sebenarnya biziiiii manjang..maklumlah, guru ber'dedi'kasi katakan..walaupun sebenarnya mamy tak kasi sangat..hehe.. Baiklah..kita terus pada yang admin nak sampaikan. Pagi tadi, sekolah telah melancarkan satu program di bawah kendalian PSS iaitu Pelancaran KM1M.
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) ini merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Pada tahun ini, KM1M akan mula dilaksanakan pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.
Diharapkan agar program seumpama ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Begitu la kan..jangan je tinggal harapan 😜
Soooo.... Majlis Perasmian KM1M ini telah berjaya dilaksanakan pada 2 April 2018 dan telah dirasmikan oleh Pn Russita binti Latip, Guru Besar SKDA. Pelbagai program telah dirancang sepanjang minggu KM1M ini. Walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 3hb April, tetapi SKDA telah melaksanakannya sehari lebih awal.. nampak tak, betapa
semangatnya sekolah kitorang ni, haha..
Berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis perasmian.. jangan cari admin tau, admin sekarang ni tak sesuai masuk gambar, nanti ada yang pengsan..huhu
Diharapkan agar program seumpama ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Begitu la kan..jangan je tinggal harapan 😜
Ok you all..enjoy the moment!!
Tq 😘
No comments:
Post a Comment