Pages

Sunday, September 3, 2017

SUKANEKA PRA SEKOLAH DAN PPKI

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah Melayu yang berkait rapat dengan pentingnya mengasuh anak semenjak kecil. Tidak hairanlah SKDA mengorak langkah mengadakan satu sukaneka khas bagi pelajar Pra Sekolah dan PPKI.

Sukaneka ini telah dijalankan pada 25 Ogos yang lalu. Acara bermula dengan senamrobik yang turut melibatkan ibu bapa yang sempat hadir. Pelbagai acara yang dijalankan dengan mendapat tepuk sorak daripada ibu bapa apatah lagi melihat telatah comel anak-anak mereka. Semoga aktiviti sebegini bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar, malah dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.







Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn. Russita binti Latip, Guru Besar SKDA kepada para pemenang


No comments:

Post a Comment