Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tanggal 31
Bulan lapan, lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah...

Merdeka...Merdeka...Merdeka...laungan keramat ini sangat menyentuh hati nurani sesiapa sahaja yang bergelar anak Malaysia.

Begitu juga,  SK Datuk Abdullah  telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada 18 Ogos 2017 yang diketuai oleh Pengerusi Panitia Sejarah, Pn Suhaini binti Mahmud dengan kerjasama Unit PSS. Pada pelancaran kali ini, semua guru perempuan telah bersepakat mengenakan baju kurung bersama kain batik manakala guru lelaki pula segak berbaju Melayu dengan sampin kain pelikat sebagai usaha untuk menunjukkan bahawa guru-guru di SKDA sentiasa bersatu hati sesuai dengan tema kali ini iaitu, Sehati Sejiwa.



Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diteruskan dengan ucapan oleh Pn. Suhaini binti Mahmud. Seterusnya, majlis diteruskan dengan mendengar ucapan perasmian daripada Guru Besar, SK. Datuk Abdullah Pn Russita binti Latip.


Selepas itu, acara berikutnya adalah gimik pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.


Gimik Pelancaran



Memotong kek sempena pelancaran

Guru-guru bersemangat menyanyikan lagu kemerdekaan


Majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dalam menjawab soalan kuiz untuk murid tahun 1 hingga tahun 6.


Pengacara majlis sedang memberikan soalan kuiz kepada murid

Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz

Share:

PROGRAM BACAAN YAASIN PERDANA

Setelah berusaha dengan gigih, maka kini tibalah masa untuk bertawakal dan berdoa kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan warga SKDA, satu program Bacaan Yaasin Perdana telah dilaksanakan pada 17 ogos 2017 yang lalu. Ini adalah hasil kerjasama antara Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKDA bersama PIBG dan AJK Masjid As-Syakirin.
Majlis bermula dengan pendaftaran murid-murid tahun 6, ibu bapa dan para hadirin yang turut hadir pada majlis itu. Ini disusuli dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam 2 Masjid As-Syakirin. Acara diteruskan dengan bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Solat Isyak secara berjemaah. Semoga usaha yang telah ditunjukkan oleh murid, guru dan waris  ini akan membuahkan hasil sebagaimana yang kita inginkan. Diharapnya juga, murid-murid akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan UPSR yang akan ditempuhi bermula 12 September 2017 ini.


Kata aluan daripada Ustaz Amerullah Maula Ismail sebelum majli Bacaan Yaasin bermula

Majlis Bacaan Yaasin
Majlis Bacaan Yaasin
Penyampaian cenderamata daripada En. Ahmad Nizam bin Dzulkifli, GPK Pentadbiran SKDA kepada pihak Masjid As-Syakirin 

Share:

PROGRAM 3 PENJURU

Bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR, semua pihak perlu saling bekerjasama bagi membantu dan menyuntik semangat para pelajar. Sehubungan dengan itu, pihak Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dengan kerjasama pihak sekolah, telah mengadakan satu lagi perjumpaan 3 penjuru bersama ibu bapa, guru dan para pelajar tahun 6  pada 15 Ogos yang lalu.

Perjumpaan ketiga ini, khusus untuk membincang dan memberi sedikit input tentang pencapaian pelajar dalam Pra UPSR. Secara keseluruhannya pencapaian para pelajar menunjukkan peningkatan dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran GPS 2.44.


Berikut adalah paparan keputusan Pra UPSR dan perbandingan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. 

Selain daripada pembentangan keputusan Pra UPSR, perjumpaan kali ini juga membincangkan tentang gerak gempur terakhir bagi pelajar. Semoga ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam melakukan pemantauan ke atas anak-anak yang bakal menduduki UPSR ini.






Dalam perjumpaan kali ini,pihak sekolah telah menjemput Saudara Sulaiman bin Ismail iaitu Pengarah Urusan Sulaiman Motivation Consultant untuk memberi motivasi bukan sahaja kepada para pelajar, malah kepada ibu bapa yang hadir.





Semoga dengan jalinan baik ini, maka dapatlah kita memastikan, calon-calon UPSR tahun ini mampu menghadirkan impak positif  yang mampu melonjakkan SKDA menjadi salah sebuah sekolah terbaik.

Share:

KEMPEN SUMBANGAN KEDAI SERBANEKA "7-ELEVEN"

Pada 15 Ogos yang lalu, kami menerima kehadiran mengejut wakil Kedai Serbaneka 7-ELEVEN ke sekolah kami. Rupa-rupanya pihak 7-ELEVEN telah berbesar hati memilih Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah untuk menerima sumbangan bagi program amal yang mereka lakukan. Program sebegini banyak memberi kesan baik kepada pelajar dan juga mewujudkan jalinan erat antara pihak sekolah dan komuniti, bersesuaian dengan konsep yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan sebegini dan mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga program sebegini terus dilaksanakan bukan sahaja daripada pihak 7-ELEVEN, tetapi juga daripada syarikat-syarikat swasta yang lain.






Puan Sharifah binti Omar selaku Guru Penolong kanan HEM, menerima sumbangan daripada wakil 7-ELEVEN

Wakil daripada 7-ELEVEN memberi sumbangan kepada murid SKDA



Kegembiraan yang terpancar dari raut muka para pelajar.



Share:

MAJLIS "BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG"

Patah Tumbuh Hilang Berganti.. Begitulah pepatah Melayu yang sering kita dengar. Namun, yang tumbuh pasti tidak akan sama dengan yang lain. Perginya seorang kakitangan SKDA, Cikgu Norizan bin Md Noh atas tuntutan tugas kenaikan pangkat beliau sebagai seorang Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. Tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat tersebut. Bagi meraikan khabar gembira ini, pihak Kelab Guru telah merancang satu Majlis 'Bakti Disanjung, Budi Dijunjung" bagi menghargai sumbangan yang telah ditunjukkan sepanjang beliau menabur bakti di SKDA.
Majlis ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Melaka pada 4 Ogos 2017 yang lalu.


Sesi bergambar untuk kenang-kenangan

Ucapan daripada yang diraikan, Cikgu Norizan bin Md Noh
Penyampaian cenderamata daripada SKDA
Seluruh warga SKDA mendoakan agar Cikgu Norizan bin Md Noh akan lebih cemerlang lagi di sekolah yang baru. Terima kasih....

Share:

TAKLIMAT NILAM TAMBAH BAIK

Pada 27 Julai 2017, satu taklimat Nilam Tambah Baik telah dilaksanakan kepada semua guru-guru di SKDA. Taklimat ini bertujuan agar semua guru mendapat pendedahan tentang Nilam Tambah Baik yang kini telah mula dijalankan pada tahun ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Gemencheh, Cik Radziah binti Abd. Rahman di Anjung Kreatif, PKG Gemencheh.
Objektif Nilam Tambah Baik ini ialah :
* Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina           
   kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.
* Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang 
   menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan.
* Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi 
   kurikulum.
* Menggalakkan pelibatan masyarakat/ komuniti setempat/pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan

Taklimat yang disampaikan oleh Cik Radziah


Tekun mendengar taklimat



Penyampaian cenderamata 

Share:

HARI RAYA AIDILFITRI

Rayakan Sebulan...
Begitulah ungkapan yang sering kita dengar apabila tibanya bulan Syawal yang akan diraikan oleh seluruh umat Islam. Begitu juga dengan warga SKDA, turut sama meraikan hari yang penuh bermakna ini pada 21 Julai 2017 yang lalu. Walaupun sambutannya secara sederhana, namun kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga SKDA bersama pihak PIBG dan PIBK telah tercapai.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato Mohd Isam bin Isa, ADUN Kawasan Gemencheh. Turut hadir ialah  Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Hamzah bin Abu.
Program seumpama ini merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada semua warga SKDA.

Persiapan Sehari Sebelum Sambutan Hari Raya

Sebelum sambutan, cikgu-cikgu da posing dulu 😁


Semasa menunggu ketibaan tuan PPD dan YB

Yeaaaa...kita posing lagi

Sesi kenangan bersama Tuan Hj Hamzah bin Abu, Pegawai PPD Tampin.

Yang ditunggu-tunggu telah tiba, YB Dato' Mohamad Isam bin Isa



Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts