Pages

Wednesday, March 24, 2021

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BAGI KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS


 24 Mac 2021, Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas telah diadakan. Penyampaian Sijil ini dibuat dalam kelas dari Tahap 1- Tahap 2. Puan Sharifah binti Omar (GPK Hem) telah menyampaikan Sijil ke murid.

Tuesday, March 23, 2021

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2021

 Pada 23 Mac 2021 (Selasa), guru-guru Tahun 1 telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Transisi Murid Tahun 1 bagi sesi 2021. Majlis ini bermula pada 8.00 pagi sehingga 9.40 pagi. Seramai 64 orang murid Tahun 1 telah terlibat dalam program ini. Penyelaras bagi program ini ialah Puan Amirah binti Abdul Hakim. 





















Monday, March 22, 2021

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BAGI PEMIMPIN SKDA (UNIT DISIPLIN BERSAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING)

     Pada 22 Mac 2021, Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Pengawas SKDA. Seramai 45 orang pengawas berjaya menerima sijil watikah pelantikan bagi sesi 2021.

    Tujuan majlis ini adalah untuk, membentuk sifat bertanggungjawab dan sahsiah diri yang positif melalui memberi peneguhan positif kepada murid.

tenTentatif Majlis : 

Ø  MURID BERKUMPUL DI DEWAN

Ø  UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Ø  BACAAN DOA

Ø  UCAPAN GPK HEM

(PN.SHARIFAH BINTI OMAR)

Ø  PENYAMPAIAN WATIKAH + HADIAH

Ø   IKRAR PEMIMPIN SEKOLAH

Ø   SESI BERGAMBAR 

Ø  MAJLIS  BERSURAI























Friday, March 12, 2021

PROGRAM PENDEDAHAN BAHAYA AMALAN MEROKOK UNTUK MURID TAHUN 1 BESTARI ( IM FREE)

 

Untuk IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara. Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok. Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok. Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Bhavani Arumugam (Guru Bimbingan & Kaunseling)











Tuesday, March 9, 2021

PROGRAM IM FREE UNTUK MURID TAHUN 1 ARIF (UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING)

 

    IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). 

    Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara. Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok. Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok. Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok. 

Pendedahan mengenai racun-racun yang terkandung dalam rokok telah diterangkan oleh Puan Bhavani A/P Arumugam (Guru Bimbingan & Kaunseling)