Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Hari Guru vs Hari Raya

Dewan Arena menjadi saksi dalam menghimpunkan seramai lebih kurang 1200 orang guru dari daerah Tampin, Gemas dan Gemencheh dalam majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya. Majlis ini dirasmikan oleh YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri pada 11 Julai 2017.
Setiap sekolah telah menyediakan juadah masing-masing seperti lemang, rendang, kuih-muih dan pelbagai lagi hidangan yang lazat.
Dalam majlis ini, turut disampaiakan  Sijil Bersaa,  Anugerah Tokoh Guru 2016, Anugerah Ikon Guru dan Cenderamata kepada mereka yang terlibat.
Ucapan Alu-aluan

Gerai SK Datuk Abdullah

Antara Guru Yang Hadir
  
Share:

4 dalam 1.. Hebatnya SKDA

4 dalam 1..itu lah tajuk sesuai dengan aktiviti sebagai seorang guru. Orang lain bercuti, guru masih bekerja.. Hebatnya..
Begitulah rutin sebagai guru yang mahukan kecemerlangan bukan hanya untuk anak didik, bahkan untuk kepuasan diri sendiri..
Apa kaitan 4 in 1 dengan tugas sebagai guru..haaaa, jangan salah faham..bukannya seorang guru buat 4 kerja dalam 1 masa sebab mahu menampung kos hidup yang semakin meningkat ni..bukan tau...eh, bukan..bukan juga guru beristeri 4..ish ish ishhh..jauh sekali..
ok la..ni ha ceritanya..
Alkisahnya, pada 8 Julai 2017 yang lalu, ada 4 aktiviti serentak yang telah dijalankan dan melibatkan guru dan murid SKDA. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Kem Kecemerlangan Jawi
 Kem Kecemerlangan Jawi (Kursus Kaedah Jawi) anjuran PPD dengan kerjasama SKDA sebagai Pengerusi Panitia daerah. Kem ini disertai oleh semua guru Pendidikan Islam dan juga Guru KAFA yang bertugas di SKDA.Kem ini telah dijalankan di SMK Dato Taha.


Penceramah Untuk Kursus Kaedah Jawi
Peserta Kursus Kaedah Jawi


2. Kem Sains
Kem ini melibatkan 4 buah sekolah iaitu SKDA, SK Sg Jerneh, SK Gedok dan tidak ketinggalan SK Rokan  sebagai pengelola pada kali ini. Tujuan kem seperti ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka Apa Itu Sains.. Fasilitator pula terdiri daripada guru-guru Sains dari sekolah  yang terlibat.

Majlis Penutup Kem Sains

Guru yang terlibat dalam menjayakan Kem Sains


3. Spell It Right
Program Spell It Right ini di adakan di Rembau. Seorang guru Bahasa Inggeris mewakili SKDA dalam progrm ini iaitu Cik Myzatul Sarah binti Yusof sebagai Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris di SKDA.
Pengisian Kursus

Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Spell It RIght



4. Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah
 Ada 6 daerah yang telah menyertai pertandingan Senamrobik ini . Kumpulan The Energetic Princess dari Pra Sekolah SKDA telah mewakili daerah Tampin. Kumpulan ini telah mendapat Saguhati dalam pertandingan ini.
Kumpulan The Energetic Princess



Haaaa...begitu lah sibuknya guru di SKDA kan. Diharapkan SKDA akan terus cemerlang pada masa akan datang sesuai dengan mottonya, SKDA Maju Terus Maju.




Share:

Program Kecemerlangan Matematik UPSR 2017

Program Kecemerlangan Matematik UPSR 2017 ini merupakan program yang dianjurkan oleh PPD bagi meningkatkan pencapaian Matematik khususnya untuk zon Gemencheh. Sebanyak 4 buah sekolah yang berkolaborasi dalam menjayakan Program Kecemerlangan ini. Sekolah yang terlibat adalah Sk Gedok, SK Sungai Jerneh, SK Rokan dan tidak ketinggalan, tuan rumah iaitu SK Datuk Abdullah. Program ini disampaikan oleh Pn. Nurizah binti Alias dengan kerjasama guru-guru sekolah berkaitan. Diharapkan program seperti ini akan memberi impak yang besar pada murid-murid seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dan PPD.
Berikut merupakan gambar sekitar Program Kecemerlangan Matematik UPSR 2017ini berlangsung.






Share:

Pertandingan Nilam Peringkat PKG Gemencheh

Pada 16 Jun 2017 yang lalu, seramai 6 orang murid dari kelas 5 Arif telah mewakili SK Datuk Abdullah untuk Pemilihan Tokoh Nilam peringkat PKG Gemencheh.
Pemilihan Tokoh Nilam ini dipilih berdasarkan kriteria  yang tertentu seperti kepetahan menjawab soalan dan mengeluarkan idea spontan dan bernas semasa perbincangan dalam kumpulan mahupun sesi temubual bersama panel dan juri dilantik.
Berikut merupakan keputusan rasmi 6 orang murid dalam  Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Gemencheh 2017:

1. Nurul Natasha binti Rahim - Johan Kategori Bahasa Melayu (SR)

Johan Kategori Bahasa Melayu (SR)

2. Nuramanina Safwa binti Rosetam - Saguhati (Tempat ke4) Kategori Bahasa Melayu (SR)


Saguhati Kategori Bahasa Melayu (SR)


3. Sofiah Humairah binti Hafiszal - Saguhati (Tempat ke5) Kategori Bahasa Melayu (SR)

Saguhati Kategori Bahasa Melayu (SR)


4. Nursalina binti Abdul Halim -Penyertaan



5. Nurun Nafeesah - Ketiga Kategori Bahasa Inggeris (SR)

Tempat Ketiga Kategori Bahasa Inggeris (SR)

6. Aishah Norsyafikah binti Mazlan - Saguhati (Tempat ke4) Kategori Bahasa Inggeris (SR)

Saguhati Kategori Bahasa Inggeris (SR)
Sebagai makluman, adik Nurul Natasha binti Rahim akan mewakili zon Gemencheh untuk Pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Tampin. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan buat adik Nurul Natasha ini..
Share:

Minggu PSS SKDA

Pada 12 hingga 16 Jun 2017 yang lalu, Unit PSS telah melaksanakan Minggu Pusat Sumber Sekolah. Program Minggu PSS ini merupakan satu program yang julung kalinya dikendalikan di SKDA. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan murid dengan Pusat Sumber Sekolah di samping memberi pendedahan dan pengetahuan yang sangat berguna dari segi akademik dan ko-kurikulum.


Objektif Minggu PSS ini adalah untuk:
i) Memenuhi kriteria penilaian PSS.
ii) Mempromosikan PSS
iii) Meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan oleg PSS
iv) Memberi peluang kepada murid melahirkan bakat mereka
v) Menggalakkan murid membaca
vi) Menambahkan pengetahuan mereka


Perjalanan Minggu PSS ini adalah mengikut Hari dan Tema seperti yang dikehendaki.

i)  Isnin / 12 Jun 2017  : Hari Bahasa


ii) Selasa / 13 Jun 2017 : Hari Sains dan Teknologi


iii) Rabu / 14 Jun 2017 : Hari Seni dan Bakat


iv) Khamis / 15 Jun 2017 : Hari Warisan


v) Jumaat / 16 Jun 2017 : Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah


Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu PSS ini :

i) Hari Bahasa
 * Pertandingan Sajak
 * Pertandingan Teka Silang Kata
 * Language Games

ii) Hari Sains dan Teknologi
 * Binaan Pelbagai Model
 * Puzzle Matematik
 * Bijak Sifir
 * Melabel Gambar Sains
 * Buku Skrap

Binaan Pelbagai Model

Binaan Pelbagai Model

Binaan Pelbagai Model

Puzzle Matematik

Puzzle Matematik


iii) Hari Seni Dan Bakat
* Pertandingan Kad Raya Kreatif
* Pertandingan Membina Model Masjid
* Menyanyi Bahasa Arab
* Kalam Jama'ei
* Pertandingan Nasyid
Membina Kad Raya Kreatif
Membina Model Masjid

Membina Model Masjid


iv) HariWarisan
* Pertandingan Ketenteng
* Pertandingan Batu Seremban
* Dam Haji
* Pertandingan Membina Layang-layang
* Pertandingan Membina Wau
* Pertandingan Pakaian Tradisional

Pertandingan Ketenteng

Pertandingan Ketenteng

Pertandingan Ketenteng

Pertandingan Batu Seremban

Membina Layang-layang

Membina Layang-layang

Membina Wau

Membina Wau
Pertandingan Pakaian Tradisional


Sekitar Minggu PSS


Gimik Pelancaran Minggu PSS

Guru Besar, Pn Russita binti Latip menyampaikan hadiah kepada pemenang

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah oleh GPK Pentadbiran, EN. Ahmad Nizam bin Dzulkifli

Penyampaian Hadiah oleh GPK Ko-Kurikulum, En. Ashrul bin Abu Bakar

Penyampaian Hadiah





Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts