Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


MAJLIS JASAMU DIKENANG.. TERIMA KASIH!!!

Majlis Jasamu Dikenang kali ini menghimpunkan Majlis Persaraan buat Pn. Mazlina binti Maarop dan Majlis Perpisahan Pn. Nurfatin Liyana dan Cik Fatimah Zahrah. Adat pertemuan, pasti ada perpisahan. Walaupun ketiga-tiga mereka ini bukanlah warga pendidik, namun jasa dan pengorbanan mereka amatlah dihargai.

Pada 30 Ogos 2019 yang lalu, menyaksikan tiga warga SKDA yang akan meninggalkan kita semua. Warga SKDA sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.







Buat Pn Mazlina binti Maarop - Semoga sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan sebagai YB baharu. Jika ada masa dan kelapangan waktu, bolehlah hantar sarapan untuk warga SKDA..erkk..










Untuk Pn. Nurfatin Liyana - Semoga sentiasa sukses apa jua bidang baharu yang diceburi. Warga SKDA sentiasa mendoakan kejayaan Fatin di luar sana. Apa jua cabaran, hadapilah dengan tenang.







Teristimewa untuk Cik Fatimah Zahrah - Terima Kasih atas segala budi yang dicurahkan pada pelajar SKDA. Sesungguhnya, ilmu yang diberikan amat tinggi nilainya. Semoga berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.








Terima kasih untuk segala kenangan. 

Semoga dari air mata yang tumpah pada hari ini akan membuatkan kita lagi kuat. 

Dari dugaan, akan menjadikan kita lebih tabah. Apa pun yang kita rasa, pasti ada hikmahnya.

Mana mungkin kita mampu sekuat dan setabah ini tanpa adanya kasih sayang Allah. 

Terima kasih pada Allah atas segala rasa yang terpendam. 

Terima kasih kenangan atas segala senyum dan air mata. 

Sungguh, segala yang hadir itu mempunyai sebab yang kita sendiri pun tidah tahu. Redha..TQ Allah.


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts