Pages

Wednesday, February 21, 2018

Tahukah Anda Kegunaan Kaki Kepada Haiwan?


Kebanyakan haiwan mempunyai kaki yang sesuai dengan tabiat hidup dan persekitaran mereka. Kaki haiwan ini mempunya fungsi yang sesuai dengan tabiat hidup dan gaya pemakanan mereka. Kaki burung unta sangat berguna kepadanya untuk melarikan diri daripada musuh. Burung helang pula menggunakan kakinya untuk menerkam dan menangkap mangsa.
Manakala itik,angsa dan swan menjadikan kakinya sebagai dayung semasa berenang di dalam air. Tahukah anda kaki cicak mempunyai sejenis penyedut pada tapak kakinya. Dengan penyedut inilah membolehkan cicak memanjat dan bergerak dengan mudah dalam pelbagai permukaan termasuklah semasa di permukaan yang licin seperti kaca. Pada tapak kaki kucing , harimau dan singa pula terdapat satu lapisan lembut yang memudahkan haiwan-haiwan ini untuk duduk dan bergerak secara senyap tanpa disedari bagi memburu mangsanya.

No comments:

Post a Comment