Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Syabas Panitia Sains

Tahniah pasukan Kastek SKDA kerana mendapat tempat ketiga dalam bercerita dan muncul Naib Johan Saintis Muda. Syabas Panitia Sains dan para peserta. Ini adalah pencapaian terbaik yang pernah diperlehi oleh pasukan SKDA dalam Kastek. Semoga kejayan yang lebih besar akan kami perolehi pada masa akan datang. Maju Terus Maju.


Share:

SKDA Naib Juara Kalam Syakbi Daerah Tampin 2018






Tahniah Soutul Imtiyaz kerana berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Kalam Syakbi Daerah Tampin 2018. Biarpun kekangan waktu untuk mengadakan latihan intensif, namun itu tidak menjadi halangan buat anak-anak ini untuk membuat persembahan terbaik.

Tahniah buat barisan jurulatih Ustazah Nooraniza dan Ustazah Asmazura serta semua yang terlibat dalam kelancaran penganjuran Pertandingan Kalam Syakbi ini, memandangkan SKDA adalah penganjur pertandingan ini.Pertandingan ini dijalankan pada 11 Julai lepas.
Share:

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018



















Pada 6 Julai 2018 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu berlangsunglah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini. Majlis yang sangat meriah ini adalah anjuran bersama PIBG/PIBK, Kelab Muafakat SKDA (KEMUDA), dan Kelas Agama Petang (KAP).

Kemeriahnya dapat anda saksikan melalui gambar-gambar yang kami sertakan di sini. Tahniah dan syabas buat barisan jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan kali ini.


Share:

Dialog Prestasi 2/2018

Pada 4 Julai yang lalu, selari dengan Transformasi Sekolah, SKDA sekali lagi mengada Program Dialog Prestasi bersama ibu bapa dan penjaga anak-anak SKDA.

Alhamdulillah kali ini kehadiran ibu bapa sungguh memberangsangkan dan di luar jangka. Tahniah kepada semua.

Program dimulakan dengan  satu sesi ceramah keibubapaan untuk Ibu Bapa pelajar Tahun 6. Ceramah disampaikan oleh Puan Kholilah binti Amin, Kaunselor Panel LPPKN Negeri Sembilan.
selesai ceramah, Guru Besar berkesempatan untuk mengadakan pertemuan bersama ibubapa tahun 6 bagi memberi kata-kata perangsang.

Selain itu juga, ibubapa juga berkesempatan berjumpa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi anak-anak. Ibubapa juga dibekalkan dengan pamplet TS25 sebagai langkah penyebarluas buat kali kedua.

Semoga SKDA akan terus cemerlang dan menjadi Sekolah Transformasi Paling Berjaya.








Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts