Pages

Tuesday, March 9, 2021

PROGRAM IM FREE UNTUK MURID TAHUN 1 ARIF (UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING)

 

    IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). 

    Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara. Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok. Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok. Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok. 

Pendedahan mengenai racun-racun yang terkandung dalam rokok telah diterangkan oleh Puan Bhavani A/P Arumugam (Guru Bimbingan & Kaunseling)

















No comments:

Post a Comment