Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Aktiviti Selepas UPSR : Pertandingan Memasak



Seusai UPSR 2017, pelbagai aktiviti telah diatur bagi anak-anak Tahun 6. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan Futsal dan Bola Jaring, Pertandingan Buku Skrap dan Pertandingan Memasak.

Pagi tadi, para pelajar kita telah bertungkus-lumus dan bersatu padu sebagai satu kumpulan bagi menyertai pertandingan memasak. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, memupuk rasa kebertanggungjawaban, dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam aspek penyediaan makanan.

Para pelajar ini telah berbincang dalam kumpulan bagi memastikan agihan kerja dilakukan dengan adil. Setelah itu, mereka mulalah memasak. Jom saksikan beberapa aksi comel mereka...




Penuh yakin

Bacuh sirap ke?

Seronok memasak nampak?

Jemput rasa cikgu....

Bersembang ke tu?

Inilah hasil kami

Menyelerakan

Jemput tengok semua....

Share:

Tahniah Anak-Anak Pra Sekolah


Tahniah dan syabas buat anak-anak pra sekolah kerana telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam karnival PraSekolah Peringkat PPD Tampin yang berlangsung pada 26 September dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan. Terdapat tiga orang wakil pra SKDA dalam karnival ini iaitu untuk acara Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan dan Bercerita.

Setelah selesai pertandingan, majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tampin iaitu Tuan Haji Hamzah. Keputusannya anak-anak Pra kita berjaya mendapat tempat dalam ketiga-tiga acara terbabit.

Berikut adalah keputusan pertandingan melibatkan anak-anak Pra Sekolah SKDA

1. Hafazan Lelaki - Tempat Ketiga
2. Hafazan Perempuan - Tempat Kedua
3. Bercerita - tempat Keempat

Tahniah dan syabas semua. Semoga SKDA terus cemerlang



Bergaya dengan hadiah dan sijil masing-masing

Share:

Koleksi Teks Ucapan Untuk Pelbagai Majlis

Image result for orang berucap
Menjadi pengacara majlis di sekolah atau di mana-mana mungkin menjadi satu igauan buruk buat sesiapa yang kurang bersedia dan keyakinan diri.  Maka menjadi satu langkah penting adalah dalam penyediaan teks ucapan.

Kali ini cikgu ingin kongsikan pelbagai teks ucapan yang boleh dijadikan panduan buat semua untuk persediaan menjadi pengacara majlis yang unggul.

Sila dapatkannya di sini : KLIK SINI
Share:

Tutorial Membina QR Code

Pernah tengok QR Code seperti contoh di bawahkan?

Sememangnya kegunaan QR Code semakin digemari kerana banyak membantu menjimatkan masa, kertas dan selari dengan kemajuan teknologi.



Kali ini Cikgu akan tunjukkan cara membina QR Code anda sendiri. 
Terdapat beberapa penyedia perkhidmtan QR Code di pasaran. Antara yang menjadi pilihan adalah seperti di bawah :-


Untuk tutorial ini, cikgu memilih penyedia pertama. Sila klik pada penyedia pertama tu ye..


Setelah anda klik link tadi, paparan begini akan muncul. 

Sila letakkan link yang ingin anda jadikan QR Code. Untuk tutorial  kali ini, cikgu pilih link blog sekolah.
Sekiranya anda ingin gambar atau video anda dijadikan QR Code, maka anda perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan ini terlebih dahulu ye...

Tunggu sebentar sehingga selesai dan setelah itu anda bolehlah memuatturun QR Code anda. Untuk makluman anda QR Code anda akan disimpan dalam fail Jpeg.

Beginilah contoh QR Code untuk blog sekolah ini. Anda boleh cuba scan melalui telefon pintar anda. Pastikan anda telah mengaktifkan aplikasi QR Scan anda di telefon anda, jika tidak sila dapatkannya melalui Play Store atau Google Store

Selamat Mencuba...

Share:

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2017



Pada 21 September yang lalu, menjadi saksi kemeriahan sambutan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2017 peringkat sekolah. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, terdapat pelbagai acara yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti kempen kibarkan Jalur Gemilang, Pertandingan Menghias Kelas, Pertandingan Pakaian Beragam dan sebagainya.

Bagi mengakhiri sambutan ini satu majlis ringkas tetapi meriah telah dijalankan. Majlis bermula dengan perarakan kemerdekaan. Berdasarkan tema tradisional, warga SKDA segak berbaju melayu berarak sekitar taman perumahan yang berhampiran dengan diawasi oleh anggota polis trafik. Setelah selesai perarakan, majlis penutup diadakan di dewan sekolah.

Semoga aktiviti sebegini mampu menanam rasa cinta akan negara dalam diri anak-anak SKDA tercinta.


Buku Program


Segak anak-anak pra sekolah
Guru Besar dan AJK PIBG juga turut serta dalam Perarakan Merdeka


Geng Basikal turut serta

Terima Kasih Abang Polis!!!






Share:

Tutorial Meringkaskan URL

Tutorial Ringkas memendekkan link URL anda. Jika sebelum ini cikgu sudah memaparkan link form yang dihasilkan iaitu :-


Cikgu percaya bahawa anda akan mengalami kesukaran untuk menggunakan link sebegini. Maka ayuh kita memendekkannya. 

Terdapat banyak penyedia perkhidmatan memendekkan url. Antara yang popular adalah seperti di bawah:- 


https://goo.gl/

https://tinyurl.com/

https://bitly.com/




Cara untuk memendekkan link adalah anda hanya perlu copy link URL yang panjang tadi dan letakkan diruangan yang diminta. Setelah itu anda tunggu sebentar sehingga pihak penyedia memberi link yang sudak dipendekkan. Untuk tutorial kali ini, cikgu memilih penyedia bit.ly nampak tak link cikgu sudah menjadi pendek.

Tapi jika anda inginkan link yang lagi mudah, maka sila daftar sebagai pengguna penyedia tersebut kerana sebagai ahli, anda boleh memilih dan mengubahsuai link anda seperti URL cikgu tadi telahpun cikgu ubah menjadi : 


kan lagi senang nak ingat....Selamat mencuba

Share:

Tutorial Membina Form (Borang)

Ramai mengetahui bahawa Google telah melancarkan beberapa aplikasi yang sangat membantu dalam urusan atas talian. Salah satunya adalah Google Form. Antara perkara yang boleh dilakukan dengan Google Form ini selain daripada membina borang, anda juga boleh membina satu set soalan dan boleh dijawab secara atas talian oleh anak-anak murid anda atau anda masukkan ke VLE Frog anda. Seronokkan?

Baiklah tak sabar sudah anda untuk belajarkan?

Jom kita belajar..

Pastikan anda sudah login ke akaun gmail anda. Kemudian terus klik ke 'Drive'

Klik ke My Drive. Kemudian pilih 'more'. Klik ke 'Google Form'. Anda boleh pilih sama ada 'blank form' atau 'from a template' . Kali ini cikgu pilih 'from a template'


Begini paparan yang muncul dan anda boleh pilih mana-mana template yang disukai. Setelah berjumpa template pilihan sila double klik dan paparan seperti di bawah akan muncul.

Beginilah paparan pada ruangan "Questions" dan cikgu sudah menulis beberapa fungsi tools yang terdapat pada paparan ini. Anda kini boleh mula membina 'form' anda sendiri.

Setelah selesai , anda boleh memilih untuk mengubah warna atau melihat paparan borang yang terhasil melalui paparan 'preview'

Setelah itu sila tukarkan nama borang dan boleh memilih untuk menyimpan borang anda ke dalam bentuk folder atau tidak. Cikgu menyarankan anda untuk menyimpannya ke dalam bentuk folder bagi memudahkan anda menganalisanya di kemudian hari.

Di ruangan google drive anda sudah terpapar satu folder borang anda tadi

Anda boleh klik borang anda dan kembali untuk langkah selanjutnya. Sila klik 'responses' bagi langkah menyusun data yang akan dikumpulkan nanti. Klik pada icon 'spreedsheet' yang bewarna hijau.

Setelah anda klik 'responses' maka paparan begini muncul. Klik 'create'

Maka dalam folder borang anda tadi akan muncul satu lagi fail iaitu fail 'responses'. Klik fail tersebut.

Beginilah paparan data yang akan anda terima nanti
Apabila sudah selesai, ayuh kita dapatkan link form anda di sini. 


Selamat mencuba..

ps: Link anda sangat panjang bukan? Ikuti tutorial selanjutnya bagaimana untuk memendekkan link anda. 

Share:

Projek Keceriaan 2017






Kata orang bertangguh itu pencuri masa. Jadi bagi warga SKDA tiada istilah menangguhkan kerja. Maka bagi memenuhi waktu senggang, Biro Keceriaan sekolah menerusi Pengerusinya Cikgu Norlaila binti Karim telah merancang menceriakan sekolah dengan lukisan mural. Aktiviti ini dijalankan bermula 11 September kerana terdapat sedikit ruang memandangkan pelajar tahun 6 sedang menduduki UPSR dan sebahagian kelas telah mendapat cuti bergilir.

Dengan waktu yang ada inilah barisan guru telah bersama-sama menunjukkan kebolehan melukis dan mewarna sehingga berjaya menghasilkan mural yang cantik. Dari semangat inilah maka, projek ini akan diteruskan ke beberapa lokasi lagi. Tunggu hasilnya nanti ye....
Cikgu Norlaila sedang berbincang bagi mendapatkan idea terbaik. Serius nampaknya mereka ni.. Gambar-gambar di bawah membuktikan betapa tekun dan seriusnya mereka bekerja bagi mendapatkan hasil terbaik.

 



Sir Saravannan menunjukkan bakat terpendam
Ustaz Badrustamam penuh khusyuk

Cikgu Nooraini dan Cikgu Azliana juga ingin mencuba nasib

Cikgu Siti Zubaidah membuktikan guru Sains juga pandai mewarna


Cikgu Myzatul dan Cikgu Norakmal mewarna sambil menyembang tentang soalan UPSR ke tu?
Mural pertama

Mural kedua

Mural ketiga

Lihat sebahagian hasilnya. Cantikkan?

Sambil-sambil tu sempat juga menyiapkan set sifir pada bahagian tangga. memang pandai sungguh menggunakan waktu ni..
Share:

Wakaf Al Quran

Foto Saad Bin Sani.

Pada 12 September yang lalu, satu majlis ringkas sumbangan Al Quran telah berlangsung di surau sekolah. Kelab Sukarelawan Tampin telah bermurah hati untuk memberi sumbangan sebanyak 100 buah Al Quran.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan daripada GPK Pentadbiran, En. Ahmad Nizam bin Dzulkifli. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Al Quran yang bakal memberi faedah kepada anak-aanak SKDA khasnya dan warga SKDA amnya.  Selepas itu, Tok Din selaku wakil Kelab Sukarelawan Tampin turut menyampaikan ucapan dan dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan kerjasama semua untuk menyokong aktiviti kelab dalam membantu bukan sahaja dalam program wakaf Al Quran, malahan aktiviti lain seperti bantuan kepada pelajar miskin dan sebagainya.

Pihak sekolah sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan ini.

Foto Saad Bin Sani.

Bergambar kenangan sebelum majlis tamat

Foto Saad Bin Sani.

Akad sumbangan antara Tok Din dan GPK 1 SKDA
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts