Kalau korang nak tau, warga SKDA telah selamat ber Hari Keluarga pada 13 dan 14 Oktober 2018 yang lalu. Tempatnyaaa..korang nak tau tak? Tak payahlah kan.. ehh, macam lah best sangat admin nak berahsia-rahsia sangatkan, hahaha... tapi, memang best pun.. Sebabnya,program Hari Keluarga kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 161 warga keluarga di suatu tempat, Impian Morib Hotel, Banting, Selangor. Ramaikan...
Haaa...tujuan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama warga SKDA. Walaupun dah jumpa hari-hari, tapi adakalnya tak dapat nak bersapa mesra,, al-maklumlah, bila kat tempat kerja ni, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing..admin je yang tak sibuk, tapi selalu buat-buat bizi..wahh, winnya ayat admin, hehe..
Apapun, tahniah diucapkan kepada Team Kemuda kerana berjaya mengendalikan program seperti ini. Diharapkan agar program ini akan berterusan dan akan ditambah baik dari masa ke semasa. Admin selaku salah seorang ajk pelaksana, memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa kita ber"Hari Keluarga" ini. Segala yang baik adalah kurniaanNya.. mana-mana yang tak baik dan terkurang tu, admin harap ahli Kemuda dan keluarga telah buang jauh dalam dasar laut Morib, hehe.. Berilah ajk Kemuda mengemudi kapal dengan baik dengan adanya kerjasama daripada semua pihak.. Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan, bolehlah diutarakan pada ajk Kemuda.
Acara Sukaneka..suka-suka je..
Kolam sentiasa penuh dengan anak-anak comel..
Jamuan Makan Malam
Acara mengurangkan air dalam kolam..
dikhuatiri air tinggal separuh bila ahli keluarga SKDA dah naik atas..
hehe..jangan marah naa.kalau marah,.nanti kita jual...
Suami-suami ahli keluarga ambil masa untuk berbola tampar gitu..
Diharapkan agar setiap program yang dirancang oleh ajk Kemuda akan dapat dilaksanakan dengan baik pada masa akan datang..aamiin...
No comments:
Post a Comment