Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label Jom Terokai Sains. Show all posts
Showing posts with label Jom Terokai Sains. Show all posts

4 dalam 1.. Hebatnya SKDA

4 dalam 1..itu lah tajuk sesuai dengan aktiviti sebagai seorang guru. Orang lain bercuti, guru masih bekerja.. Hebatnya..
Begitulah rutin sebagai guru yang mahukan kecemerlangan bukan hanya untuk anak didik, bahkan untuk kepuasan diri sendiri..
Apa kaitan 4 in 1 dengan tugas sebagai guru..haaaa, jangan salah faham..bukannya seorang guru buat 4 kerja dalam 1 masa sebab mahu menampung kos hidup yang semakin meningkat ni..bukan tau...eh, bukan..bukan juga guru beristeri 4..ish ish ishhh..jauh sekali..
ok la..ni ha ceritanya..
Alkisahnya, pada 8 Julai 2017 yang lalu, ada 4 aktiviti serentak yang telah dijalankan dan melibatkan guru dan murid SKDA. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Kem Kecemerlangan Jawi
 Kem Kecemerlangan Jawi (Kursus Kaedah Jawi) anjuran PPD dengan kerjasama SKDA sebagai Pengerusi Panitia daerah. Kem ini disertai oleh semua guru Pendidikan Islam dan juga Guru KAFA yang bertugas di SKDA.Kem ini telah dijalankan di SMK Dato Taha.


Penceramah Untuk Kursus Kaedah Jawi
Peserta Kursus Kaedah Jawi


2. Kem Sains
Kem ini melibatkan 4 buah sekolah iaitu SKDA, SK Sg Jerneh, SK Gedok dan tidak ketinggalan SK Rokan  sebagai pengelola pada kali ini. Tujuan kem seperti ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka Apa Itu Sains.. Fasilitator pula terdiri daripada guru-guru Sains dari sekolah  yang terlibat.

Majlis Penutup Kem Sains

Guru yang terlibat dalam menjayakan Kem Sains


3. Spell It Right
Program Spell It Right ini di adakan di Rembau. Seorang guru Bahasa Inggeris mewakili SKDA dalam progrm ini iaitu Cik Myzatul Sarah binti Yusof sebagai Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris di SKDA.
Pengisian Kursus

Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Spell It RIght



4. Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah
 Ada 6 daerah yang telah menyertai pertandingan Senamrobik ini . Kumpulan The Energetic Princess dari Pra Sekolah SKDA telah mewakili daerah Tampin. Kumpulan ini telah mendapat Saguhati dalam pertandingan ini.
Kumpulan The Energetic Princess



Haaaa...begitu lah sibuknya guru di SKDA kan. Diharapkan SKDA akan terus cemerlang pada masa akan datang sesuai dengan mottonya, SKDA Maju Terus Maju.




Share:

Jom Terokai Sains





Pada 8 April ( Sabtu ) Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengadakan program panitia yang dikenali sebagai Jom Terokai Sains. Program ini melibatkan kerjasama antara Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dan Panitia Sains beberapa buah sekolah sekitar iaitu SK. Rokan, SK Bukit Rokan dan SK Gedok.  Hasil kerjasama ini, guru-guru yang terlibat akan hadir membantu menjayakan kem ini mengikut jadual yang telah dibincangkan. 

Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk menanam minat dalam diri pelajar tentang Sains. Antara aktiviti menarik adalah membina dan melancarkan roket dan beberapa aktiviti lain.

Tahniah dan syabas kepada Panitia Sains dan guru-guru yang hadir membantu sepanjang kem sehari ini diadakan. Semoga usaha murni ini membantu pelajar dalam menambah minat terhadap mata pelajaran Sains.
















Ingin saksikan video demontrasi pelancaran roket?

JOM saksikan di sini:




Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts