Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label aktiviti PPKI. Show all posts
Showing posts with label aktiviti PPKI. Show all posts

Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme

Kanak-kanak Autism adalah kanak-kanak istimewa yang harus kita sayangi dan bukan pinggirkan. Tidak ada insan yang mahu dilahirkan dalam keadaan tidak normal dan tidak sempurna.
Bagi memupuk kesedaran orang ramai pada golongan Autisme ini, bulan April dipilih sebagai bulan kesedaran Autisme. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada kita untuk memahami dan membantu golongan Autisme ini supaya masa depan mereka menjadi lebih baik.
SKDA juga turut sama dalam
menyemarakkan semangat biru ini. Oleh yang demikian, pihak PPKI dengan kerjasama guru-guru telah menjayakan program Bulan Kesedaran Autisme ini pada 6 April 2018 yang lalu.












Share:

Berbudi Kepada Tanah Oleh Anak-anak PPKI


Berbudi kepada tanah merupakan satu amalan mulia. Selain daripada kita dapat menikmati hasil  tanaman sendiri, bertani juga merupakan satu riadah yang sangat baik untuk kesihatan. Pada awal tahun ini anak-anak PPKI SKDA dengan dibantu oleh Cikgu Rosnani telah memulakan usaha murni bercucuk tanam. Kerja-kerja memrumput, membatas dan menanam dilakukan sepenuhnya oleh anak-anak PPKI kita. 
Semoga hasilnya subur dan juga semoga ilmu bertani ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh anak-anak kita ini. 


Share:

Anak-anak PPKI bermain boling

Pada 18 Mei 2017, anak-anak PPKI kita telah dibawa melawat sekitar Melaka. Destinasi yang paling disukai mereka adalah Pusat Boling di MITC.

Lihatlah riang sungguh mereka kerana berpeluang bermain boling. 



Bergambar kenangan


Memilih bola yang sesuai.

Semoga anak-anak PPKI kita terus cemerlang. Maju Terus Maju SKDA

Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts