Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label KM1M. Show all posts
Showing posts with label KM1M. Show all posts

KM1M Peringkat Daerah Tampin

Haiiii,sihat tak hari ni? harapnya semua sihat- sihat di pagi Jumaat yang indah ini. Saja nak bagitau kat korang, beberap hari ni, admin rasa gembira je..alhamdulillah..banyak perkara baik yang berlaku..walaupun ada jugak yang menjengkelkan hati,tapi admin tak ambil port la..malas nak fikir,buat serabut kepala je kan,hehe...
Ok la..berbalik pada isi utama yang admin ingin sampaikan.. perkara ni sebenarnya berlaku semalam lagi, iaitu pada 5 April 2018..tapi admin takde kesempatan nak tulis kat blog ni..maaf tau..sebab adakalanya admin jadi pemalas 😪
Baik..pada hari semalam,iaitu hari Khamis, sebenarnya ada perasmian KM1M peringkat daerah Tampin. Seramai 4 orang murid telah dipilih untuk mengikuti pertandingan Literasi Maklumat. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana murid SKDA telah menjadi johan dalam pertandingan yang dijalankan. Haaa, perkara seperti ini lah yang menjadikan perasaan admin gumbira, hehehe.. Walaupun bukan admin yang dapat hadiah,tapi sebagai guru pengiring turut menumpang bangga 😅

Jom belek-belek..ni je gambar yang sempat admin ambil..
Share:

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Halloooo..Lama admin tak bersiarankan.. mesti ada yang rindu. Kalau tak rindu pun,alah buat-buat rindulah kat admin ni..bagi senang hati sikit..heee.. Ok you all..admin
sebenarnya biziiiii manjang..maklumlah, guru ber'dedi'kasi katakan..walaupun sebenarnya mamy tak kasi sangat..hehe.. Baiklah..kita terus pada yang admin nak sampaikan. Pagi tadi, sekolah telah melancarkan satu program di bawah kendalian PSS iaitu Pelancaran KM1M.
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) ini merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Pada tahun ini, KM1M akan mula dilaksanakan pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.

Soooo.... Majlis Perasmian KM1M ini telah berjaya dilaksanakan pada 2 April 2018 dan telah dirasmikan oleh Pn Russita binti Latip, Guru Besar SKDA. Pelbagai program telah dirancang sepanjang minggu KM1M ini. Walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 3hb April, tetapi SKDA telah melaksanakannya sehari lebih awal.. nampak tak, betapa
semangatnya sekolah kitorang ni, haha..
Berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis perasmian.. jangan cari admin tau, admin sekarang ni tak sesuai masuk gambar, nanti ada yang pengsan..huhu































Diharapkan agar program seumpama ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Begitu la kan..jangan je tinggal harapan 😜

Ok you all..enjoy the moment!!
Tq 😘
Share:

Pelancaran KM1M Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah 2017



Pada 7 April yang lalu bersamaan dengan hari Jumaat, pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) bertempat di dataran perhimpuan dua. Program membaca selama 33 minit 33 saat ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan seluruh sekolah di Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk menyuburkan minat membaca dalam kalangan para pelajar. Kita semua sedia maklum bahawa membaca merupakan satu hobi yang bukan sahaja mengisi masa lapang dan menambah ilmu pengetahuan, namun aktiviti ini juga memberi banyak faedah sampingan seperti berikut :-



1. Melatih otak
Salah satu keuntungan membaca buku adalah sebagai latihan otak dan fikiran. Membaca dapat membantu menjaga otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak dituntut untuk berfikir lebih sehingga dapat membuat pembaca semakin cerdas. Walau bagaimanapun untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin.

2. Meringankan stres
Stres adalah faktor risiko kepada beberapa penyakit berbahaya. keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk menenangkan dan mengurangkan stres, terutama membaca buku fiksyen sebelum tidur. Cara ini dianggap bagus untuk mengatasi stres.

3. Menjauhkan risiko penyakit Alzheimer
Membaca benar-benar dapat langsung meningkatkan daya ingatan otak. Ketika membaca, otak akan dirangsang dan stimulasi (rangsangan) secara teratur dapat membantu mencegah gangguan pada otak termasuk penyakit Alzheimer.

Kajian telah menunjukkan bahawa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain teka-teki silang kata, Sudoku, dan lain-lain dapat menunda atau mencegah kehilangan memori. Menurut para pengkaji, kegiatan ini merangsang sel-sel otak dapat berhubung dan meningkatkan sel-sel tersebut itu sendiri.

4. Mengembangkan pola tidur yang sihat
Apabila anda terbiasa membaca buku sebelum tidur, maka itu bertindak sebagai alarm bagi tubuh dan mengirimkan signal bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu Anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun segar di pagi hari.

5. Meningkatkan konsentrasi
Orang yang suka membaca akan memiliki otak yang lebih konsentrasi dan fokus. Melalui fokus ini, pembaca akan memiliki kemampuan untuk memiliki perhatian penuh dan praktis dalam kehidupan. Ini juga mengembangkan ketrampilan  dan mampu membuat keputusan dengan penuh berhemah

Jadi jangan hanya menghabiskan waktu berjam-jam untuk menonton televisyen atau bermain permainan komputer, tetapi juga luangkan waktu untuk membaca buku. Kebiasaan baik itu tidak hanya akan menyegarkan fikiran tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan dan kehidupan.


Kesimpulannya 


Menurut penelitian yang dilakukan oleh New York University mengatakan bahawa dengan membaca buku dapat meningkatkan kemampuan kita untuk lebih memahami perasaan orang lain. Sehingga dapat meningkatkan kualiti  hubungan yang lebih baik dengan orang-orang di sekitar kita.

Selain itu kajian  oleh Ohio State University menyatakan bahawa dengan membaca buku dapat membantu seseorang untuk mendapatkan motivasi dalam mengatasi pelbagai dugaan dan masalah, sehingga nanti dapat membantu dalam mencapai tujuan hidupnya. Pada saat seseorang dapat lebih mengidentifikasi karakter, pengalaman, serta pelbagai macam peristiwa yang seolah-olah hal itu sedang terjadi pada mereka, maka akan semakin besar kemungkinan bagi mereka untuk mengambil tindakan.

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA




Cikgu Ahmad Nizam bin Dzulkifli ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran ) merasmikan pelancaran KM1M



Pn. Sharifah binti Omar ( Guru Penolong Kanan HEM) turut serta semasa pelancaran KM1M


Pelajar Pra Sekolah sedang meembaca buku sebagai gimik pelancaran dan sebagai motivasi buat pelajar-pelajar lain.









Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts