Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Pertandingan choral speaking daerah Tampin memberikan kemenangan yang jitu kepada SKDA kerana berjaya meraih tempat pertama. Pasukan choral speaking yang dilatih oleh cikgu Maizatul Sarah dan Pn.Norlaila berlatih dengan bersungguh-sungguh 3 minggu sebelum pertandingan dijalankan. Latihan meeka benar benar berhasil dan membuahkan kejayaan yang memmbanggakan. Pasukan ini akan mewakili daerah Tampin dalam pertandingan  peringkat negeri yang akan diadakan di Port Dickson pada 11 Mei nanti. Semoga berjaya semua. Buat sehabis baik!!!
Share:

2013....kecemerlangan hoki SKDA bermula.

SKDA amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukan hoki lelaki sekolah dibawah pimpinan jurulatih yang berkaliber iaitu En.Azman Aziz. Pada tahun 2013 ini, SKDA berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu merangkul johan dalam pertandingan hoki peringkat daerah. Seterusnya 4 orang pemain dipilih untuk bermain diperingkat negeri yang mana sekali lagi  berjaya merangkul tempat pertama. Syabas kepada kesemua pemain. Seorang pelajar dari SKDA dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan.
Sekolah turut menghantar pasukan hoki perempuan untuk menyertai kejohanan tetapi tewas. Bagaimanapun  pengalaman yang didapati sepanjang kejohanan amat berguna untuk setiap pelajar.
Share:

Majlis bacaan yasin setiap bulan di SKDA

Majlis bacaan yassin setiap bulan diadakan di surau sekolah  pada setiap minggu terakhir bulan. Murid tahun 6 beserta ibu bapa dan penjaga dijemput sekali menyertai majlis ini untuk mendapat keberkatan. Semua guru turut serta dalam majlis yang penuh berkah ini.Pada setiap penghujung bulan akhir sebelum Upsr majlis bacaan secara besar - besaran diadakan khas untuk calon yang akan menduduki peperiksaan upsr.



Share:

Hari Bakat 2013

Pertandingan Hari Bakat sekolah telah diadakan pada 26 April 2013 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Hari Bakat diadakan bertujuan untuk mencungkil, menggilap dan mengiktiraf bakat murid dan mengetengahkan sebagai pelapis bagi calon untukmewakili pertandingan diperingkat luar.






Share:

Perkhemahan Perdana

Perkhemahan Perdana sekolah untuk tahun 2013 akan diadakan pada 18 dan 19 Mei akan datang. Semua murid tahun 6 akan terlibat sepanjang perkhemahan ini. Semua guru terlibat dalam menjayakan program ini.
Share:

PERKHEMAHAN PERDANA 2012

Sekolah telah mengadakan perkhemahan perdana 2012 pada 27 dan 28 September 2012 bertempat di padang sekolah. Semua murid tahun 6 terlibat dalam perkhemahan ini . Program juga mendapat kerjasama yang baik dari semua warga sekolah baik di kalangan guru maupun bukan guru.
           Program bermula pada hari Jumaat pagi dan berakhir pada hari Sabtu petang. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program bertujuan untuk memantapkan diri murid dengan pelbagai cabaran bagi menyediakan insan yang cekal menghadapi pelbagai aral dimasa depan.
Share:

Negeri Sembilan juara Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan 2012


SKDA amat berbangga kerana 2 orang pelajar dari sekolah ini telah mewakili Negeri sembilan dalam Kejohanan Kriket di peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Johor pada bulan Jun yang lalu.
Pelajar tersebut ialah adik Raziman dan adik Mohd.Ikmal Puasa. Negeri Sembilan muncul sebagai juara dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan diharap prestasi pasukan kriket akan terus kekal sebagai juara pada masa akan datang.


Share:

Majlis makan malam sempena Hari Guru 2012



Bertempat di Hafiz Tom Yam Gemencheh, sekolah telah menganjurkan jamuan sempena Hari Guru bagi tahun 2012. Majlis diserikan dengan acara memotong kek dan penyampaian cenderahati kepada semua warga guru.



Share:

Hari terbuka skda 2012


Pada hari Rabu, 20 Jun 2012, SKDA telah mengadakan hari terbuka bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dengan ibubapa dan penjaga bersama warga sekolah disamping melaporkan kemajuan anak-anak dalam akademik. Perancangan untuk mempertingkatkan lagi kemajuan pelajar turut diperjelaskan kepada ibubapa dan penjaga khasnya tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Sambutan dari ibubapa dan penjaga amat menggalakkan. Syabas...kepada semua ibubapa dan penjaga murid SKDA.
 








Share:

SKDA tuan rumah Kejohanan Kriket Peringkat Negeri.







Kejohanan Kriket peringkat negeri bawah 12 tahun telah berlangsung 4 hari berturut-turut di padang SKDA pada 8 hingga 11 May 2012. Kategori bawah 18 tahun  pula telah dipertandingkan pada 21 hingga 25 April di Seremban.
              Bagi kategori bawah 12 tahun SKDA mendapat tempat ketiga bersama SK Juasseh manakala Johan disandang oleh SK Bukit Rokan Utara dan naib johan SK Bukit Rokan. Kejohanan berjalan lancar dan meriah. Bagi kategori bawah 18 tahun pula, Johan disandang oleh SMK Tunku Muhamad, SMK Bukit Rokan. SMK Agama Persekutuan Labu.                  
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts