Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Program Titian Ilmu : Linus 2017


Pada 26 Oktober yang lalu satu lagi program ilmu telah dijalankan oleh pihak sekolah. Program Titian Ilmu Untuk Linus ini diadakan khusus kepada ibu bapa, penjaga dan pelajar Linus. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga tentang permasalahan pelajar dalam menguasai aspek membaca dan mengira.
Semoga program ini memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk bersama-sama pihak sekolah dalam usaha membantu para pelajar. Tahniah kepada Pengurusan Linus terutamanya Cikgu Nooraini binti Sulaiman dan Cikgu Norhaida selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SKDA atas penganjuran program sebegini kerana banyak menyedarkan ibu bapa tentang tangungjawab mereka di rumah.

Puan Russita binti Latip, Guru Besar SKDA menyampaikan amanat untuk ibu bapa sama-sama membantu para pelajar di rumah.


Puan Norlaila binti Karim juga berkongsi input untuk ibu bapa.

Fasilitator untuk Bahasa Melayu , Cikgu Azman sedang bersemangat menyampaikan ceramah

Ibu bapa juga turut diajar teknik membaca Bahasa Inggeris.

Cikgu Myzatul Sarah selaku fasilitator bagi Bahasa Inggeris juga banyak memberi input kepada ibu bapa.

Share:

Program Tahun Enam : Kem Bestari Solat


Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab, sekali lagi mengorak langkah proaktif dengan mengadakan satu lagi siri Kem Bestari Solat buat pelajar Tahun Enam. Fokus utama kali ini adalah bacaan dalam solat, mandi wajib dan pengurusan jenazah. 

Kem Bestari Solat (KBS) ini telah diadakan pada 26 Oktober yang lalu. KBS diadakan bermula jam 8 pagi sehingga pukul 1 petang banyak memberi input berguna kepada pelajar sebagai bekalan akhirat mereka. Diharapkan semoga semua ilmu yang ditimba ini diamalkan sepenuhnya oleh pelajar. tahniah Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab atas perjalanan aktiviti ini.




Share:

Latihan Pencegahan Kebakaran

Unit Keselamatan dan Kecemasan Sekolah telah berjaya melaksanakan Latihan Pencegahan Kebakaran pada hari ini iaitu 25 Oktober 2017. Dalam latihan hari ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Gemas telah dijemput bagi memberi ceramah dan demonstrasi cara memadamkan api apabila berlakunya kebakaran. Selain itu, cara menyelamatkan mangsa juga turut ditunjukkan oleh ahli bomba.
Satu insiden yang tidak dijangka semasa latihan sedang dijalankan, seekor ular sawa telah berjaya ditangkap oleh pihak bomba. Murid SKDA turut rasa kagum dengan kebolehan ahli bomba yang bukan sahaja boleh memadamkan api, bahkan boleh juga menangkap ular.
Pihak SKDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba yang sudi meluangkan masa bersama pada hari ini. Saya yakin, pastinya cita-cita murid SKDA selepas ini berubah untuk menjadi bomba pula..
Abang bomba..i love u 😍















Share:

Ceramah Dadah Musuh Negara


Masalah dadah sememangnya menjadi satu ancaman utama kepada negara kita. Biarpun pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dan juga badan swasta, namum masalah penyalahgunaannya masih lagi menjadi satu isu besar. lantaran atas dasar tanggungjawab sosial, maka pihak sekolah telah mengadakan satu ceramah khas melibatkan pelajar tahap dua Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Ceramah ini adalah sebagai satu platform awal yang kami usahakan dalam memberi input tentang bahaya dadah kepada manusia. Untuk makluman semua, kami juga mengadakan satu slot khas pada setiap kali perhimpunan yang diberi nama "Lima Minit Anti Dadah".

Bagi memantapkan lagi memahaman pelajar tentang isu ini pada 24 Oktober 2017, kami telah menjemput penceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menceritakan dan memberi gambaran sebenar tentang senario pemasalahan berkaitan dadah ini kepada pelajar. Diharapkan semoga dengan adanya pendedahan awal ini, mampu menjadikan warga SKDA bebas daripada dadah apabila menginjak ke alam dewasa kelak. 
Dadah Musuh Negara!!!






Share:

5 Tips Memilih Makanan Hijau


Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31% penyakit jantung dan 11% serangan strok setahun di seluruh dunia. Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8% setahun.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan 5 hingga 12% kanser dan 20 hingga 30% kanser usus. Bagi penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam penanamannya lantas ini menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk-produk tani ini agar tidak memudaratkan.

Kandungan sisa racun mahkluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan pengguna kerana menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser.

Berikut adalah 5 Tips berguna dalam memilih makanan hijau.

1. Lebih Banyak Lebih Baik

Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini sebab produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktornpengeluaran yang sama. dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.

2. Tanam Sendiri Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan tanaman ini bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan sedap dimakan.

3. Serangga Menjadi Petunjuk

Makanan hijau yang ada kesan serangga menunjukkan bahawa tanaman ini kurang atau tiada sis racun perosak. Walau bagaimanapun sentiasa berhati-hati kerana dengan penggunaan racun perosak yang terlalu lama juga menjadikan serangga ini lali dengan racun tersebut.

4. Cuci Bersih

Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hingga 20% sisa racun yang terdapat pada kulit sayur atau buah-buahan tersebut. Elok juga sekiranya anda terus mengupas kulit tanaman tersebut.

5. Pilihlah Tanaman Organik

Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas daripada racun perosak. Anda juga perlu sentiasa memastikan tanaman yang ingin dimakan dinilai dengan baik dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.


Share:

Family Day SKDA



Pada 20 dan 21 Oktober yang lepas, Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, telah menganjurkan satu program berkonsepkan kekeluargaan bagi warga SKDA di Rompin Beach Resort.

Program Family Day ini bermatlamatkan untuk mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SKDA. Dalam program selama dua hari ini, pelbagai aktiviti yang telah disusun antaranya sukaneka bagi kanak-kanak, para guru dan juga acara BBQ.

Sesungguhnya program santai sebegini diharapkan dapat merapatkan ukhwah seluruh warga SKDA dan seterusnya mewujudkan kerjasama erat bagi kecemerlangan sekolah.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Guru yang dipengerusikan oleh Cikgu Norasmawati atas penganjuran antiviti ini dan diharapkan pada masa-masa akan datang akan diteruskan lagi aktiviti sebegini.
















Share:

Taklimat Ke Tingkatan Satu

Pada 23 Oktober 2017, bertempat di dewan SKDA, satu ceramah ke Tingkatan Satu telah diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar Tahun Enam tentang situasi dan gambaran awal tentang alam persekolahan di sekolah menengah.

Ceramah telah disampaikan oleh Guru Disiplin SMK Dato Mohd Taha, Gemencheh, iaitu Cikgu Hafiz bin Mad Yassin.
Semoga penerangan sebegini dapat memberi semangat kepada pelajar yang bakal ke Tingkatan Satu tahun 2018 nanti.

Share:

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Selepas UPSR, pelbagai program yang telah dirancang untuk murid-murid tahun 6. Hari ini bersamaan 13 Oktober 2017, hari terakhir sebelum cuti sempena Deepavali, murid-murid telah dijadualkan untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Jamek Gemencheh. Program ini adalah tahun yang ketiga dan merupakan aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh murid. Ini kerana, ia bukan sahaja dapat menimba pengalaman yang berharga bahkan dapat menambah hubungan yang erat bersama AJK Masjid disamping mendidik anak-anak murid agar lebih "friendly" dengan masjid. Diharapkan agar program seumpama ini akan menjadikan murid lebih berminat untuk pergi ke masjid dan berterusan pada masa yang akan datang. Admin selaku wakil warga sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.









Share:

Verifikasi SKPMG2

Pada 12 Oktober, Ibu Angkat SKDA Pn. Hazirah telah hadir bagi memberi bimbingan dan melihat verifikasi SKPMG2  kepada barisan pentadbir SKDA.

Semoga perkongsian ilmu sebegini dapat membantu menaik dan meningkatkan lagi kecemerlangan SKDA.

Share:

SKDA : Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan di mana ia adalah inisiatif dari Kementerian Belia Dan Sukan. Ini adalah satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia satu Negara Bersukan.
Seiring dengan itu, SKDA turut menyahut cabaran ini dalam bersama-sama mencapai hasrat murni ini. Hari Sukan Negara telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 Oktober 2017.  











Share:

Kem Cemerlang Jawi

Pada 10 Oktober bertempat di dewan SKDA, satu Kem Kecemerlangan Jawi telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab. 

Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar khususnya pelajar Tahun Enam tentang penulisan dan pembacaan jawi. 
Seharusnya kem sebegini digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar. 

Terima kasih dan terima kasih Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab.
Share:

Pesta Cahaya @ Deepavali


Hari Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. Pada pagi hari Deepavali, setiap orang daripada ahli keluarga akan menyapu minyak diatas rambut lalu mereka mandi. 







Share:

Program Najah Mumtaz 2017




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pada tanggal 9 Oktober 2017, maka berlangsungnya Program Najah Mumtaz 2017 peringkat sekolah. Program khusus Bahasa Arab ini dekendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Arab dan juga guru Pendidikan Islam SKDA.

Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar dalam Bahasa Arab. Semua pelajr Tahun Enam telah terlibat dalam program ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Bahasa Arab dan Panitia Pendidikan Islam kerana telah menjaddikan program ini berlangsung dengan jayanya.












Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts