Aktiviti berkhemah merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa mendapat tempat di hati murid-murid SKDA. Admin yakin, bukan sahaja murid SKDA tetapi murid-murid diluar sana pun pastinya turut teruja apabila adanya aktiviti perkhemahan yang diadakan. Begitulah juga reaksi murid tahun 4 dan 6 di sekolah admin, namun hanya murid tahun 6 sahaj yang diberi keutaam untuk menyertai perkhemahan ini. Tak apalah kan, tahun-tahun akan datang, giliran adik-adik pula. Sekarang ni, bagi can lah pada kakak cantik dan abang hensem yang dah habis UPSR tu, hehe...
Untuk pengetahuan semua, perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya selama 2 hari 1 malam iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2018. Perkhemahan pada kali ini melibatkan seramai 67 orang peserta. Alhamdulillah, semua aktiviti yang telah dirancang dalam setiap slot telah berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama daripada setiap ajk pelaksana. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua ajk yang terlibat. Sesungguhnya, jasa kalian amatlah berharga. Jom kita terjah sepanjang aktiviti djalankan...
Aktiviti Mendirikan Khemah
Guru Menyediakan Makanan Tengahari Dengan Bantuan AJK PIBG
Jungle Tracking Dan Masakan Rimba
Malam Kebudayaan
Pengacara Jemputan
Aktiviti Barbeku
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah
Aktiviti Pembersihan
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan murid, guru, pihak PIBG dan komuniti sekeliling. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah.. Mana-mana yang kurang baik adalah kelemahan kita dan akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.. aamiin..










































































