Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Saban tahun, setiap sekolah pasti akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Begitu juga dengan SK Datuk Abdullah, di mana Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah selamat dilaksanakan pada 23 November 2017 dengan jayanya. Majlis ini bertujuan untuk menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan juga sahsiah. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-murid mencerminkan kejayaan sesebuah sekolah di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa dan komuniti sekeliling.

Selain itu, sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan ini akan menjadikan murid-murid lebih bermotivasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Ini jelas menunjukkan persaingan yang sihat di kalangan murid. 

Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah dimulakan pada hari Rabu lagi tetapi diadakan secara tertutup. Ini kerana, pada Hari Rabu adalah Penyampaian Sijil kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sahaja.

Kemucak Hari Anugerah Kecemerlangan adalah pada hari berikutnya, iaitu hari Khamis. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Dato' Mohd Isam bin Isa, ADUN Kawasan Gemencheh. Dalam ucapan yang beliau sampaikan, beliau mengharapkan agar SKDA sentiasa cemerlang pada masa akan datang dan akan mendoakan agar kecemerlangan sentiasa menjadi milik murid-murid dan pihak sekolah.

This Is SKDA!!!

Dengan motto Maju Terus Maju, diharapkan agar kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa mengiringi murid-murid SKDA. Insya Allah..





































Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts