Salah satu cabaran besar dalam menjadikan perpustakaan sebagai tempat tumpuan pelajar adalah berkaitan dengan buku. Cabaran tersebut bukan sahaja dalam menjadikan budaya membaca itu sebagai salah satu budaya, tetapi cabaran lain adalah untuk mengemas rak buku cerita.
Sehubungan dengan itu, pihak PSS sering kali mengadakan aktiviti mengemas rak-rak buku. Pada 24 April, satu lagi kerja mengemas dilakukan oleh Guru Perpustakaan, Ustazah Nooryahafizah binti Radzuan, bersama dengan dua orang pengawas perpustakaan dengan bantuan GPM Pn. Marlina binti Majih.
Biarpun aktiviti ini dilakukan pada waktu cuti, namun hal ini bukanlah penghalang kepada pihak pengurusan PSS untuk memastikan perpustakaan sentiasa kemas. Diharapkan juga supaya para pelajar lebih berdisiplin bagi memastikan susunan buku sentiasa kemas kerana dengan disiplin yang tinggi akan menjamin kejayaan dalam diri pelajar itu sendiri.
No comments:
Post a Comment