Pages

Tuesday, May 1, 2018

Gotong Royong Ceriakan SKDA

Apa yang penting, kerjasama.. Sesuai dengan lagu tersebut, bangunan utama SKDA telah berjaya diceriakan dengan kerjasama yang padu daripada guru-guru, PIBG dan PIBK. Jikalau dahulu, bangunan utama iaitu Blok A ini kelihatan kusam. Tetapi kini, bangunan ini telah berubah wajah menjadi lebih ceria dengan warna yang dipilih.

Apa yang lebih membanggakan, proses transformasi bangunan ini hanya mengambil masa selama 4 hari sahaja. Dua hari digunakan untuk membuang cat-cat asal , sehari untuk 'undercoat' dan sehari lagi untuk mengecat dengan warna ceria ini. Inilah kelebihan jika bekerjasama. Semua kerja yang dilihat sukar menjadi senang dan mengambil masa yang singkat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih wajar diberikan kepada YDP PIBG, En Rosli bin Yatim kerana telah memberi bantuan dari segi tenaga kerja dan peralatan. Begitu juga sekalung terima kasih kepada Pengerusi PIBK. Tn Haji Shahrin yang memberi bantuan cat dan juga air mineral. Dengan bantuan ini, maka kerja-kerja mengecat menjadi lebih mudah kerana tenaga mahir yang mereka ada.
Beginilah transformasi sekolah kita. Ceriakan...




















No comments:

Post a Comment