Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Thanks INTI U!!!

Mesti ada yang tertanya-tanyakan..kenapa nak ucap terima kasih pada INTI University?
haa, kalau korang nak tahu, INTI University ni telah membuat program amal untuk ibu bapa dan penjaga warga SKDA yang kurang berkemampuan. Dalam program ini, pihak INTI University telah menyediakan pelbagai barangan dapur untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. 
Diharapkan program ini akan berterusan pada masa akm datang. Admin selaku mewakili warga SKDA mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada INTI University kerana memilih SKDA untuk program amal ini. 






Share:

Rezeki BERGANDA SKDA!!! Bercerita dan Berbicara Irama

Kegembiraan berganda buat warga SKDA..
waaa, mahalnya kata-kata ni kan,hehe..
Actually, Panitia BM telah menghantar beberapa orang murid mewakili SKDA untuk menyertai beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang telah disertai ialah Pertandingan Bercerita Tahap 1, Pertandingan Bercerita Tahap 2 dan Bicara Berirama. 
Kesemua pertandingan ini telah dijalankan pada 5 April 2018 bertempat SK Jelai 3. 
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
1. Adik Nur Iman Sofea bt Ahmad   Pertandingan Bercerita Tahap 2 - Naib Johan

2. Adik Muhammad Hakeem Asyraf bin Syarul Ambia 
Pertandingan Bercerita Tahap 1 - Penyertaan

3. Bicara Berirama - Tempat Ketiga

4. Adik Sofea Humairah bt Hafiszal - Konduktor Terbaik

Untuk makluman, adik Nur Iman Sofea akan mewakili daerah Tampin untuk ke peringkat negeri. Didoakan agar adik Nur Iman Sofea akan membawa kemenangan buat kita, aamiin..











Syabas dan tahniah diucapkan buat peserta, jurulatih, guru-guru dan team panitia Bahasa Melayu 2018. Semoga SKDA akan terus sukses pada masa akan datang..
Buat adik Muhammad Hakeem Asyraf, cuba lagi pada pertandingan yang akan datang. Walaupun hanya sekadar penyertaan, tetapi dia telah menang di hati warga SKDA..cia cia cia.. Dari raut wajahnya, tiada langsung tanda kesedihan. Tak apa lah, mungkin dia belum faham maksud pertandingan,hehe..
Ok la..itu sahaja coretan admin buat korang..enjoy it..
Tq 😘




Share:

KM1M Peringkat Daerah Tampin

Haiiii,sihat tak hari ni? harapnya semua sihat- sihat di pagi Jumaat yang indah ini. Saja nak bagitau kat korang, beberap hari ni, admin rasa gembira je..alhamdulillah..banyak perkara baik yang berlaku..walaupun ada jugak yang menjengkelkan hati,tapi admin tak ambil port la..malas nak fikir,buat serabut kepala je kan,hehe...
Ok la..berbalik pada isi utama yang admin ingin sampaikan.. perkara ni sebenarnya berlaku semalam lagi, iaitu pada 5 April 2018..tapi admin takde kesempatan nak tulis kat blog ni..maaf tau..sebab adakalanya admin jadi pemalas 😪
Baik..pada hari semalam,iaitu hari Khamis, sebenarnya ada perasmian KM1M peringkat daerah Tampin. Seramai 4 orang murid telah dipilih untuk mengikuti pertandingan Literasi Maklumat. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana murid SKDA telah menjadi johan dalam pertandingan yang dijalankan. Haaa, perkara seperti ini lah yang menjadikan perasaan admin gumbira, hehehe.. Walaupun bukan admin yang dapat hadiah,tapi sebagai guru pengiring turut menumpang bangga 😅

Jom belek-belek..ni je gambar yang sempat admin ambil..
Share:

SKDA Johan Scrabble!!!

Hollaaa everibadi..sihat tak? Admin heppiii sangat hari ni..nak tau sebab apa..ermmm,adalah..satunya,sebab admin banyak masa free hari ni..murid tahap 1 telah dicutikan,mau tak hepikan,hehe..bole goyang kaki la org kata..ada tu sampai terlelap pulak.ehh,bukan cikgu..murid-murid haaa..tak baik you all,hahaha..
Ok laa..hepi yang kedua tu,sebaaaab..tengok tajuk la..yezza, SKDA johan pertandingan scrabble peringkat daerah Tampin tau! Mau admin tak bangga sebagai warga SKDA. Sempatlah kembang kuncup kat atas pentas tadi. Bukan sebab ambil hadiah, tapi sebagai ajk hadiah je,hehe..
Berikut admin sertakan keputusan bagi pertandingan scrabble tadi:

1. SKDA - 936 markah
2. SJK (C) Sin Min - 693 markah
3. SK Kampong Ladang - 527 markah
4. SJK (T) Tampin - 500 markah
5. SK Jelai 1 - 446 markah
6. SK Londah - 444 markah
7. SK Air Kuning Selatan - 423 markah
8. SK Tunku Besar Tampin

Kalau dilihat dari segi kutipan markah, nampak hebat sangat SKDA ni kan..Harapnya agar kehebatan ini akan sentiasa mengiringi langkah SKDA pada masa akan datang, insyaAllah..
Sekalung ucapan tahniah kepada adik Nur Salina dan Q'uemwell Owen kerana telah membanggakan warga SKDA pada hari ini. Setinggi penghargaan dan syabas juga wajar diberikan kepada Pihak SKDA khasnya Panitia BI dan AJK kerana menjadi pengelola bagi menjayakan pertandingan ini. Sesungguhnya kerjasama ikhlas yang diberikan telah mendapat pujian daripada En Solihin, Pegawai Ko Akademik PPD Tampin.
Mari kita lihat kenangan yang sempat dicuri oleh lensa kamera sepanjang pertandingan dijalankan..










































Enjoy tak dengan moment yang ditunjukkan.. harapnya kemenangan akan terus berpihak pada SKDA pada masa akan datang di pertandingan-pertandingan yang lain pula..
Well, this is SKDA!!!  Kita kena yakinkan...

Ok, babai.. luv u al.. 
Tq 😘




Share:

Bengkel PA21

Seiring dengan arus pemodenan, pendidikan kini juga turut berubah. Jikalau dulu, lebih dikenali dengan KBSR namun sekarang KSSR telah memainkan peranan utama dalam dunia pendidikan. Dalam usaha memantapkan KSSR ini, guru-guru juga telah diperkenalkan dengan Pembelajaran Abad 21 atau lebih sinonim dengan PA21.
Dalam hal ini, guru SKDA juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan pengetahuan tentang PA21. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menjalankan Bengkel PA21 kepada guru-guru pada 2 April 2018. 
Dalam PA2 ini, aktiviti berpusatkan murid amatlah dititkberatkan. Beberapa kemahiran perlu diterapkan dalam aktiviti pdpc seperti kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreativiti, berfikiran kritis dan nilai murni & etika. Kemahiran-kemahiran ini amat penting
bagi melihat kemenjadian murid pada masa akan datang.
Diharapkan agar guru-guru akan sentiasa menerapkan elemen yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan murid yang lebih berwibawa pada masa akan datang.


















Share:

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Halloooo..Lama admin tak bersiarankan.. mesti ada yang rindu. Kalau tak rindu pun,alah buat-buat rindulah kat admin ni..bagi senang hati sikit..heee.. Ok you all..admin
sebenarnya biziiiii manjang..maklumlah, guru ber'dedi'kasi katakan..walaupun sebenarnya mamy tak kasi sangat..hehe.. Baiklah..kita terus pada yang admin nak sampaikan. Pagi tadi, sekolah telah melancarkan satu program di bawah kendalian PSS iaitu Pelancaran KM1M.
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) ini merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Pada tahun ini, KM1M akan mula dilaksanakan pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.

Soooo.... Majlis Perasmian KM1M ini telah berjaya dilaksanakan pada 2 April 2018 dan telah dirasmikan oleh Pn Russita binti Latip, Guru Besar SKDA. Pelbagai program telah dirancang sepanjang minggu KM1M ini. Walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 3hb April, tetapi SKDA telah melaksanakannya sehari lebih awal.. nampak tak, betapa
semangatnya sekolah kitorang ni, haha..
Berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis perasmian.. jangan cari admin tau, admin sekarang ni tak sesuai masuk gambar, nanti ada yang pengsan..huhu































Diharapkan agar program seumpama ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Begitu la kan..jangan je tinggal harapan 😜

Ok you all..enjoy the moment!!
Tq 😘
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts