Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Selamat Hari Pekerja



Kepada semua kami mengucapkan selamat bercuti.....jalan-jalan 1 Malaysia
Share:

SKDA Tuan Rumah Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin





Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin berlangsung dalam suasana yang meriah sepanjang sehari perlawanan pada 12 April 2011 bertempat di SK Datuk Abdullah. Pertandingan melibatkan 19 buah sekolah disekitar daerah Tampin. Pertandingan bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKDA, Tn.Hj.Zainal bin Yusof. Juara keseluruhan dimenangi oleh SK Jelai 1 diikuti oleh SK Tampin dan tempat ke tiga dimenangi bersama SK Jelai 3 dan SK Pasir Besar. Tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program sehari di SKDA. Majulah Sukan Untuk Negara.
Share:

Apabila guru wanita beraksi....





Ceria...bertenaga... Itulah yang membuatkan guru-guru bertindak tangkas dan aktif dalam perlawanan persahabatan bola jaring yang diadakan bertempat di padang SKDA. Sekolah jemputan ialah SK Sg.Kelamah. Perlawanan telah berlangsung pada 10 Mac 2011. Seawal pukul 4.00 lagi peserta telah mula memanaskan badan untuk menghadapi perlawanan. Pukul 5.00 , perlawanan dimulakan. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam mendapatkan jaringan. Kemenangan berpihak kepada SK Sg.Kelamah. Syabas. Bagaimanapun bukan kemenangan sahaja yang menanti, yang pentingnya terjalin ikatan silaturrahim antara sesama guru. SKDA menanti perlawanan balas dari kalian.....
Share:

SKDA Juara Kejohanan Kriket 2011Peringkat MSSSMNS.



Pada 16 hingga 19 Februari2011 yang lepas, pasukan kriket sekolah turun padang sekali lagi menyahut cabaran. Kejohanan diadakan di SK ST Aiden, Bahau selaku tuan rumah. Kejohanan berlangsung selama 3 hari.
Berkat usaha gigih dan cekal pemain kriket berserta jurulatih iaitu Cikgu Saravanan dan Cikgu Asyraff, pasukan kita yang diketuai oleh Muhamad Islah Muhaimin b Zol telah menewaskan sekolah lain dengan mudah dan menjuarai kejohanan bagi tahun 2011 ini.
Kejohanan memperlihatkan SKDA menewaskan SK Bukit Rokan Utara, SK Bukit Rokan, SK Serting Kompleks, SK Dusun Nyior, SK St.Aiden dan SK Juasseh.
Semua pemain dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan untuk kejohanan peringkat kebangsaan.
Syabas dan tahniah. Maju SKDA..Maju Kriket....
Share:

Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar 2011



















Satu majlis perlantikan dan penyampaian watikah untuk pemimpin pelajar telah diadakan dalam perhimpunan rasmi disaksikan oleh pelajar dan semua warga SKDA. Pemimpin pelajar yang dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah bagi sesi 2011 terdiri dari Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.
Semua pemimpin pelajar menerima tali leher dan surat perlantikan. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas sekolah iaitu adik Harith Saifullah.
Share:

Sesi Bimbingan Teacher Participants Discussion(TPD)




Program penutur Jati yang dianjurkan oleh PPD Tampin di bawah dasar memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) telah mula dilaksanakan bertempat di Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Program yang melibatkan guru Bahasa Inggeris yang mengajar tahun 1, 2 ,3 dan pra-sekolah ini akan berlangsung selama 30 bulan dimana perjumpaan diadakan setiap hari Selasa pukul 2.30 hingga 5.00 petang. Seramai 3 orang fasilitator iaitu Tiffany M.Mulhall, Steven W.Mulhall dan Gavin Trott menjadi pembimbing kepada 28 orang guru dari 5 buah sekolah dalam daerah Gemencheh.
SKDA menghantar seramai 9 orang guru menghadiri program ini iaitu Pn.Fatimah, Pn.Khaznita, Pn.Norakhmal, Pn.Norlaila, Pn.Norzehan, Pn.Siti Romiyah, Cik Maizatul Sarah, Pn.Norazian dan Pn.Norlaili. Dengan adanya program sebegini dapatlah ditingkatkan pengetahuan dan menambahbaik teknik pembelajaran seterusnya meningkatkan prestasi pelajar sekolah.
Selamat berkursus......dan daripada sesi pertama yang dihadiri...nampaknya sesi ni akan dipenuhi berbagai aktiviti menarik!!! Have fun and be a good trainer.......
Share:

Program Transisi Tahun 1 sessi 2011


"Wah! Bestnya sekolah...Macam-macam ada....". Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari murid Tahun 1 SKDA. Ini menggambarkan sekolah adalah tempat yang amat menyeronokkan baginya. Manakan tidak...sepanjang tiga minggu persekolahan, pelajar Tahun 1 telah didedahkan dengan berbagai aktiviti yang dilalui melalui Program Transisi Tahun 1.
Program yang bermula dari 3 hingga 21 Januari 2011 ini telah dirasmikan penutupannya dalam acara kemuncak iaitu acara sukaneka murid tahun 1. Sebanyak 10 acara permainan telah dirancang dengan acara tiup belon hingga pecah menjadi acara penamat. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Ko-Kurikulum, Tuan Badrul Hisyam bin Tuan Abdullah.
Dalam program ini berbagai aktiviti diatur. Antaranya lawatan, melukis, menyanyi, bercerita dan berbagai lagi bertujuan untuk mempersiapkan diri pelajar dalam menempuh alam pendidikan sepenuhnya. Syabas..guru-guru SKDA..khasnya guru Tahun 1.

Share:

Tahun baru 2011
















Pagi 3 Januari 2011...perhimpunan pertama diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Pastinya terasa asing bagi murid yang baru menjejakkkan kaki untuk pertama kali di SKDA tapi rasa rindu dengan semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu semestinya tersemat dihati semua pelajar.
Selamat datang pelajar baru.....dan kepada semua warga SKDA, marilah kita bersama-sama memajukan sekolah dan memartabatkan SKDA sebagai sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Share:

Perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah 2010


Perancangan aktiviti PSS 2010

Perpustakaan

  • Proses automasi buku –PSS SKDA menggunakan automasi dan dalam operasi memasukkan stok buku. Pengurusan pinjaman dan pemulangan buku masih menggunakan kaedah manual.
  • Menu PSS telah dicetak dan diletakkan di perpustakaan untuk kegunaaan guru.
  • Program NILAM – Buku yang berkualiti akan diperbanyakkan meliputi Tahun 1 hingga 6.
  • Pertandingan membaca terbanyak dijalankan berpandukan buku NILAM.
  • Anugerah Pembaca Terbanyak pada Hari Kecemerlangan 2010.
  • Kempen Membaca.
          • -Pertandingan (mengarang, tulisan cantik, sajak dll)
          • -Bicara buku.
          • -Ulasan buku
  • Keceriaan perpustakaan.
  • Pembelian buku-memperbanyakkan buku karya agung.
  • Proses buku.
  • Baik-pulih buku.
  • Pameran dari pengedar buku.
  • In-house training untuk pustakawan 2010.
  • Program Sasterawan Negara.

Makmal Komputer

  • Jadual penggunaan komputer disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran untuk setiap matapelajaran selama satu jam seminggu untuk murid.
        • Tahap 1
        • Tahap 2
        • Kelas Pend. Khas Bermasalah Pembelajaran
  • In-house training akan diadakan untuk guru-guru bergantung pada keperluan.
  • Aktiviti keceriaan makmal komputer.
  • Program IT untuk pelajaran Bahasa Melayu-minggu 1 dan 3
  • Program ICTL untuk Bahasa Inggeris- minggu 2 dan 4. Audio-Visual
  • Operasi bilik tayang berpindah ke bilik Makmal Bestari
  • Pengrekodan penggunaan TV/Video/TVP
  • Rakaman siaran –rakamsalin atau download. Guna CD burner
  • Aktiviti keceriaan .

BBM dan Grafik

  • Alatan distok dan dikemaskini.
  • Penambahan alatan dibawah pengurusan Panitia Matapelajaran.
  • Borang penggunaan alatan hendaklah diisi oleh semua pihak yang menggunakan alatan.
  • Alatan yang telah lama akan diedar ke kelas untuk bahan pameran kelas.
  • Penyimpanan alatan- Bilik PPSMI

- Bilik JQAF

- Makmal Sains

- Makmal Komputer

- Bilik Kemahiran Hidup SALC

  • Penggunaan SALC sejam seminggu semasa P&P Bahasa Inggeris mengikut jadual.
  • Mengemaskini dan merekod bahan.
  • Aktiviti keceriaan bilik.

Siaraya dan Radio Sekolah

  • Kemudahan PA dalam keadaan baik.
  • Sekolah telah membeli PA System yang baru hasil dari sumbangan YB Shaziman.PA yang lama telah dibaiki.
  • Program Radio Sekolah –siaran akan dimainkan semasa rehat di kantin. Pendawaian akan dibuat di kawasan kantin.

Program Bulan Akademik dan Minggu PSS

  • Bulan Jan/Feb : Panitia Agama Islam/JQAF/Pend.Moral
  • Bulan Mac : Panitia Bahasa Melayu/Minggu PSS
  • Bulan April : Panitia Sains/Kem.Hidup
  • Bulan Mei/Jun : Panitia Bahasa Inggeris
  • Bulan Julai : Panitia Matematik
  • Bulan Ogos : Panitia Muzik/Pen.Seni/Kajian Tempatan/PSV/PJK.

Laman PSS

  • Dokumentasi segala aktiviti sekolah.
  • Mengemaskini Laman Web sekolah – http://skdabdullah.blogspot.com
  • Mengakses facebook untuk Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah
  • Melengkapkan Profil sekolah 2010
  • Penerbitan majalah sekolah dalam bentuk CD. Laman PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)-Sudut Anti Dadah
  • Bahan berupa buku-buku, risalah dan bahan yang berkaitan disediakan untuk rujukan guru dan murid di Laman PAK.
  • Laman PAK: Lokasi di tangga sebelah dewan. Galeri Sekolah
  • Pameran mengikut tema yang bersesuaian-Lokasi: Perpustakaan sekolah Laluan Ilmu
  • Pengisian bahan berdasarkan panatia matapelajaran.

Program NILAM

  • Program dijalankan meliputi semua murid SKDA.
  • Pengisian data mengikut automasi NILAM.
  • Hadiah Pembaca Terbanyak akan diberi kepada murid yang membaca paling banyak buku.
  • Sijil untuk pelajar tahun 6 diberi pada akhir tahun.
  • Buku karya agung akan diperbanyakkan.

Buletin dan Brosur PSS

  • Pengisian akan dibuat berdasarkan tema atas ketetapan PSS
  • Brosur untuk setiap unit dikemaskini.
  • Buletin PSS akan dikeluarkan 2 kali setahun.

Pameran Bertema PSS

  • Pengisian akan dibuat berdasarkan tema atas ketetapan PSS
  • Bahan pameran difail dan didokumentasikan.

Share:

"JOM POI BACO"








Sepanjang percutian penggal 2010 yang lalu, PSS sekolah telah menjalankan satu program bagi mendekatkan diri pelajar kepada buku. Program yang dimaksudkan ialah Program "Jom Poi Baco".
Program melibatkan pelajar bertujuan untuk menambah pengetahuan dengan meneroka berbagai ilmu dan mengisi masa percutian yang panjang dengan cara yang berfaedah. Perpustakaan dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh dengan pengawasan dari pegawai bertugas. Pihak PSS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari berbagai pihak dalam menjayakan program ini.

Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts