KARANGAN
JENIS FAKTA
1.
Cara-cara
untuk Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes
Demam denggi ialah sejenis
penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk
Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah
utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus
meningkat dari tahun ke tahun.
Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk
Aedes. Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan
air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti
di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam
tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh
sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat
untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula
hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah
seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut daripada
naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2
sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.
Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes
kerana ikan seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah
ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes
ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan
yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.
Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi
pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan
tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan
yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk
Aedes.
2. Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang dalam
Pelajaran
Setiap pelajar
mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar
gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para
pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus
mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga
harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah
menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah
seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini
akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar
inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah
bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan
gigih demi mencapai impian tersebut.
3. Cara-cara untuk Mengelakkan Kepupusan Haiwan
Liar
Kepupusan spesies
haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk
mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.
Antara langkah
untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi
hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi
pembiakan yang berterusan .
Di samping itu,
undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja
yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak
kerajaan.
Selain itu,
aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini
dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.
Seterusnya
usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya
dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke
semasa.
Penubuhan pusat
kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat
secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini akan
membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan.
Akhir sekali,
hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah dipindahkan
segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi, haiwan
berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.
Kesimpulannya,
hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi
memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak
ternilai ini.
4.
Masa Itu Ibarat Emas
Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan aktiviti yang
boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih
berfaedah.
Pada masa cuti
sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai
aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu
mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan
lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan kita.
Selain itu, masa
lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran.
Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata
pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan
membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Malahan, jika ada
kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat
merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi
berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, makan dan sebagainya
bersama keluarga
Pada masa lapang
terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk
berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara
saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati keindahan alam.
Kesimpulannya, masa
amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna. Masa
cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia
apabila kita menghargai masa.
5. Kegunaan Komputer
Penggunaan komputer
amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai
perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi.
Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di
rumah atau di mana-mana sahaja.
Komputer
membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer juga
memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang
boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan internet. Komputer
juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.
Kita boleh
berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui komputer kita
boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya
lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat
belajar atau bekerja.
Komputer
juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita
gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya
lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan persaudaraan
antara kita.
Kebanyakan
pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan komputer.
Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu,
tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi dengan
berpuluh-puluh komputer.
Kesimpulannya,
komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi faedah kepada
manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka
menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak
fokus kepada pelajaran dan sebagainya.
6. Kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk
minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada
masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya
sangat mudah kita dapati seperti di
kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan
membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa
di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial
dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana
banyak fakta yang kita ketahui.
Selain itu,
membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca
akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak
perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu,
orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman
daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam
kehidupan sehari-harian.
Membaca juga
dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan
bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan
lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan
bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok
untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya
membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa
lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan
gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka
membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru
dan ibu bapa.
7. Kebaikan-kebaikan Perpustakaan
Perpustakaan ialah
suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi
perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti
buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh
itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.
Di
perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di
situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa
semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu,
kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan
mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara
sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang
tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.
Perpustakaan
juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat
pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan
menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita
kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.
Di samping itu,
pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah pembedaharaan
kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan
lebih baik.
Kesimpulannya,
perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka
mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.
8. Kebaikan Hobi Saya
Hobi ialah sesuatu
yang gemar dilakukan pada masa lapang seperti memancing, mengumpul setem,
membaca, melukis dan bersukan. Hobi saya pula bermain bola sepak. Saya
melakukan aktiviti ini pada setiap petang.
Hobi ini banyak
memberi kebaikan kepada saya antaranya
ialah mengisi masa lapang, menyihatkan badan, cergas serta cerdas dan menambah
kenalan. Saya dapat mengisi masa lapang
dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada
melepak dan sebagainya.
Selain itu,
hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh. Oleh sebab itulah saya jarang terkena
penyakit seperti demam dan sebagainya. Badan saya juga menjadi cantik dan
langsing.
Permainan bola
sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya sentiasa
cergas semasa belajar dan mudah memahami sesuatu pelajaran.
Permainan bola
sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambah kenalan
terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.
Kesimpulannya
setiap orang bebas memilih hobi yang digemari. Namun, sesuatu hobi yang baik
sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
9.
Berjimat-cermat
Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi.
Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk
perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat
akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu
barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu
sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat
juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang
berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja
sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan
masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita
dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa
lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat
mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat
daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan
wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan
berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka
sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka
akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa
dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar
bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa
berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita.
Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa
pelbagai masalah.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga.
Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan
kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi
kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan
anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu
mentaati perintah agama, menghormati orang lain, bertanggunjawab, berdisplin
dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama
baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan
hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila
mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin
belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta
memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah
membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang
sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat
meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu
gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman
dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum
semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa.
Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak
sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru,
sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa
agar hidup kita lebih diberkati.
11. 11. Faedah-faedah
Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum
ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti
badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak
faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan
ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa
mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan
sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum
juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan
ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu
mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana
dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin
apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab
tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli
akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila
menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan
sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani
latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan
menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.
12.
Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca dalam Kalangan
Para Pelajar
Membaca
mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar
mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.
Antara langkah-langkah untuk memupuk
minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan mengadakan kempen membaca
terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh menjalankan kempen
ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan mengarang dan
sebagainya.
Selain itu, perpustakaan sekolah
perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan yang
mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.
Ibu bapa pula mestilah memainkan
peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak dengan memperuntukkan
sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk bacaan anak-anak
mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan
perpustakaan mini di rumah.
Pihak kerajaan pula perlulah
memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang berpatutan supaya semua
golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.
Kesimpulannya,
membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk
sejak dari bangku sekolah lagi.
13.
Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank
Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak
kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah
membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional,
MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.
Antara kebaikan
menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu
risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan
kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya
berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang kita dijamin selamat di
bawah tanggungjawab pihak bank.
Menyimpan wang
di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai
perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang simpanan
tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh
digunakan pada masa yang memerlukan.
Selain itu,
kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan
boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih
kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan. Amalan
perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah
hutang dan sebagainya.
Kesimpulannya,
amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak
kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi
kehidupan yang lebih terjamin.
14. Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan
Perpustakaan
mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang
boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan
lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan
ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.
Murid-murid dapat mengisi masa
lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan
akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa
depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan
mengelapkan masa depan mereka.
Selain itu, perpustakaan adalah
tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang
mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut
tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru,
murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini
diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan juga dapat menjimatkan
wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana
sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini
tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Kesimpulannya, perpustakaan
mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang
disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid
juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca
buku-buku tertentu di perpustakaan.
15.
Kebaikan Buah-buahan Tempatan
Buah-buahan
tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh
buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil
buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu,
buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai
jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk
kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah
didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang
dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya
kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini
tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih
buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita
telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi
negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan
buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan
tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu,
rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.
16. Faedah-faedah
Mempelajari Komputer
Komputer amat penting
pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan menggunakan
komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer
sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh
pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat
melalui komputer dengan melayari internet.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan
menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar
memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti
pelajaran.
Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah
apabila dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan
komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah
dan pantas.
Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu
seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan
selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan kerugian
akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.
Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita.
Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui
perisian komputer. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar,
asalkan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.
Kesimpulannya, mempelajari komputer
mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu
dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh itu, tanamkan sikap ingin
mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.
17.
Senaman Asas Kesihatan
Senaman adalah asas
kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan
kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara
seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.
Senaman mempunyai banyak faedahnya.
Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan
melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat
lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan
lain-lain lagi.
Senaman juga menjadikan bentuk badan
lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih
menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu,
kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.
Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.
Justeru, kita mestilah mengambil
berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Tambahan
lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran. Oleh
itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.
18. Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan
Jiran ialah orang yang
tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk
kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita,
manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti
pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk
semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan
saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh
dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain
lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil
berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan
kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya
khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran
dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin
terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta
rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu
jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang
sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran
tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti
mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat
kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.
Bodoh
ReplyDelete