Pages

Sunday, September 17, 2017

Rombongan Oh Rombongan


Lihatlah betapa riangnya anak-anak Pra Sekolah kerana berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke A Famosa Safari,Alor Gajah pada 13 September yang lalu. Anak-anak pra yang diiringi oleh 4 orang guru dan dua PPM ini bergerak dari sekolah kira-kira pada pukul 8 pagi dan menghabiskan sesi lawatan ke Safari sehingga pukul 1 petang.


Tujuan utama lawatan sebegini diadakan adalah memberi pendedahan awal kepada anak-anak pra khususnya dalam memupuk rasa cinta kepada haiwan . Selain itu juga, lawatan ini bertujuan untuk melatih murid berdikari dan merasai pengalaman sebenar menaiki bas. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada anak-anak pra.





Seronok nampak?



Yeyeyeye...tita sudah sampai...




Baca doa makan dulu...


Kami soronok sangat cikgu..

No comments:

Post a Comment