Pages

Tuesday, September 26, 2017

BIJAK SIFIR DI SKDA

Subjek Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak kita pada hari ini. Maka,ia harus diberi penekanan yang serius oleh semua pihak khususnya pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai subjek Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Bagi membantu penguasaan sifir yang baik, Panitia Matematik  SK Datuk Abdullah telah melaksanakan Program Bijak Sifir pada 26 September 2017. Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh PPD.

Rasional menjalankan Program Bijak Sifir ini adalah untuk menarik perhatian murid agar lebih berminat dan cinta terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik merupakan satu mata pelajaran asas yang wajib dikuasai oleh murid. Justeru, melalui program ini diharap dapat meningkatkan penguasaan di kalangan murid.

Berikut merupakan perjalanan sepanjang program Bijak Sifir ini dilaksanakan di SKDA.

Murid tahun 5 ditempatkan di dewan

Menunggu arahan yang seterusnnya daripada guru mengawas program 


Murid tahun 4 ditempatkan di kantin





Diharapkan program yang dirancang seperti ini dapat memberi impak yang positif untuk murid-murid. SKDA, Maju Terus Maju!  


No comments:

Post a Comment