PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING)
Penyampaian Hadiah (set peralatan tulis) dan penanda buku untuk semua murid Tahun 1 2021. Penyampaian Hadiah adalah sebagai satu tanda penghargaan untuk murid-murid Tahun 1 yang hadir ke SKDA.
(ANJURAN : UNIT BIMBINGAN &KAUNSELING)
SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2021 MENGIKUT NORMA BAHARU
PROGRAM PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2021 SECARA PANDU LALU/DRIVE THRU
Hari Pendaftaran bagi murid
Tahun 1 bagi tahun 2021. Program ini diadakan dengan cara pandu lalu (drive
thru). Tujuannya adalah bagi mengelakkan penularan Pandemik Covid -19. Ibu
bapa/penjaga bagi murid Tahun 1 akan menyerahkan maklumat anak (borang),
bayaran buku secara pandu lalu kepada guru-guru yang bertugas dalam program
ini.
Program ini dirancang dengan
mematuhi SOP Keselamatan Covid-19 yang telah ditetapkan.
SAMBUTAN BULAN KEMEDERAKAAN PERINGKAT SEKOLAH
Program Sambutan Hari Kemerdekaan 2020 peringkat sekolah akan diadakan bagi menyambut dan meraikan Kemerdekaan negara kita iaitu pada 31 Ogos setiap tahun.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2020 adalah bertemakan 'Malaysia Prihatin' iaitu ia membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, tanpa mengira ideologi politik dan meliputi segenap lapisan masyarakat, sama ada pihak kerajaan, pihak pembangkang, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.































































