Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


6 Ciri-ciri Guru Abad Ke-21


Kali ini Admin kongsikan pula 6 ciri utama Guru Abad Ke-21. Jom kita baca...









Share:

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2018

Asslamualaikum wbt... haiiii, masih ingatkah lagi dekat admin ni..al maklum lah, sudah terlalu lama admin menyepikan diri. Admin mohon ampun dan berbanyak-banyak kata maaf, bukannya merajuk atau membawa hati yang luka lara, tapi admin bercuti. Dah namanya cutikan, memanglah kena rehat secukupnya. Tak gitu??? hehe.. Ehh, tapi dah dekat sebulan jugak dah masuk kerja, tapi baru nak update. Nampak tak tu..apa yang tak kena..mesti korang nak cakap admin ni malaskan...ha, dah agak dah.. Tak elok membawang tau.. adalah masalah-masalah yang admin tak dapat nak elak. Bukan sengaja ye..
Alhamdulillah, sekarang ni admin dah ada kemudahan untuk melakukan tugas-tugas  yang banyak terbengkalai. Syukur admin dikurniakan sahabat-sahabat yang sudi membantu admin dari segala bentuk pertolongan hinggalah uninstall dan install bagai..Terima kasih padaMu ya Rabbi..Aii, ni baru mukaddimah, dah panjang lebarkan..isi tak sentuh lagi ni.. banyaklah korang kena baca.. Bertabahlah duhai hati..hehehe
Baiklah..admin nak bagitau ada banyak perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan admin. Tapi macam biasalah, admin akan sampaikan berita yang penting sahaja. Banyak-banyak pun, bukannya korang nak baca semuakan..hoho..Berbalik pada tajuk yang telah admin highlightkan, Majlis Pentupan Bulan Kemerdekaan 2018 telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2018 yang lalu dengan begitu meriah sekali. 
Sepanjang berlangsungnya Bulan Kemerdekaan ini, pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah Melukis Poster (Tahap 2), Mewarna Untuk (Tahap 1), Membuat Topi Kemerdekaan, Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasikan Sajak, Kelas Patriotik dan Pakaian Beragam. Setiap acara yang dipertandingkan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelajar. Bukan sahaja untuk pelajar, malah untuk guru-guru juga ada aktiviti yang dipertandingkan. Untuk guru, pertandingannya adalah Meja Guru Bertemakan Patriotik. 
Pada hari penutup, semakin bertambah meriah dengan adanya aktiviti Kayuhan Merdeka. Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada IPD Gemencheh. Jom kita lihat sepanjang aktiviti berlangsung.. Check it out..

Pertandingan Nyanyian Patriotik



Pertandingan Deklamasi Sajak




Aktiviti Senamrobik





Pertandingan Topi Merdeka




Taklimat Sebelum Aktiviti Kayuhan Merdeka


Aktiviti Kayuhan Merdeka









Jamuan Ringan Dan Penyampaian Cenderamata Kepada Pihak IPD Gemencheh





Pertandingan Pakaian Beragam










Pengacara Bertugas



Persembahan Semasa Majlis Penutup



Ucapan Perasmian Penutup


Majlis Penyampaian Hadiah











Diharapkan agar aktiviti sebegini akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga SKDA. Aamiin...






Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts