Pages

Wednesday, November 1, 2017

Taklimat SKPMg2

Hari ini bersamaan 1 November 2017, satu Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) berkaitan SKPMg2 telah disampaikan kepada semua guru SKDA. Apa itu SKPMg2? Sebagai guru,kita harus tahu apa maksud singkatan tersebut.
SKPMg2 adalah singkatan daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.  Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Besar,  Puan Russita binti Latip dan GPK Pentadbiran, En. Ahmad Nizam bin Dzulkifli.
Penggunaan instrumen yang ditambah baik ini membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu juga, para guru dan anggota kumpulan pelaksana diberi pendedahan bagaimana penyediaan eviden berdasarkan bidang tugas masing-masing.









Diharapkan agar SKDA terus maju di masa akan datang!!!

No comments:

Post a Comment