Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Showing posts with label NILAM 2017. Show all posts
Showing posts with label NILAM 2017. Show all posts

Pertandingan Nilam Peringkat PKG Gemencheh

Pada 16 Jun 2017 yang lalu, seramai 6 orang murid dari kelas 5 Arif telah mewakili SK Datuk Abdullah untuk Pemilihan Tokoh Nilam peringkat PKG Gemencheh.
Pemilihan Tokoh Nilam ini dipilih berdasarkan kriteria  yang tertentu seperti kepetahan menjawab soalan dan mengeluarkan idea spontan dan bernas semasa perbincangan dalam kumpulan mahupun sesi temubual bersama panel dan juri dilantik.
Berikut merupakan keputusan rasmi 6 orang murid dalam  Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Gemencheh 2017:

1. Nurul Natasha binti Rahim - Johan Kategori Bahasa Melayu (SR)

Johan Kategori Bahasa Melayu (SR)

2. Nuramanina Safwa binti Rosetam - Saguhati (Tempat ke4) Kategori Bahasa Melayu (SR)


Saguhati Kategori Bahasa Melayu (SR)


3. Sofiah Humairah binti Hafiszal - Saguhati (Tempat ke5) Kategori Bahasa Melayu (SR)

Saguhati Kategori Bahasa Melayu (SR)


4. Nursalina binti Abdul Halim -Penyertaan



5. Nurun Nafeesah - Ketiga Kategori Bahasa Inggeris (SR)

Tempat Ketiga Kategori Bahasa Inggeris (SR)

6. Aishah Norsyafikah binti Mazlan - Saguhati (Tempat ke4) Kategori Bahasa Inggeris (SR)

Saguhati Kategori Bahasa Inggeris (SR)
Sebagai makluman, adik Nurul Natasha binti Rahim akan mewakili zon Gemencheh untuk Pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Tampin. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan buat adik Nurul Natasha ini..
Share:

Program Perasmian Nilam

Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Abdullah, 6 Mac 2017- Pelancaran Program Nilam telah dirasmikan dengan penuh gemilang oleh Guru Besar, Puan Russita binti Latip di Perhimpunan Rasmi Sekolah.





Program tersebut merupakan suatu aktiviti tahunan bagi menarik minat murid dengan menjadikan buku sebagai teman walau di mana sahaja berada. Seperti tahun sebelum ini, program Nilam ini akan melibatkan semua murid dan bahan bacaan juga akan dipertingkatkan dari segi mutu dan kuantiti.

Berikut murupakan tahap yang akan dinilai sepanjang Program Nilam ini berlangsung.

TAHAP JAUHARI

Jumlah Bacaan Pengiktirafan

90-179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 - keatas Nilam


Ibu bapa atau waris yang berminat untuk menyumbangkan bahan bacaan juga amat dialu-alukan untuk berbuat demikian.

Semoga program yang dirancang akan membantu meningkatkan prestasi murid dalam pencapaian akal dan akhlak seterusnya menjana minda bestari yang dihajatkan.

Sekitar majlis Perasmian Nilam

Perarakan Masuk 
Pustakawan menyampaikan syair tentang Nilam



Gimik Perasmian






Pukulan Gong



Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Pn Russita binti Latip 


Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts