Lawatan yang telah dirancang ini merupakan lawatan kedua bagi murid SKDA sepanjang tahun 2017. Sepanjang lawatan ini, pelbagai reaksi murid dapat dilihat apabila memasuki perkarangan safari tersebut. Hampir semua murid melahirkan rasa gembira dan teruja apabila berdepan dengan beberapa haiwan yang jarang dilihat oleh mereka. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang melihat beberapa pertunjukan sepanjang berada di safari tersebut. Paling menggembirakan murid, mereka juga berpeluang memegang haiwan dan bergambar bersama. Ini menunjukkan bahawa murid SKDA sememangnya sangat berani walaupun haiwan itu merupkan pertama kali dilihat dan disentuh. Perkara yang mencuit hati, beberapa orang murid dan guru telah disembur dengan air oleh gajah semasa pertunjukan berlangsung. Diharapkan agar lawatan seperti ini akan dirancang lagi pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja menghiburkan hati bahkan juga dapat memberi pengetahuan yang sangat bermakna bagi setiap murid. Alhamdulillah, murid dan guru selamat tiba di perkarangan sekolah pada pukul 7.00 petang.
No comments:
Post a Comment