pagi sehinggalah ke upacara penyampaian hadiah.

Semoga ukhwah yang terjalin ini bercambah menjadi ikatan yang murni bagi sama-sama memaju SKDA ke arah kegemilangan. Maju Terus Maju.

Terima kasih Dato' YB Mohd Isam atas keprihatinan.

Terima kasih YDP Tuan Rosli kerana sudi menunggu sehingga acara selesai walaupun sibuk dengan tugasan


Merah hitam tema kita


Guru Besar menjadi mumia


Mumia paling disukai ramai



persembahan pelajar



sesi paling disukai...

Share:

Bengkel UPSR BM 2017


Bertempat di Makmal Komputer SKDA, satu bengkel teknik menjawab BM bagi UPSR telah diadakan pada 11 Mei yang lalu. Bengkel ini dikelolakan oleh Cikgu Norizan binti Hashim, Guru BM SK.Keru yang merupakan salah seorang guru BM berpengalaman dalam Daerah Tampin.




Terima kasih diucapkan atas jasa dan budi yang diberikan kepada pelajar SKDA. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan oleh anak-anak kita. Semoga UPSR tahun ini menjadi satu lagi simbol kecemerlangan SKDA. Maju terus Maju.

Share:

SKDA JUARA HOKI PEREMPUAN


Sejarah tercipta lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi untuk tahun 2017, SKDA menjadi juara dalam pertandingan peringkat daerah Tampin. Kini kami bergelar Juara Hoki Perempuan. Satu kemenangan yang sangat manis memandangkan ini adalah kali pertama kami menghantar pasukan perempuan untuk bertanding dan dengan masa yang agak terhad, namun jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kini juara milik kami.



Tahniah buat jurulatih, Cikgu Azman, Cikgu Zalina, Cikgu  Nooraniza , Cikgu Roshaya dan semua yang terlibat sama ada secara langsung, mahupun tidak langsung.

Share:

GOTONG ROYONG PRA SEKOLAH

Pada 10 Mei yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama AJK Waris Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengambil kesempatan bersempena cuti Hari Wesak untuk mengadakan satu gotong-royong membersih dan menceria kawasan Pra Sekolah dan sekitarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah melebar dan meratakan laluan masuk ke pra, mengecat pasu bunga dan pagar, memangkas pokok-pokok bunga, memsein rumput dan sebagainya. Dengan kehadiran ibu bapa yang sangat memberangsangkan maka kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta para penyumbang. Semoga ikatan ukhwah sebegini dapat terus dijalinkan dalam aktiviti-aktiviti yang lain pula.





Share:

SKDA JUARA ACTION SONG DAERAH TAMPIN


Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah kerana sekali lagi anak-anak SKDA berjaya mengharumkan nama sekolah, setelah dinobatkan sebagai Johan Action Song Daerah Tampin 2017.

Segala usaha gigih, pengorbanan semua pihak akhirnya memberikan pulangan yang sangat menggembirakan.

Lihatlah anak-anak kita segak bergaya semasa bertanding di SJK (C) Kg Baru Tampin pada 4 Mei lalu.

Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik kita yang gigih berusaha. Semoga kejayaan dalambidang lain akan terus bersama SKDA.

Tahniah dan syabar buat semua. Apabila kita bersatu maka pelbagai cabaran mampu kita tempoh dan berjaya membuahkan kecemerlangan.

Maju Terus Maju.


Riang gembira semua.

Nak tengok tak persembahan mereka? Klik video di bawah ye..



Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts