Pages

Thursday, September 30, 2010

KELUARGA BESAR SKDA BERHARI RAYA....MERIAH



Sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431 Hijrah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd.Syazwan dan diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, Tn.Hj.Zainal b Yusof. Acara bergambar beramai-ramai bersama murid, guru dan kakitangan sekolah memeriahkan lagi majlis sebelum bermulanya jamuan hari raya.
Berbagai kueh dan juadah dihidangkan untuk semua warga SKDA dan tetamu . YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir dalam majlis tersebut. Lagu- lagu raya dimainkan sepanjang majlis berlangsung. Murid-murid semuanya kelihatan ceria dengan berbaju raya. Sememangnya majlis raya tahun ini meriah disamping dapat merapatkan silaturrahim antara semua warga SKDA.

Wednesday, September 22, 2010

PROGRAM CURAHAN KASIH.

Satu majlis motivasi khas untuk ibubapa dan pelajar tahun 6 telah diadakan pada 29 Julai 2010 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. Program Curahan Kasih tahun ini menjemput Guru Kaunseling Cemerlang SMK Bukit Rokan iaitu En.Norazmi Che'Lah sebagai motivator program. GPK HEM, En.Hishamudin Yusuf juga bertindak sebagi motivator untuk pelajar tahun 6 dalam sesi berasingan.Motivator jemputan telah mengendalikan program dengan jayanya dan banyak input telah diberikan sepanjang program.

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PN.HJH.NAPSIAH.










Satu majlis makan malam telah diatur oleh pihak sekolah sempena persaraan Pn.Hjh.Napsiah bt Md.Yusop , Guru Besar SKDA. Majlis bertempat di Hotel Equatorial, Melaka dan diadakan pada 17 Julai 2010 pukul 8.00sekolah. Majlis dimulakan dengan acara tayangan video "Dalam Kenangan". Selepas itu diadakan acara memotong kek sempena ulangtahun kelahiran Pn.Hjh.Napsiah. Acara diteruskan dengan ucapan dari GPK 1, En.Adam bin Hj. Omar, Pengerusi PIBG, dan YB Mohd. Kamil.Acara diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati dan sessi penggambaran kenang-kenangan bersama Pn.Hjh.Napsiah. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan yang manis dalam hidup Pn.Hjh.Napsiah.