Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKDA 2019

Assalamualaikum you all...sihat tak tuuu? Admin jiwa kacau laaa,hahaha..nak meraih simpati para pembaca,huhu..

Tu semua takde kaitan dengan apa yang bakal admin nak posting jap lagi..stay tuned tauu..walaupun sekarang ni perasaan admin tak stabil, tapi kerja tetap kerja kan..sooo, jom kita menulis untuk release tension..menulis ke menconteng je ni, hermmm..bertabahlah duhai pembaca sekalian..

Pada 20 Mac 2019 yang lalu, SKDA telah berjaya melaksanakan Sukan Tahunan yang entah untuk keberapa kalinya..admin pun dah terlupa..nampak sangat admin tak ambik tau kan..sedih wei dapat admin camni..tapi yang pastinya, sukan untuk Tahun 2019 tauuu..yelah, takkan untuk tahun 2018 pulakkan..banyak kali pulak nak buat untuk 2018 tu,kiki..terlambat cam adminnya..tutup muka laaa, aiii is malu..

Aisehmennn...tak laa..ni sukan sebenar untuk tahun 2019. Pada kali ini, Rumah Hijau telah mengungguli kejuaraan untuk dua tahun berturut. Syabas dan tahniah admin ucapkan. Kekalkan kejuaraan untuk masa-masa akan datang..ehh, tak boleh la pulak..kang rumah sukan admin tak menang-menang pulak..tarik balik la tadi tu, hahaha..jahatnyaaaa kann...Takpe, yang penting bersaing secara sihat kannn..

Sepanjang kejohanan berlangsung, ada pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Alaaa, takyah la admin senaraikan satu-satukan..dah macam laporan pulak kalau senaraikan semua, ye tak...psttt, admin malas sebenarnya tu..

Jommmm...cuci-cuci mata sepanjang sukan tu..kot-kot la ada muka korangkan. Takpun, ada muka kawan-kawan korang kan..kannn...kannn...kannnn...mana la tauuu..

Rumah Hijau muncul juaraaa...


Akan mencabar untuk tahun akan datang..

Semakin powerrr...

Nak menang tapi takde rezeki...

Johan perbarisan

Johan Keseluruhan

orang kuat..konon laa

Tuan Saiful Adly- Perasmi Jemputan Sukan Tahunan SKDA


AJK Hadiah

Sempat posing lagi sebelum lari

Ke garisan..sedia...

Pencapaian keseluruhan
Semoga masa-masa akan datang setiap rumah sukan semakin sukses. Bersainglah secara sihat..Admin sentiasa doakan yang terbaik hanya untuk SKDA..walaupun admin mungkin tidak bersama lagi pada sukan yang akan datang, admin nak semua tahu bahawa SKDA tetap di hati..semakin banyak admin nak tulis, semakin berkaca pulak pandangan admin. Agaknya, petanda nak suruh admin tidur duluu kannn..sebab dah lewat..ok lah, bhaiiii....
Share:

LEMBARAN BARU 2019

Assalamualaikum wbt...

Sekian lama blog ni sunyi sepi.. dah jadi suam kuku pulakkan.. kesian sebab dapat admin yang malas, huhu..nasib lah kan..minta maaf ye..admin tak tahu nak cakap camna, tapi admin tak nak reka alasan seperti helah bela diri kan.. cukup lah korang tau, admin ni malas,hahaha...
Ok la..sepanjang tahun ni, ada banyak perkara yang telah berlaku dari awal sehinggalah semalam.. mana taknya, masuk bulan ketiga dah ni weii, tapi admin tak pernah update..hoho..
Baik lah..sini admin akan rangkumkan sekali program dan aktiviti tu..aci tak macam tu..aci la kan..

1. Program Sayangi Sekolah
    - 2 Januari 2019
    - Guru-guru berkumpul di hadapan dan menyambut ketibaan murid-murid.

2. Program Transisi Murid Tahun 1
    - 2 Januari hingga 18 Januari 2019
    - Seramai 82 orang murid yang telah mendaftar

3. Program Orientasi Disiplin, Bimbingan & Kaunseling dan PSS.
   - 8 dan 9 Januari
   - Melibatkan semua murid SKDA

4. Merentas Desa Peringkat Sekolah
   - 11 Januari 2019

5. Program Kecemerlangan PPSR 2019
   - 24 Januari 2019
   - Perjumpaan ibu bapa murid tahun 6


6. Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah
  - 28 Januari 2019





7. Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM
   - 18 Februari 2019
   - Program Jom Ke Sekolah
   - Sekolah Penyayang




8. LADAP - PSS Sebagai Khidmat Bantu Kecemerlangan Sekolah
   - 18 Februari 2019
   - Melibatkan semua guru SKDA
   - Penceramah Jemputan Pn. Norafizah binti Abdul Razak, GPM Cemerlang.




9. Kursus Kepimpinan Pemimpin SKDA
   - 19 Februari 2019
   - Melibatkan semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua
     Kelas.


10. Kejohanan Hoki (P) dan (L) Daerah Tampin
    - SKDA telah menghantar wakil 13 orang dari setiap pasukan.
    - Hoki (P) telah berjaya mendapat tempat ketiga.




11. Pengelola Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin
   - 27 Februari 2019
   - Sebanyak 20 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini.
   - SKDA telah mendapat tempat kedua dalam daerah Tampin.
   - Seramai 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili daerah Tampin




12. Majlis Perpisahan Ustazah Aina Khairina
   - 28 Februari 2019
   - Ustazah Aina akan berpindah ke SK. Sungai Jerneh mulai 1 Mac 2019.



13. Program Motivasi Sahsiah dan Akademik Untuk Murid Tahun 5 dan 6.
    - 5 Mac 2019




14. Mesyuarat Agung PIBG
   - 7 Mac 2019




See... banyakkan program yang telah berlangsung..admin je yang malas nak update..bertabahlah..Semua-semua program dan aktiviti yang dinyatakan ni, semua ada dalam facebook SK Datuk Abdullah tauu..sekarangkan, lagi ramai yang buka fb dari nak bukak blog ni, hehe..ermmm,sekarang ni kan, tengan berlangsungnya latihan sukan untuk Kejohanan Sukan Tahunan 2019. Saja nak bagitau awal-awal..Harapnya admin ada kerajinan update blog selepas sukan tu,hehe..



Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts