Pada 10 Mei yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama AJK Waris Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengambil kesempatan bersempena cuti Hari Wesak untuk mengadakan satu gotong-royong membersih dan menceria kawasan Pra Sekolah dan sekitarnya.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah melebar dan meratakan laluan masuk ke pra, mengecat pasu bunga dan pagar, memangkas pokok-pokok bunga, memsein rumput dan sebagainya. Dengan kehadiran ibu bapa yang sangat memberangsangkan maka kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan lancar.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta para penyumbang. Semoga ikatan ukhwah sebegini dapat terus dijalinkan dalam aktiviti-aktiviti yang lain pula.






















