Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Bengkel blog






Satu bengkel pemurnian blog fasa ke 2 Sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh telah diadakan di PKG pada 28 Jun 2011. Admin blog sekolah hadir dalam bengkel tersebut. Pn.Norzehan bt Mohd.Nordin mewakili SKDA dalam bengkel ini. Banyak penambahan ilmu telah didapati hasil dari bengkel ini. Fasilitator bagi bengkel ini Cikgu Niezam.
Share:

Jamuan meraikan pengawas SKDA






Pihak pentadbir sekolah telah bermurah hati mengadakan jamuan untuk pengawas sekolah SKDA pada 27 Mei 2011. Majlis dihadiri oleh Guru Besar, GPK dan guru disiplin sekolah. Majlis dimeriahi dengan penganugerahan pengawas contoh untuk bulan Mei iaitu Siti Aminah Hoo bt Mohd.Ariffin.
Majlis juga membuat sambutan ulangtahun untuk pengawas yang lahir pada bulan Mei.
Share:

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011

Wajah peserta yang penuh bersemangat walau pun di hari akhir camping.

Peserta berselera hasil tangan guru-guru yang penuh kasih sayang memasak untuk peserta camping.







SKDA telah berjaya meneruskan acara perkhemahan tahunan unit beruniform tahun 2011 pada 27,28 dan 29 Mei yang lalu. Pastinya perkhemahan ini amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar yang terlibat iaitu pelajar tahun 6.
Share:

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA GURU SKDA
Share:

Selamat Hari Pekerja



Kepada semua kami mengucapkan selamat bercuti.....jalan-jalan 1 Malaysia
Share:

SKDA Tuan Rumah Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin





Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin berlangsung dalam suasana yang meriah sepanjang sehari perlawanan pada 12 April 2011 bertempat di SK Datuk Abdullah. Pertandingan melibatkan 19 buah sekolah disekitar daerah Tampin. Pertandingan bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKDA, Tn.Hj.Zainal bin Yusof. Juara keseluruhan dimenangi oleh SK Jelai 1 diikuti oleh SK Tampin dan tempat ke tiga dimenangi bersama SK Jelai 3 dan SK Pasir Besar. Tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program sehari di SKDA. Majulah Sukan Untuk Negara.
Share:

Apabila guru wanita beraksi....





Ceria...bertenaga... Itulah yang membuatkan guru-guru bertindak tangkas dan aktif dalam perlawanan persahabatan bola jaring yang diadakan bertempat di padang SKDA. Sekolah jemputan ialah SK Sg.Kelamah. Perlawanan telah berlangsung pada 10 Mac 2011. Seawal pukul 4.00 lagi peserta telah mula memanaskan badan untuk menghadapi perlawanan. Pukul 5.00 , perlawanan dimulakan. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam mendapatkan jaringan. Kemenangan berpihak kepada SK Sg.Kelamah. Syabas. Bagaimanapun bukan kemenangan sahaja yang menanti, yang pentingnya terjalin ikatan silaturrahim antara sesama guru. SKDA menanti perlawanan balas dari kalian.....
Share:

SKDA Juara Kejohanan Kriket 2011Peringkat MSSSMNS.



Pada 16 hingga 19 Februari2011 yang lepas, pasukan kriket sekolah turun padang sekali lagi menyahut cabaran. Kejohanan diadakan di SK ST Aiden, Bahau selaku tuan rumah. Kejohanan berlangsung selama 3 hari.
Berkat usaha gigih dan cekal pemain kriket berserta jurulatih iaitu Cikgu Saravanan dan Cikgu Asyraff, pasukan kita yang diketuai oleh Muhamad Islah Muhaimin b Zol telah menewaskan sekolah lain dengan mudah dan menjuarai kejohanan bagi tahun 2011 ini.
Kejohanan memperlihatkan SKDA menewaskan SK Bukit Rokan Utara, SK Bukit Rokan, SK Serting Kompleks, SK Dusun Nyior, SK St.Aiden dan SK Juasseh.
Semua pemain dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan untuk kejohanan peringkat kebangsaan.
Syabas dan tahniah. Maju SKDA..Maju Kriket....
Share:

Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar 2011



















Satu majlis perlantikan dan penyampaian watikah untuk pemimpin pelajar telah diadakan dalam perhimpunan rasmi disaksikan oleh pelajar dan semua warga SKDA. Pemimpin pelajar yang dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah bagi sesi 2011 terdiri dari Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.
Semua pemimpin pelajar menerima tali leher dan surat perlantikan. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas sekolah iaitu adik Harith Saifullah.
Share:

Sesi Bimbingan Teacher Participants Discussion(TPD)




Program penutur Jati yang dianjurkan oleh PPD Tampin di bawah dasar memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) telah mula dilaksanakan bertempat di Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Program yang melibatkan guru Bahasa Inggeris yang mengajar tahun 1, 2 ,3 dan pra-sekolah ini akan berlangsung selama 30 bulan dimana perjumpaan diadakan setiap hari Selasa pukul 2.30 hingga 5.00 petang. Seramai 3 orang fasilitator iaitu Tiffany M.Mulhall, Steven W.Mulhall dan Gavin Trott menjadi pembimbing kepada 28 orang guru dari 5 buah sekolah dalam daerah Gemencheh.
SKDA menghantar seramai 9 orang guru menghadiri program ini iaitu Pn.Fatimah, Pn.Khaznita, Pn.Norakhmal, Pn.Norlaila, Pn.Norzehan, Pn.Siti Romiyah, Cik Maizatul Sarah, Pn.Norazian dan Pn.Norlaili. Dengan adanya program sebegini dapatlah ditingkatkan pengetahuan dan menambahbaik teknik pembelajaran seterusnya meningkatkan prestasi pelajar sekolah.
Selamat berkursus......dan daripada sesi pertama yang dihadiri...nampaknya sesi ni akan dipenuhi berbagai aktiviti menarik!!! Have fun and be a good trainer.......
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts