Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




Satu majlis untuk penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diadakan di SMK Bukit Jalor. Para penerima anugerah terdiri daripada Pn.Zalina bt Zakaria, Pn.Latifah bt Daud,
Pn.Norazian bt Mad Saman dan Pn.Azlinawati bt Adnan.
Tahniah kepada penerima anugerah dan harapan agar terus berusaha dengan cemerlang dalam menjayakan wawasan negara demi kemajuan anak bangsa Malaysia
Share:

Majlis Bacaan Yassin

Sukacitanya dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan majlis bacaan Yassin untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2010 mengikut jadual seperti ketetapan berikut:



Kepada para ibu bapa, penjaga dan anda semua dijemput hadir ke majlis ini bagi memperoleh lebih keberkatan.
Share:

Majlis Persaraan Guru Besar






Share:

SKDA Sekolah Rendah Terbaik di Negeri Sembilan

Pada 31 Mei 2010, Puan Hjh. Napsiah selaku guru besar SKDA telah menghadiri Hari Kecemerlangan Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Sembilan di Seremban. SKDA amat berbangga kerana mendapat kategori sekolah rendah terbaik di Negeri Sembilan. Berikut adalah empat kriteria yang dipertandingkan dan SKDA telah memenuhi kriteria tersebut iaitu :

1) GPS mencapai 2.09
2) Peratus keputusan 5A dalam UPSR meningkat sebanyak 10%
3) Peratus keputusan 5A dalam UPSR meningkat dari 8 orang kepada 12 orang murid.
4) Peratus lulus gred ABC meningkat dari 76% ke 85%
Share:

Hari Terbuka SKDA 2010

Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: 3-5 petang
Tempat: Kantin SKDA







Perjumpaan tiga penjuru antara ibubapa, murid dan guru telah diadakan untuk membincangkan prestasi akademik dan kokurikulum murid. Para ibubapa hadir untuk mengambil rekod profil akademik anak-anak mereka. Hari Terbuka amat penting dalam memastikan kecemerlangan murid dan para ibubapa juga dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibubapa.

Share:

Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga Tahun 5

Kem Bestari Solat juga diadakan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Ia merangkumi beberapa fasa yang bermula pada bulan April 2010. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat latihan dalam kumpulan, amali wudhu', amali solat dan menghafaz surah. Murid juga diberikan taklimat mengenai kewajipan solat dan di ajar cara yang betul dalam menunaikan solat. Semoga program ini dapat membentuk keperibadian muslim yang sejati kepada setiap murid.





Share:

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Tampin

SK Datuk Abdullah telah menghantar beberapa pelajar sebagai wakil dalam Majlis Tadarus Al-Quran bagi peringkat daerah kali ke 36 pada 27 Mac 2010. Nurul Izzah bt. Mohd Fauzi muncul sebagai juara dalam acara tilawah Al-Quran manakala peserta lelaki SKDA iaitu Mohd.Atiqqur Rahman b Attaur Rahman mendapat tempat ke tiga dalam acara hafazan.
Pelajar lain yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut ialah dalam acara bercerita ialah Mohd.Saiful bin Jofrey dan Siti Salwa bt Mohd.Danelly dan acara menghafal ayat lazim diwakili oleh Nurul Afnan bt Abdul Rahim.
Salah seorang guru SKDA juga telah dipilih menjadi hakim untuk majlis ini iaitu Puan Azlinawati Adnan.Tahniah untuk adik Nurul Izzah!!

Wakil dari SKDA

Penerima sijil bagi peserta lelaki

Penerima sijil bagi peserta perempuan

Share:

Lawatan Dari Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran

Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, En. Shashim Shah b. Harun telah membuat lawatan ke sekolah ini pada bulan Mei 2010. Warga SKDA sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan beliau. Beliau telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara isi kandungan ceramah beliau ialah kesedaran tentang tanggungjawab seorang murid dan kepentingan pelajaran untuk menentukan masa depan seseorang individu. Selain itu beliau turut mengadakan perjumpaan dengan guru-guru SKDA dan memberi sedikit ceramah mengenai tanggungjawab dan matlamat pendidikan di sekolah.
Share:

Hari Keluarga 2010

Lokasi: Le Paris International Hotel
Tarikh: 21-22 Mei 2010


Seramai 40 orang guru SKDA dan keluarga masing-masing telah mengikuti Hari Keluarga SKDA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

1. Aktiviti santai keluarga

2. Permainan bowling

3. Acara Sukaneka

4. Penyampaian hadiah

Selain dapat beriadah dan bersantai, para guru dan ahli keluarga juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Share:

Guru Pembina Negara Bangsa


(: Guru-guru SKDA :)

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun dan diraikan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyambut Hari Guru seperti jamuan, persembahan daripada murid, aktiviti padang dan sebagainya.




Acara bola petanque..Chaiyookk Cikgu Zehan!





Boleh masuk FIFA World CUP da nie



Horeeeyyyy!!





Cikgu-cikgu keletihan..

Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts