Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Karnival Pra Sekolah 2018

Rezeki memihak pada murid pra sekolah kali ini dalam Karnival Pra Sekolah 2018. Dalam karnival yang telah diadakan pada 26 April 2018 itu telah menyaksikan Pra sekolah SKDA menjadi juara dalam pertandingan bola jaring dan tempat ketiga bersama dalam pertandingan bola sepak. Melihat kemenangan ini, rasa berbaloi dengan segala persiapan yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menganjurkan karnival ini. Untuk makluman, SKDA telah menjadi tuan rumah bagi karnival kali ini. Di harap agar anak-anak pra sekolah ini akan terus bersinar pada masa hadapan.








Share:

SKDA Ketiga Dalam Pertandingan Hoki Perempuan 2018


Sekali lagi rezeki tidak memihak kepada SKDA. Kali ini kita muncul tempat Ketiga dalam Kejohanan Hoki MSSD Tampin yang bertempat di SMK Tunku Besar. Namun prestasi yang dipamerkan sangat membanggakan. Kita tewas hanya dengan penalti sahaja setelah banyak mengasak kubu lawan. Semoga Pasukan Hoki akan bangkit untuk tahun hadapan. Tahniah dan syabas semua. Bukan senang untuk melatih sesuatu sukan yang jarang dimainkan di sekolah. 










Share:

SKDA Naib Johan Action Song 2018



Rezeki untuk mempertahankan kejuaraan nampaknya tidak memihak pada kita kali ini. Pada 16 April yang lalu, Team Action Song yang diketuai oleh Cikgu Mazlinda dan Panitia Bahasa Inggeris, telah muncul Naib Juara Pertandingan Action Song bagi Daerah Tampin 2018. 
Dengan tema tentera, para peserta kelihatan segak bergaya. Mungkin bukan rezeki kita untuk menjadi juara. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus berlatih, edit lagu, membeli pakaian dan peralatan tambahan bagi menjayakan pertandingan ini. Anda masih juara di hati kami.

Share:

SKDA Juara Kawad Kaki 2018


Pada 19 April yang lalu, pasukan Kawad Kaki SK Datuk Abdullah telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Daerah Tampin bertempat di SK Tunku Abdul Rahman, Gemas. Alhamdulillah setelah gagal menjadi johan pada tahun lepas, kali ini rezeki menyebelahi kami. Kami muncul Juara Kawad Kaki 2018.
Tahniah Untuk Semua terutamanya Komandannya Cikgu Azliana dan pasukan kejurulatihan dan pelajar yang terlibat. Nyata usaha gigih anda selama ini membuahkan hasil. Semoga kejayaan berterusan di peringkat negeri nanti.




Share:

Minggu PSS 2018



Assalam..agak lama jugak admin tak bersiarankan..ada banyak benda la admin kena siapkan, sebab tu tak update blog ni..kiki..sebenarnya, admin ni yang malas kan, tak reti nak bahagikan masa,hoho..
Baiklah..pada minggu lepas iaitu bermula 16 April hingga 20 April 2018, pihak PSS SKDA telah menganjurkan Minggu PSS 2018. Untuk makluman, Minggu PSS ini merupakan kali kedua diadakan selepas melihat impak yang baik pada tahun lepas. Haaa, sebab tu la admin bizi minggu lepas..cheh, alasan admin nak cover diri,heeee..jangan ikut admin tau..












 Antara aktiviti- aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu ialah:

16 April 2108 - Tema: Hari Warisan
* Majlis Perasmian
- Majlis ini telah disempurnakan oleh GPK 1, En. Ahmad Nizam bin Dzulkifli.








* Gimik Perasmian
- Ada ala-ala Filem P. Ramli gitu dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok..










- Lepas tu, siap ada keluar asap-asap lagi.. ko ade,kikiki..gigih cikgunya g carik Dry Iced..








* Membina dan menerbangkan layang-layang
- Part ni yang best.. anak admin tak reti buat layang-layang tau. Siap nangis-nangis mintak tolong..stress admin, nak tolong ke tak ni..padahal, admin dah lupa cara nak buat tu. Nasib baik ada pakcik gugel, penyelamat beta..












* Pertandingan Ketenteng (Tahap 1)
- Ermmm..ikutkan hati admin, nak join sekali..tapi, ramai pulak yang halang, haha
- Best sebanarnya main benda alah ni..takpe,tahun depan kita main lagi ye..






* Batu Seremban (Tahap 2)
- Bahagian yang ni, admin paling tak reti.. tak sama cara main weiii..kat kampung admin, guna 5 batu je. Kat sini, main sampai 7 batu.. celah mana nak letak dua batu lagi kat tangan admin yg kecik molek ni..kecik la sangat,heeee..












* Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster PPDA 
- Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran murid-murid tentang bahayanya pengambilan dadah.















17 April 2018 - Tema: Hari Seni dan Bakat
Hari ini merupakan hari kedua Minggu PSS

* Pertandingan Pakaian Tradisional
- Pertandingan ini diadakan bagi memperkenalkan kepada murid tentang baju tradisional yang ada di negara kita. Admin pun ikut, tapi anak je la. Kot admin yang naik pentas, ada yang guling-guling nanti,hehe..

























* Pertandingan Teka Silang Kata 
- Pertandingan ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam






















* Pertandingan Nyanyian Bahasa Arab & Kalam Jama'ie
- Sejuk hati dengar murid-murid kita boleh nyanyi dalam bahasa Arab. Admin akui, admin tak reti dengan bahasa Arab ni. Rugi je kan 😪
Bukan rezeki admin dapat belajar masa kecik dulu.










18April 2018 - Tema: Hari Bahasa
Hari ketiga dalam Minggu PSS. Penglibatan murid agak memberangsangkan.

* Pertandingan Melafaz Pantun (Tahap 1)
- Tak sangka, ramai murid SKDA yang berbakat. Murid tahun 1, sudah boleh melafaz pantun dengan nada dan intonasi yang betul. Bukan serangkap weii, 5 rangkap kau.. hebatkan..Admin sendiri rasa kagum..










* Language Games
-  Masa ni, murid seronok sangat.. maklumlah, dapat tengok kartun..lepas tengok kartun tu, hadap soalan BI..hambik kau,kikiki...ingat dapat tengok kartun free cmtu je kan..lepas tu, barulah bersungguh nak faham cerita sebenar..










* Nyanyian Solo / Duet / Kumpulan
- Masa ni, anak admin pun masuk, tapi secara kumpulan. Mau tersedak admin dengar dia nyanyi.. ye lah, suara pun ala-ala Ella gitu, tapi lari pitching.. sama la cam omak ea,haha












19 April 2018 - Tema: Hari Sains Dan Teknologi
Hari terakhir untuk pertandingan diadakan. Semakin ramai bakat baru yang menonjol.

* Puzzle Matematik - Tahun 1
- Murid mencantumkan bahagian-bahagian yang terlerai untuk membentuk satu nombor. Tak sangka, murid tahun 1B pun bole buat. 
Tapi, ada ramai jugak yang tak menjadi 😂











* Bijak Sifir - Tahun 2 hingga Tahun 6
- Murid menjawab soalan dengan tekun sekali. Mesti diorang tak jangka, ada soalan yang KBAT cmtu,hehe


* Melabel Gambar Sains
- Setelah 4 hari tak menghadap cikgu sains, murid-murid kena labelkan pulak gambar sains..masak la sapa yang tak ingat tu..mesti dalam hati, aduiiii, tak menang la ni,hehe.. dalam seronok-seronok pun, pelajaran pun jangan lupakan..











* Buku Skrap Sains 
- Waahh, warna-warni gitu.. cantik jugak buku skrap yang dorang hasilkan ni..









* Membuat binaan dari bahan terbuang
- Admin tak tau pulak selama ni murid-murid SKDA begitu kreatif.. banyak benda yang mereka dapat hasilkan dari sebuah botol plastik. Salute admin dengan diorang ni..kecik-kecik lagi da pandai..harap akan berterusan la menjadi orang yang kreatif ni..








20 April 2018 - Hari Keusahawan & Majlis Penutup
Hari terakhir dalam Minggu PSS

* Pameran
- Dalam pameran ini, hasil kerja murid akan dipamerkan bermula hari pertama Minggu PSS. Semua murid bangga melihat hasil yang dipamerkan.
















* Jualan Mengikut Panitia
- Ia diadakan bagi menambah punca kewangan untuk setiap pantia yang berminat untuk mengadakan jualan. Tiada paksaan bagi panitia yang tidak mahu berbuat demikian.








* Majlis Perasmian Penutup dan Penyampian Hadiah
-  Majlis Perasmian dan Penangguhan Minggu PSS telah diaempurnakan oleh Pn Russita Binti Latip, Guru Besar SK Datuk Abdullah.







* Tayangan video sepanjang Minggu PSS










* Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh murid. Ye lah, nak tau pemenang kan..ehh, nak dapat hadiah..kalau tau nama pemenang tp tak dapat hadiah, mau nangis budak-budak tu kan, hehe..


















Maka, berakhirlah Minggu PSS untuk tahun 2018. Diharapkan semua pihak bergembira dengan penganjuran pada kali ini. Admin mewakili pihak PSS memohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dan terasa hati sepanjang penganjuran Minggu PSS ini. Sesungguhnya, yang baik itu semuanya dari Allah, dan yang kurang baik itu adalah kelemahan dari admin sendiri. Mohon maaf tau.. 
Ok lah, sekian sahaja coretan admin kali ini. Ada masa, kita bersua lagi, insyaAllah 😊











Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts