Pages

Wednesday, February 21, 2018

Tahukah Anda Simbiosis Antara Dua Haiwan?


Simbiosis dapatlah diertikan sebagai perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan. Sesetengah jenis burung dan mamalia saling memerlukan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya badak sumbu dan burung-burung pematuk.
Burung-burung pematuk itu akan memakan parasit seperti pepijat dan kutu yang hinggap pada badan badak sumbu. Ini bukan sahaja mengenyangkan burung-burung tersebut tetapi dapat melindungi badak sumbu daripada serangan dan gigitan parasit tersebut.
Hal yang sama juga berlaku kepada buaya. Burung kedidi akan bergerak keluar masuk ke dalam mulut buaya untuk memakan parasite yang terdapat di dalam mulut buaya.

No comments:

Post a Comment