Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label BIJAK SIFIR. Show all posts
Showing posts with label BIJAK SIFIR. Show all posts

Mantapkan Sifir Anda!!!

Masa ini, Matematik dianggap sebagai satu subjek "killer" dalam arena pendidikan. Sebagai guru matematik, kadangkala admin rasa tertekan dengan kata-kata sedemikian rupa..walhal, bukannya ada apa pun kan..Jadi, admin anggap ini sebagai satu cabaran bagaimana hendak menaikkan lagi peratus lulus Matematik dalam setiap ujian sekaligus akan mengharumkan nama SKDA. Walaupun, admin bukanlah guru yang terbaik, tapi tak salah kalau kita mencubakan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Salah satu usaha guru dan murid di SKDA ialah dengan memahami konsep dalam sifir. Memahami konsep sememangnya amat penting dalam Matematik bagi memastikan murid akan sentiasa ingat dan boleh mengaplikasikannya dalam apa jua soalan yang dihadapi. Harapannya macam tu la 😃😃😃
Bagi menyokong hasrat ini, admin akan sertakan sifir  bermula dari sifir 1 hinggalah sifir 12. Check it out...


































Admin harap agar sifir ini akan memberi manfaat untuk semua. 
Tq 😘
Share:

BIJAK SIFIR DI SKDA

Subjek Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak kita pada hari ini. Maka,ia harus diberi penekanan yang serius oleh semua pihak khususnya pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai subjek Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Bagi membantu penguasaan sifir yang baik, Panitia Matematik  SK Datuk Abdullah telah melaksanakan Program Bijak Sifir pada 26 September 2017. Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh PPD.

Rasional menjalankan Program Bijak Sifir ini adalah untuk menarik perhatian murid agar lebih berminat dan cinta terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik merupakan satu mata pelajaran asas yang wajib dikuasai oleh murid. Justeru, melalui program ini diharap dapat meningkatkan penguasaan di kalangan murid.

Berikut merupakan perjalanan sepanjang program Bijak Sifir ini dilaksanakan di SKDA.

Murid tahun 5 ditempatkan di dewan

Menunggu arahan yang seterusnnya daripada guru mengawas program 


Murid tahun 4 ditempatkan di kantin





Diharapkan program yang dirancang seperti ini dapat memberi impak yang positif untuk murid-murid. SKDA, Maju Terus Maju!  


Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts