Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Taj Mahal Sebuah Keajaiban Dunia


Shah Jahan atau sebenar baginda Shahab-ud-din Muhammad Khurram merupakan Maharaja Empayar Moghul yang ke 5.

Empayar Moghul merupakan sebuah kerajaan besar yang meliputi India, Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan sekarang ini.

Baginda memerintah dari tahun 1628 hingga 1658.

Baginda bertemu dengan Mumtaz Mahal atau nama sebenarnya ialah Arjumand Banu Begum pada tahun 1607 di sebuah pesta.

Baginda pun menyatakan hasrat untuk mengahwini Mumtaz Mahal kepada ayahanda beliau Sultan Jahangir ; Maharaja Empayar Moghul pada waktu itu.

Ayahanda baginda bersetuju, tetapi perkahwinan akan dilangsungkan selepas 5 tahun kerana Mumtaz Mahal pada masa itu (1607) baru berusia 14 tahun dan baginda (Shah Jahan) baru berusia 15 tahun.

Dan baginda mesti mengahwini anak Shah Ismail 1 ; pemerintah Iran pada waktu sebagai perkahwinan diplomatik.

Selepas 5 tahun berlalu, barulah tercapai hasrat baginda untuk mengahwini Mumtaz Mahal.

Kebetulan ibu saudara Mumtaz Mahal bernama Nur Jahan telah berkahwin dengan Sultan Jahangir dan dilantik menjadi permaisuri Empayar Moghul!

Disebabkan Nur Jahan lebih cenderung kepada adik Shah Jahan yang bernama Putera Shahryar, maka beliau berjaya mempengaruhi Sultan Jahangir untuk menghantar Shah Jahan dalam misi ketenteraan dengan niat untuk membunuh baginda.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa. Shah Jahan berjaya didalam pelbagai misi ketenteraan tersebut dan semakin disayangi oleh Sultan Jahangir.

Isteri baginda yang dicinta ; Mumtaz Mahal mengiringi baginda didalam setiap misi walaupun susah, jauh dan sarat mengandung!

Sehinggalah suatu hari baginda diarahkan oleh Sultan Jahangir untuk menawan Kandahar (sekarang terletak di Afghanistan).

Shah Jahan enggan menawan Kandahar kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Tindakan baginda tersebut menyebabkan Sultan Jahangir murka.

Sultan Jahangir mengarahkan tentera untuk menangkap Shah Jahan.

Shah Jahan enggan menyerah diri, maka berlakulah pertempuran. Beliau kalah dalam pertempuran dan terpaksa melarikan diri.

Selama 3 tahun Shah Jahan terpaksa bersembunyi dan melarikan diri.

Dan sepanjang itulah juga Mumtaz Mahal mengikuti baginda ke mana sahaja.

Walaupun berkali-kali baginda mencadangkan supaya Mumtaz Mahal pulang ke sisi ayahanda beliau Asaf Khan (salah seorang menteri kerajaan Moghul), tetap Mumtaz enggan meninggalkan suami tercinta.

Selepas 3 tahun, Shah Jahan pun menyerah kalah dan menghantar surat dan memohon ampun daripada Sultan Jahangir.

Sultan Jahangir yang sudah tua dan uzur menerima pengampunan Shah Jahan dan memerintahkan baginda pulang ke Agra.

Sebelum sempat tiba di Agra, Sultan Jahangir telah mangkat.

Nur Jahan dan Putera Shahryar telah berpakat dan merampas kuasa kerajaan Moghul.

Mujur Asaf Khan (ayah mertua Shah Jahan) berjaya menangkap Nur Jahan dan Putera Shahryar dan mencegah tindakan mereka berdua untuk merampas takhta.

Setibanya di Agra, Shah Jahan pun ditabalkan sebagai Maharaja Moghul.

Selepas beberapa lama, Mumtaz Mahal mengandungkan anak yang ke 14 Shah Jahan.

Selepas berhempas pulas selama 30 jam, barulah anak tersebut berjaya dilahirkan.

Mumtaz Mahal meninggal semasa bersalin kerana mengalami tumpah darah yang terlalu banyak.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mumtaz Mahal telah meminta Shah Jahan berjanji untuk tidak berkahwin lagi dan membina sebuah makam yang indah untuk beliau.

Begitulah kisahnya kenapa Shah Jahan sanggup menghabiskan 3 Juta Rupees untuk membina Taj Mahal untuk isteri yang dicinta ; Mumtaz Mahal.

Ketika semua orang lari daripada baginda.

Ketika semua orang tidak menyokong baginda.

Mumtaz Mahal tetap tegak berdiri di sisi suami tercinta.

Itulah HARGA yang dibayar oleh Shah Jahan diatas pengorbanan dan jasa isteri baginda yang tercinta ; Mumtaz Mahal.

.
NOTA : kisah ini ditulis sendiri Ahmad Fadzli Fauzi dengan merujuk kepada novel tulisan Abdul Latip Talib yang bertajuk SHAH JAHAN PEMBINA TAJ MAHAL.
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts