DARAH A
Menurut kajian Dr. Peter J.D’Adamo, pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin
yang sedikit. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan masalah
dalam perut.
⭕ Individu
dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses
penapaian seperti susu krim tanpa lemak, telur dari jenis organik (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang
soya.
⭕ Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti
yang banyak. Broccoli, carrot, bawang putih, bawang,labu, bayam, apricot,
blackberries, blueberries, ceri, buah teen, limau gedang, lemon, nenas, plum
dan buah prunes.
HINDARKAN :-
❌ Makanan
yang harus dihindarkan adalah daging lembu, daging salai, susu, keju hasil
olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik,
jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
🅰 Mempunyai sistem
pencernaan sensitif
🅰 Perlu menghindari
makanan yang daripada produk susu dan daging
🅰 Kurangkan tekanan
dengan bermeditasi, atau bersenam
🅰 Cukup
beristirehat
DARAH B
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis
B lebih fleksibel.
.
Menurut kajian Dr. Peter J.D’Adamo, golongan jenis darah ini perlu menghindari makanan beku atau makanan dalam tin kerana golongan ini sangat mudah mendapat penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus.
.
Menurut kajian Dr. Peter J.D’Adamo, golongan jenis darah ini perlu menghindari makanan beku atau makanan dalam tin kerana golongan ini sangat mudah mendapat penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus.
⭕ Makanan
berasaskan susu sangat bagus untuk darah jenis B kerana ia memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.
⭕ Golongan
ini disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti
yang banyak. Antara sayur-sayuran yang boleh diambil oleh golongan ini adalah
kubis cina, cili benggala (bell peppers), brokoli, kubis bunga, lobak merah,
terung, ulam-ulaman, lobak putih, daun parsley.
⭕ Individu
dengan jenis darah ini juga dianjurkan untuk mengambil daging lembu, kambing ,
ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam
organik, minyak zaitun, beras putih dan buah-buahan.
⭕ Untuk
buah-buahan apa yang golongan darah ini boleh makan adalah pisang, blueberries,
anggur, betik, nenas, plum dan buah prunes.
HINDARKAN :-
❌ Manakala
makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang,
kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak
biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang
tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu,
kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak,
tomato dan jagung.
Ciri khas individu jenis darah B:
🅱 Golongan ini
boleh melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu
menghadkan pengambilan daging.
🅱 Disarankan
mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem
imunisasi badan.
🅱 Sukan yang sesuai
berenang, bermain tenis, berjalan dan bermeditasi.
🅱 Untuk mengatasi
stress, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
P/S : Mesti lepas ni banyak kumpulan Darah B beli pisang
untuk makan kan. Kalau YA, saya ucapkan syabas untuk anda kerana anda mengambil
selangkah maju ke depan untuk berubah serta menjaga kesihatan.
DARAH O
Mengikut majoriti semalam ramai yang ingin tahu mengenai
darah O. Jadi hari ini saya akan jelaskan pemakanan mengikut kumpulan darah O.
⭕ Pemilik darah jenis O perlu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak dan telur namun perlu ÈLAKKAN produk susu dan gandum .
⭕ Pemilik darah jenis O perlu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak dan telur namun perlu ÈLAKKAN produk susu dan gandum .
⭕ Makan
sayur-sayuran yang banyak dan telur namun PERLU ELAKKAN produk susu dan gandum
.
HINDARKAN :-
❌ Pemilik
darah jenis O harus mengelakkan semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Antaranya
bali, roti, tepung gandum, oat, popcorn
❌ Elakkan
jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis
ini.
❌ Sayur-sayuran
ini tidak sesuai untuk golongan kumpulan darah O. Baby kubis (brussels
sprouts), kubis bunga, terung, cendawan, jagung dan kentang
❌ Jangan
sesekali mengambil kekacang jenis kacang dhal, kacang buncis, kacang peas dan
kacang merah
❌ Buah-buahan
yang tidak dibenarkan adalah avocado, strawberries, blackberries, kelapa dan
orange.
❌ Cheese,
ais-krim,susu, parmesan cheese, yogurt, tofu dan mozarella cheese kena
hindarkan dari makanan yang disenaraikan ini.
============================================
Ciri khas individu jenis darah O :
🅾 Memiliki sistem
imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
🅾 Mudah
menyesuaikan pelbagai makanan
🅾 Untuk mengatasi
tekanan, disarankan untuk melakukan aerobik
🅾 Adalah
dinasihatkan untuk mengambil protein tinggi dan makanan karbohidrat rendah,
seperti daging, buah-buahan, ikan, sayur-sayuran
🅾 Berisiko terkena
radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak
bersesuaian
Darah AB
Pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah
jenis A dan B.
⭕ Penyakit
yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran
pernafasan.
⭕ Seperti
yang kita tahu Golongan Kumpulan Darah AB perlu mengelakkan memakan makanan
KEKACANG, JAGUNG, AYAM, PRODUK TENUSU DAN PRODUK GANDUM. Banyak bukan? Sebab
apa yang kumpulah darah A dan kumpulan darah B tak boleh makan itulah yang
golongan darah AB PERLU ELAK.
⭕ Semua
jenis telur (kecuali telur itik) dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran
HINDARKAN:-
❌ Kurangkan
pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih, pasta, oat,dan
barli.
❌ Buah-buahan
yang perlu DIELAKKAN antaranya avocado, pisang, kelapa, mangga, orange dan buah
delima. Yang anda BOLEH MAKAN adalah anggur, kiwi, lemon, ceri dan nenas.
❌ Makanan
berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kacang merah,
walnuts, peanut butter dan chestnuts adalah yang paling sesuai untuk dimakan
oleh individu kumpulan darah ini.
❌ Harus
diingatkan golongan darah ini juga tidak sesuai mengambil butter dan minyak
jagung, ice-cream, parmesan cheese, cream, susu soya dan tofu.
❌ Golongan
daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu kerana ia
tidak sesuai untuk darah anda. Lebih bagus kalau anda makan kambing.
==================================================
==================================================
Ciri khas individu jenis darah AB :
🆎 Mempunyai sistem
pencernaan sensitif
🆎 Disarankan untuk
mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
🆎 Untuk lebih
bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
MULAKAN DARI SEKARANG.
" Badan Sihat, Otak Cergas, Fizikal Menarik "
MULAKAN DARI SEKARANG.
" Badan Sihat, Otak Cergas, Fizikal Menarik "
Koleksi artikel ini dipetik daripada : https://www.facebook.com/DrAzima/
No comments:
Post a Comment