Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Program Transisi Tahun 1 sessi 2011


"Wah! Bestnya sekolah...Macam-macam ada....". Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari murid Tahun 1 SKDA. Ini menggambarkan sekolah adalah tempat yang amat menyeronokkan baginya. Manakan tidak...sepanjang tiga minggu persekolahan, pelajar Tahun 1 telah didedahkan dengan berbagai aktiviti yang dilalui melalui Program Transisi Tahun 1.
Program yang bermula dari 3 hingga 21 Januari 2011 ini telah dirasmikan penutupannya dalam acara kemuncak iaitu acara sukaneka murid tahun 1. Sebanyak 10 acara permainan telah dirancang dengan acara tiup belon hingga pecah menjadi acara penamat. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Ko-Kurikulum, Tuan Badrul Hisyam bin Tuan Abdullah.
Dalam program ini berbagai aktiviti diatur. Antaranya lawatan, melukis, menyanyi, bercerita dan berbagai lagi bertujuan untuk mempersiapkan diri pelajar dalam menempuh alam pendidikan sepenuhnya. Syabas..guru-guru SKDA..khasnya guru Tahun 1.

Share:

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




Satu majlis untuk penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diadakan di SMK Bukit Jalor. Para penerima anugerah terdiri daripada Pn.Zalina bt Zakaria, Pn.Latifah bt Daud,
Pn.Norazian bt Mad Saman dan Pn.Azlinawati bt Adnan.
Tahniah kepada penerima anugerah dan harapan agar terus berusaha dengan cemerlang dalam menjayakan wawasan negara demi kemajuan anak bangsa Malaysia
Share:

Hari Terbuka SKDA 2010

Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: 3-5 petang
Tempat: Kantin SKDA







Perjumpaan tiga penjuru antara ibubapa, murid dan guru telah diadakan untuk membincangkan prestasi akademik dan kokurikulum murid. Para ibubapa hadir untuk mengambil rekod profil akademik anak-anak mereka. Hari Terbuka amat penting dalam memastikan kecemerlangan murid dan para ibubapa juga dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibubapa.

Share:

Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga Tahun 5

Kem Bestari Solat juga diadakan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Ia merangkumi beberapa fasa yang bermula pada bulan April 2010. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat latihan dalam kumpulan, amali wudhu', amali solat dan menghafaz surah. Murid juga diberikan taklimat mengenai kewajipan solat dan di ajar cara yang betul dalam menunaikan solat. Semoga program ini dapat membentuk keperibadian muslim yang sejati kepada setiap murid.





Share:

Lawatan Dari Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran

Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, En. Shashim Shah b. Harun telah membuat lawatan ke sekolah ini pada bulan Mei 2010. Warga SKDA sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan beliau. Beliau telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara isi kandungan ceramah beliau ialah kesedaran tentang tanggungjawab seorang murid dan kepentingan pelajaran untuk menentukan masa depan seseorang individu. Selain itu beliau turut mengadakan perjumpaan dengan guru-guru SKDA dan memberi sedikit ceramah mengenai tanggungjawab dan matlamat pendidikan di sekolah.
Share:

Hari Keluarga 2010

Lokasi: Le Paris International Hotel
Tarikh: 21-22 Mei 2010


Seramai 40 orang guru SKDA dan keluarga masing-masing telah mengikuti Hari Keluarga SKDA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

1. Aktiviti santai keluarga

2. Permainan bowling

3. Acara Sukaneka

4. Penyampaian hadiah

Selain dapat beriadah dan bersantai, para guru dan ahli keluarga juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Share:

Guru Pembina Negara Bangsa


(: Guru-guru SKDA :)

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun dan diraikan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyambut Hari Guru seperti jamuan, persembahan daripada murid, aktiviti padang dan sebagainya.




Acara bola petanque..Chaiyookk Cikgu Zehan!





Boleh masuk FIFA World CUP da nie



Horeeeyyyy!!





Cikgu-cikgu keletihan..

Share:

Kejohanan Olahraga 2010

Tarikh: 10 Mac 2010

Hari: Rabu

Masa: 2.30 petang

Tempat: Padang SK Datuk Abdullah



SK Datuk Abdullah telah mengadakan hari Kejohanan Olahraga 2010 yang telah dirasmikan oleh ADUN kawasan Gemencheh iaitu YB Dato’ Mohd Kamil bin Hj Abd Aziz. Pelbagai acara sukan diadakan seperti acara perbarisan, sukaneka dan sukan balapan. Murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam aktiviti sukan ini dan tidak ketinggalan juga murid dari kelas pendidikan khas. Antara acara padang dan balapan yang dijalankan adalah acara lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan lari 4x200 m. Manakala bagi sukaneka pula adalah acara tarik tali, lari susun tin, gelang berantai dan lain-lain.




Kontigen perbarisan





Acara tarik tali
Share:

Majlis Penyampaian KWAPM 2010

Pada 14 April 2010, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah (SKDA) telah menjadi pengelola bagi Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) . Majlis ini bertempat di Dewan MRSM Gemencheh dan bermula pada jam 2.30 petang. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gemencheh iaitu YB Dato' Mohd Kamil Bin Hj Abd Aziz dan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin iaitu Tuan Hj Mad Aris bin Azis.




Para tetamu VIP



Para ibu bapa yang hadir ke majlis KWAPM

KWAPM bertujuan mengurangkan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan murid dan memberi kemudahan kepada murid untuk belajar dengan lebih baik. Pihak SKDA berbangga kerana dapat memberi sumbangan dalam menguruskan majlis ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga kepada pihak lain yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini.



Ibu bapa sedang beratur untuk menerima sumbangan dari KWAPM


Sesi menikmati jamuan


Share:

Program Cinta Rasul 2010

Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut hari keputeraan Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti untuk menyambut hari Maulidur Rasul. Antara acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Ceramah, Forum, Marhaban dan jamuan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah (SKDA) juga turut mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 25 Mac 2010 yang lalu. Majlis diadakan di Dewan SKDA bagi Tahap II dan Surau SKDA bagi Tahap I. Ceramah Maulidur Rasul bagi Tahap II disampaikan oleh Ust. Said Muhd. Jamaluddin bin Imbichi Koyar iaitu seorang perunding Latihan Al-Faliheen Management. Bagi Tahap I pula, taklimat telah disampaikan oleh Ustazah Nur Hanani binti Hamzah. Selain itu, tayangan video 'Muhammad Utusan Terakhir' turut dipertontonkan kepada pelajar Tahap I.



Ust. Said Muhd. Jamaluddin sedang memberi ceramah


Pelajar Tahap II sedang mendengar ceramah di Dewan SKDA



Pelajar Tahap I sedang menonton tayangan video 'Muhammad Utusan Terakhir'


Para guru SKDA

Share:

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKDA 2009

Pada 18 November 2009 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah (SKDA) telah berlangsung majlis penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang SKDA tahun 2009. Majlis ini dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah Tampin iaitu Tuan Hj. Mad Aris Bin Azis. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dihadiri oleh para ibu bapa, pelajar, VIP, guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku yang dipersembahkan oleh kumpulan koir SKDA. Seterusnya ucapan daripada Guru Besar SKDA iaitu Puan Hjh. Napsiah Bt Md.Yusop dan ucapan daripada Encik Mohd Ghazali Bin Arshad selaku YDP PIBG SKDA. Ucapan perasmian pula disampaikan oleh Tuan Hj. Mad Aris Bin Azis. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada pelajar pra-sekolah sehingga pelajar tahun enam dan selain itu jamuan turut dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.



Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar



Guru Besar bersama pelajar yang menerima anugerah cemerlang


Para VIP dan tetamu yang hadir


Persembahan daripada pelajar SKDA
Share:

Kehilanganmu di rasai...

Tarikh 13 April 2009 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga SKDA. Pemergian Allahyarhamah Norhayati bt Ibrahim iaitu seorang guru SKDA merupakan satu kehilangann yang tidak dapat di cari ganti.
Allahyarhamah Norahayati adalah seorang guru yang disayangi oleh anak didik SKDA.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula dari 1 Disember 1989. Penglibatan beliau dalam dunia pendidikan bermula dari tahun 1986.Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Melaka kerana menghidap penyakit pankreas setelah sebulan ditahan diwad hospital.Beliau lahir pada 21 Disember 1960.Beliau meninggalkan seorang suami Hj.Abd.Rahman b Samsudin dan 6 orang cahaya mata.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....amin...
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts