Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam laman web sekolah SKDA ini.
Penerbitan laman web sekolah ini adalah usaha untuk mendokumentasikan dan mengumpul data yang berkaitan dengan sekolah untuk tatapan umum. Ia juga boleh dijadikan instrumen untuk menilai sumbangan pelbagai pihak.
Kejayaan sekolah dalam bidang akdemik dan kokurikulum adalah asas utama dan terpenting dalam memastikan SKDA sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejarah kegemilangan sekolah bukanlah kayu pengukur kejayaan sekolah tetapi kekuatan dan kemenangan berterusan yang akan meletakkan sekolah ini sentiasa berada di puncak.
Tidak dapat disangkal lagi, ketinggian martabat sesuatu bangsa dan negara tidak dapat dipisahkan daripada pencapaian masyarakat dalam bidang ilmu. Justeru, sekolah bukan sahaja dilihat sebagai institusi yang berperanan untuk memperlengkapkan murid dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan masa kini semata-mata. Sekolah juga harus berperanan memperteguh jati diri disamping memperkasa benteng ketahanan rohani dan emosi bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di masa hadapan.
Harapan saya agar para pelajar SKDA dapat menjadi insan berkualiti dan berakhlak mulia bagi mencapai martabat insan cemerlang dan modal insan terbilang.
Sekian, terima kasih.
Tn.Hj. Zainal bin Yusof
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah,
Gemencheh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No comments:
Post a Comment