Filem Star Wars adalah idea pengarahnya sendiri, George Lucas dan ia ditolak oleh studio Universal apabila Lucas cuba mendapatkan studio tersebut untuk menerbitkannya.
Beliau kemudiannya berunding dengan 20th Century Fox untuk pengarahan filem Star Wars pertama pada tahun 1974 dan Lucas ditawarkan bayaran pengarah sebanyak US$500,000.
Lucas membuat tawaran balas.
Memandangkan filem Star Wars adalah ideanya, beliau bersetuju untuk hanya menerima bayaran US$150,000 tetapi akan memegang hak milik barangan permainan Star Wars dan hak pengeluaran filem-filem Star Wars seterusnya.
20th Century Fox bersetuju kerana mereka sebenarnya menjangka filem Lucas tersebut hanya akan mendapat sambutan biasa dan hanya mampu balik modal.
Ini kerana filem sains fiksyen yang diarahkan Lucas sebelum itu tidak mendapat sambutan. Dan pada era itu juga, tema filem sains fiksyen masih lagi asing di dalam dalam industri perfileman US.
Tetapi Lucas mempunyai keyakinan tinggi terhadap idea filem Star Wars beliau. Pengambaran filem tersebut dimulakan oleh beliau tetapi mendapat bajet yang terhad.
Beliau menempuh banyak kesukaran dalam mengarahkan filem tersebut.
Untuk menghasilkan prop filem, beliau terpaksa menggunakan barang-barang terpakai dan kebanyakkannya dibuatnya sendiri kerana kekangan bajet. Pada waktu itu komputer dengan teknologi CGI masih belum wujud dan kesemua aksi futuristik pula perlu dibuat secara manual.
Kru-kru filem pula enggan bekerja lebih masa kerana isu bayaran. Malah, mereka juga bingung melihat filem yang ingin dihasilkan Lucas ini.
Jika itu tidak mencukupi, para pelakon juga menganggapnya tidak masuk akal dan tidak percaya ia akan berjaya.
Jadi pendek kata, studio, pelakon dan kru kesemunya tidak percaya pada idea beliau dan menganggapnya tidak akan berjaya menjadi filem box-office.
Filem tersebut siap pada tahun 1977 dengan kos US$11 juta. Kutipan pada hari pertama tayangan hanyalah US$1.5 juta tetapi selepas beberapa bulan ditayangkan kutipan di seluruh dunia mencecah US$780 juta, jauh melepasi tahap box-office.
Pada tahun 1978, jualan permainan Star Wars yang dipegang hak miliknya oleh Lucas menjana tambahan US$100 juta.
Sehingga kini jualan kesemua permainan Star Wars adalah sebanyak US$12 bil., jauh mengatasi jumlah kutipan filem sebanyak US$4.4 bil.
Dan bukan setakat itu sahaja, Lucas turut menerima bayaran dari jualan DVD dan kaset VHS, permainan video, buku dan yuran perlesenan yang kesemuanya dianggarkan sebanyak US$10.3 bil.
Siri filem Star Wars adalah yang yang paling berjaya dalam industri perfileman US. Selagi ia ditayangkan dan produknya dijual, George Lucas akan terus menerima bayaran.
=======================================================================
CERITA DARI LADANG
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" Sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata," Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak " Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Semoga bermanfaat perkongsian ini. Pengorbanan sekecil mana pun, pasti dingati.. dikenang.. janganlah berharap balasan semahal mana... kerana yang sikit itu sebenarnya.. itulah yang bernilai besar.. Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik-beradik..
#############################################################################
Suatu hari seorang murid meletakkan papan tanda bertulis ayat ayat yang indah untuk di pamerkan kepada orang ramai, lalu di gantungnya papan tanda itu di laluan orang ramai. Dan di atas ayat ayat itu ditulis perkataan,
" sesiapa yang nampak sebarang kecacatan walaupun sedikit pada papan tanda ini silalah letakkan tanda dengan menggunakan pen berwarna merah"
kemudian setelah petang, murid ini kembali ke tempat papan tanda tersebut, dan di dapati tanda pen berwarna merah memenuhi papan itu sehingga hampir penuh. Ini menandakan papan tanda itu terdapat banyak kecacatan di mata orang ramai.
Lalu murid ini mengadu kepada gurunya dan mencadangkan di buang sahaja papan tanda itu kerana banyak kecacatan, lalu kata guru nya, tidak perlu. Kita hanya perlu menukarkan perkataan sahaja.
Lalu di tukar kepada, " sesiapa yang nampak sebarang kecacatan pada papan tanda ini walau sedikit, silalah ambil pemadam dan pen yang disediakan ini dan betulkan"
Disediakan di bawah papan tanda itu pen dan pemadam.
Lalu murid dan guru ini berlalu pergi, dan mereka kembali pada waktu petang dan di dapati tiada seorang pun yang menyentuh papan tanda itu walaupun setelah berhari hari. Seumpama tiada sebarang kecacatan di situ.
Lalu kata guru kepada muridnya.. beginilah kebanyakan manusia hari ini. orang yang nampak benda yang salah cukup ramai, tetapi yang nak membetulkan sangat kurang..
#################################################################################
Pengajaran dari Christiano Ronaldo! Ketika menerima satu anugerah baru-baru ini, beliau telah dedikasikan anugerah yang terima kepada.....Alberto Fantrau.
Kata beliau "Benar saya adalah pemain bola terunggul dan semua kejayaan adalah atas jasa besar sahabat saya Alberto".
Orang ramai saling berpaling sama sendiri dan bertanya "Siapakah Tuan Fantrau ini ?".
.
Seterusnya Ronaldo menyambung. "Kami bermain bersama di dalam pasukan remaja. Waktu pencari bakat dari Sporting Lisbon datang memerhati kami, mereka maklumkan sesiapa yang menjaringkan gol terbanyak bakal terpilih untuk diserap ke Akademi Sukan kami.
.
Hari itu kami menang 3-0. Gol pertama dijaringkan oleh saya, Albert pula menanduk dan menjaringkan gol kedua. Gol ketiga adalah yang membuat ramai terpesona hari itu.
.
Alberto bermula dari sayap tepi, langsung berhadapan dengan penjaga gol pihak lawan dan mengelecek pula penjaga gol tersebut dan hanya pintu gol kosong, terbentang luas untuk dikuis masuk ke gawang sahaja.
.
Saat itu saya pula sedang berlari di sisi beliau. Dari upaya untuk menjaringkan gol ke gawang yang kosong sendiri, Alberto membuat keputusan untuk menghantar bola kepada saya dan akhirnya sayalah yang menjaringkan gol ketiga.
Demikianlah bagaimana saya mendapat tempat di Akademi Sukan Sporting Lisbon. Selepas tamat perlawanan saya bertemu beliau dan bertanya " kenapa lakukan sedemikian tadi? Jawab beliau "Kerana kamu adalah pemain yang lebih baik dari saya".
.
Libat rasa dan perasaan ingin tahu lebih lanjut dari para wartawan, mereka mula menyiasat hingga akhirnya berjaya menjejaki dan bertemu Alberto Fantrau. Langsung mereka bertanya kisah yang diceritakan Ronaldo adalah benar sebenarnya.
.
Beliau menegaskan yang ia benar dan selepas perlawanan itu karier beliau terus terkubur dan dari saat itu beliau hidup menganggur hingga ke hari ini.
.
Namun begitu para wartawan melihat beliau dengan rumah yang mewah dan sebuah kereta Mercedes Mewah diparkir di garaj beliau dan bertanya lagi pada Alberto. "Tanpa kerja tetap bagaimana tuan mampu memiliki harta-harta ini? Tuan tampak selesa dengan keadaan sekarang" .
Alberto menjawab: Semua ini?..adalah dari Ronaldo.
.
Iktibar kisah ini:
Muhasabah sesama kita dan bertanya soalan ini. Berapa ramai antara kita sanggup untuk laksanakan seperti apa tindakan yang Ronaldo dan Alberto buat ? Sebaliknya ramai kita menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai bantuan setelah dihulur orang lain.
.
Sahabat semua, ayuh kita sama berubah, ayuh kita sama membantu dan zahirkan rasa bangga atas kejayaan mereka yang disekeliling kita. Sama ada adik beradik, rakan taulan dan keluarga sendiri.
Apabila kita capai anugerah kejayaan, bersyukur atas kejayaan dan jangan jadi kacang lupakan kulit. Setiap mereka yang terlibat dalam kejayaan kita, jangan lupakan budi mereka. Lebih lagi jangan dilupakan Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Menghakimi kita.
.
Jadilah sebahagian dari kejayaan orang lain.
********************************************************************************
KUNCI KEBERKATAN HIDUP
Antara kunci untuk mendapat keberkatan dalam hidup adalah :
1. Jika kita ada ilmu, berusahalah menjadikannya bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain.
2. Jika kita punya harta, berikanlah sebahagiannya agar menjadi sedekah jariah.
3. Jika kita ada anak, didiklah dengan baik agar menjadi anak yang soleh/solehah.
Tiga perkara ini yang disebut oleh Baginda Nabi SAW sebagai amal yang tidak akan terputus pahalanya walaupun kita telah meninggalkan dunia ini.
***************************************************************************************************************
TAZKIRAH SANTAI DAN SENTAP
Tazkirah yang santai tapi sentap :
Kita bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.
Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.
Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.
Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.
Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.
Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.
Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.
Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.
Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.
Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah ... :)
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
💧💧💧💧💧💧💧💧💧
~ Mutiara Kata ~
📌Terimalah nasihat seseorang itu walaupun ia pedih bagi kamu.
📌Terimalah nasihat seseorang itu walaupun yang menasihatimu itu bukan orang alim.
📌Jangan lihat siapa yang berkata-kata Tapi lihat apa yang dikatakannya
📌Walau pedih, sakit bagi kau nak terim Ingatlah Allah hantar nasihat itu melalui dia,
Terima nasihatnya
📌Belajar rendah diri Dan martabat kau akan tinggi.
💧💧💧💧💧💧💧💧💧
*****************************************************************************
ROSAKNYA ADAB BELAJAR
Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya "Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "
Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya...
Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. "Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru..
Saya kerap di panggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab "sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa.." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat..
Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?
Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab..
YaAllah ampunilah kami..
Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..
Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru..
YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru2 anak2 kami.. Aamiin
Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak.
Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya
Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KISAH IBU BAPA PART TIME
Sedikit perkongsian dn rumusan drp program daie di tv3 sebentar td..
persembahan drp daie aiman... tajuk ibu bapa part time
1. zaman skrg, ibu bapa terpaksa bekerja utk menyara hidup anak2. dlm keadaan ekonomi yg tdk menentu mereka terpaksa membuat kerja tambahan..anak2 dihantar ke rumah pengasuh / ibu bapa mertua utk dididik dan dijaga
2. kerana letih mencari nafkah, anak2 terbiar..semua urusan pendidikan diserahkan kpd guru..apabila anak2 bertanya ttg pelajaran yg tidak difahami, guru dipersalahkan kerana gagal mendidik
3. anak2 dibiarkan mencari identiti diri dn kasih sayang sendiri kerana ibu bapa sibuk menekan butang hset, sibuk melayari internet, laman sosial dsbnya..
4. berikan kasih syg kpd anak2 walau sesibuk mana pun..didik mereka supaya menjadi insan yg berguna, insan yg mempunyai ilmu, insan yg mendapat kasih syg
5. ibu bapa bertanggungjawab utk memberikan kasih syg sepenuhnya, perlindungan dn bimbingan yg terbaik kpd mereka..
6. anak2 merupakan kunci kita utk membentuk keluarga bahagia serta pembimbing kita ke jannah
semoga kita mendapat manfaat drp ilmu yg disampaikan..
mohon maaf jika tak sama spt yg dikata..penulis hanya mencatat berdasarkan kefahaman diri sendiri...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KISAH BERSANGKA BAIK
*"BERBAIK SANGKA"*
Seorang anak kecil memegang dua buah apel 🍎🍎 di kedua tangannya.
Ibunya datang mendekat, sambil tersenyum kemudian bertanya "Sayang.., boleh Mama minta 🍎 satu?"
Si anak memandang ibunya beberapa detik, kemudian dengan cepat menggigit kedua apelnya 🍎🍎, bergantian ...
Si ibu berusaha menyembunyikan kekecewaannya, senyumnya terlanjur luntur dari wajah nya... 😕
Sampai kemudian si anak menyodorkan salah satu apel 🍎 yang telah digigitnya tadi kepada ibunya.
Dengan sukacita dan senyum ceria 😃 si anak berkata : *"Ini untuk Ibu, karna yang ini LEBIH MANIS"* 👍
Hening.. 😔
ternyata anak ingin memberikan yang terbaik buat ibunya... makanya si anak memastikannya
👍😆
Tidak ada kata-kata yang terucap dari bibir ibunya, kecuali senyum dan bola matanya yang berkaca-kaca.... tak terasa mengalir air matanya 😭
*"JANGANLAH KITA CEPAT BERBURUK SANGKA"*
🐛Siapapun Anda,
seberapapun pengalaman & pengetahuan Anda,
jangan tergesa-gesa menilai seseorang, siapapun dia.
Sabarlah... tunggu responnya..... pahami maksud nya
🐛Janganlah buru buru menghakimi, supaya kamupun tidak akan dihakimi....
🐛Berilah kesempatan kepada setiap orang untuk memberikan penjelasan ... dengαn caranya sendiri ..
🐛Tetaplah menjadi orang yang sabar & bijaksana menilai diri orang lain....
👍😊🐌
☆☆☆ SERINGKALI ...... kita kurang paham dengan maksud orang .......... karena .......
Kita melihat dengan kacamata kita
*Tetapi*
Jika kita belajar mau sabar..... tenang.... dan coba memahami dengan kacamata mereka.......
Pasti semua Indah ☆☆☆
Mari belajar *Berbaik Sangka* pada sesama saudara teman-teman dan siapa saja yang kita temui...
No comments:
Post a Comment