Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Majlis Jasamu Dikenang

Adat pertemuan, pasti adanya perpisahan. Walaupun hati tak merelakan, namun kita sebagai manusia harus redha dengan ketentuanNya. Begitu juga dengan SKDA yang terpaksa kehilangan dua orang guru yang sangat berwibawa dan komited dengan tugas yang diberikan. Kedua guru yang dimaksudkan ialah En. Ahmad bin Ibrahim, Ketua Panitia Pendidikan Seni dan Visual dan Pn Norhaida binti Ibrahim, Guru Bimbingan & Kaunseling. 
Atas tuntutan tugas, En Ahmad bin Ibrahim telah dipindahkan ke SK Bukit Rokan manakala Pn Norhaida binti Ibrahim pula telah dipindahkan ke SK Pasir Besar.
Bagi menghargai jasa yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SKDA, Kelab Muafakat telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang pada 27 Februari 2018 yang bertempat di Restoran Tomyam Klasik, Melaka. 
Kita sering mendengar, yang patah pasti akan tumbuh berganti. Namun, yang patah itu tetap akan menjadi kenangan terindah.





















Diharapkan agar kedua guru ini akan lebih sukses lagi di tempat baharu.
Tidak lupa juga, diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Walaupun ianya tidaklah semewah dan segah di hotel-hotel terkemuka, namun kenangan manis tetap tercipta bersama rakan-rakan SKDA.. Tq olls.. 


Share:

Pelancaran Program Mentor Mentee 2018

Pada 26 Feb, bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah, telah dilancarkan Program Mentor Mentee 2018 oleh Puan Guru Besar, Pn. Russita binti Latip.

Program khusus untuk pelajar Tahun 6 ni bertujuan untuk membantu pelajar mempertingkatkan pencapaian akademik ke arah kecemerlangan UPSR. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk membantu murid menyiapkan diri bagi menghadapi UPSR dari segi fizikal, mental dan emosi.

Setiap guru diagihkan dengan seorang atau dua orang mentee dan dibekalkan dengan Buku Log yang tersendiri. Semoga program ini dapat berjalan lancar dan memberi implikasi yang sangat positif terhadap pelajar khususnya dan SKDA amnya.






Share:

Tahukah Anda Tentang Platipus?



Platipus ialah sejenis haiwan yang unik. Ia merupakan salah satu daripada dua jenis mamalia yang dikenali sebagai monotremes. Monotremes bererti mamalia yang bertelur dan bukannya melahirkan anak. Platipus mempunyai muncung yang Panjang seperti paruh itik tetapi tidak keras. Muncungnya bertindak sebagai organ sensitive yang mengesan haiwan lain ketika berada di dalam air.

Panjang Platipus dewasa adalah lebih kurang 60cm. Platipus mempunyai ekor seperti ekor beaver. Beratnya pula boleh mencecah 2kg. Keseluruhan badannya dilitupi bulu lembut yang kalis air. Platipus boleh berenang dan menyelam di dalam air dengan baik kerana kaki hadapannya boleh bertindak sebagai pendayung manakala kaki belakangnya pula berfungsi untuk mengawal renangannya. Platipus menjadikan udang krai,cacing, siput, katak dan haiwan-haiwan kecil sebagai makanannya.

Platipus kebiasaannya berlindung di dalam lubang sepanjang hari. Pada waktu malam, barulah platypus keluar mencari makanan. Platipus betina bertelur di dalam lubang khas iaitu pada musim bunga. Kebiasannya platips bertelur 2-3 biji pada satu-satu masa. Anak platypus yang baru lahir akan menyusu susu ibu meraka. Platipus boleh didapati di Australia dan Tasmania.

Share:

Tahukah Anda Keistimewaan Unta?



Unta Arab mempunyai satu bonggol, manakala unta Bactrian pula mempunyai dua bonggol. Unta Arab banyak terdapat di Kawasan gurun Afrika Utara dan di negara Arab. Unta Bactrian pula hidup di Asia Tengah.

Unta adalah haiwan yang sangat sesuai hidup di Kawasan gurun. Unta merupakan haiwan yang kuat. Unta hanya memerlukan kira-kira 100 liter air untuk perjalanan selama sebulan. Unta boleh hidup dengan hanya memakan tumbuhan di padang pasir.

Bonggol yang terdapat pada badan unta bukanlah tempat menyimpan air. Anggota ini merepukan stor lemak yang akan membekalkan tenaga ketika unta berjalan di padang pasir untuk tempoh masa yang panjang.

Unta juga mempunyai deria penglihatan dan deria bau yang sangat tajam. Unta boleh mengesan lopak air walaupun dalam keadaan ribut pasir. Unta juga mampu membawa muatan seberat 200kg ketika merentasi padang pasir. Oleh sebab itu jugalah maka unta digelar ‘kapal padang pasir’.

Share:

Seni Lipatan Kertas

Helo semua. Apa khabar? Suka tak kalau admin kongsi hasil-hasil seni melipat? Bukan lipat kain taw.. Oleh sebab Admin mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, maka admin nak kongsi sikit bahan-bahan berkaitan seni melipat kertas ni..Cantik taw..Jom tengok. Jangan tengok jer taw, cuba buat jugak.Mesti pelajar seronok.













































Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts