Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN:-


Peperiksaan semakin tiba, pastinya adik-adik juga semakin cemas dan usaha ke arah peperiksaan semakin rancak dilakukan bukan sahaja adik-adik, malahan guru-guru juga bertungkus-lumus bagi menghadapi pecutan akhir ini. 

Berikut dikongsikan beberapa tips berguna untuk adik-adik menghadapi peperiksaan.


  1. Membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan. Kita sedia maklum bahawa apa-apa juga yang ingin kita capai sama ada dalam bidang sukan, pertandingan bahkan juga peperiksaan sangat perlu bagi kita membuat persediaan yang rapi. Lihat bagaimana atlet-atlet sukan yang cemerlang dalam lapangan yang mereka lalui adalah hasil daripada kegigihan semasa latihan. Begitu juga bagi adik-adik yang menduduki peperiksaan. Persediaan sebelum masuk ke dewan sangat penting bagi menghasilkan kejayaan yang diinginkan. Adakah adik-adik memberi focus semasa belajar, Adakah adik-adik menyediakan jadual belajar dan mematuhinya? Adakah adik-adik sering merujuk guru atau bertanya kawan-kawan jika terdapat masalah dalam pelajaran? Berapa lamakah masa adik-adik peruntukkan dalam sehari untuk belajar dan mengulangkaji? Persoalan-persoalan ini membantu adik-adik dalam membuat persediaan rapi sebelum adik-adik menjawab peperiksaan. Tanpa bekalan secukupnya, adik-adik telah awal-awal lagi tewas.
  2. Menjaga diri. Pastikan adik-adik sihat dan bertenaga serta bersemangat untuk menjawab soalan. Untuk itu,adik-adik perlu menjaga kesihatan diri dengan mengambil pemakanan secara sihat, menjauhkan makanan-makanan yang tidak elok untuk kesihatan diri. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya bebas daripada apa juga wabak yang boleh membawa penyakit. Rehat secukupnya. Melakukan senaman juga antara langkah-langkah yang boleh adik-adik lakukan bagi memastikan adik-adik bersemangat. Kita sedar bahawa otak memerlukan bekalan oksigen secukupnya, jester jangan lupa sentiasa minum air masak dengan kadar secukupnya. Bagi yang berkemampuan, maka bolehlah mendapatkan makanan tambahan untuk minda seperti kismis dan sebagainya.
  3. Menjaga hubungan dengan Allah. Allah Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Maka perlu bagi adik-adik sentiasa dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Antara amalan yang boleh adik-adik lakukan adalah menjaga solat lima waktu, mengamalkan solat sunat dhuha, solat hajat, membaca Al Quran dan sentiasa berdoa untuk memohon kepada Allah bagi kejayaan diri adik-adik. Janganlah hanya mengharapkan doa ibu bapa dan guru untuk adik-adik cemerlang kerana adik-adik sendiri perlu berbuat sedemikian juga.
  4. Menjaga hubungan dengan sesama manusia. Setelah adik-adik menjaga hubungan adik-adik dengan Allah, maka adik-adik perlu juga melihat bagaimana hubungan adik-adik sesame manusia seprti hubungan dengan ibu bapa, guru-guru, adik-beradik, rakan-rakan dan dengan sesiapa yang sentiasa adik-adik jumpa. Pernahkah adik-adik menyakiti mereka?Pernahkah adik-adik mengumpat tentang mereka? Jika ada, maka eloklah adik-adik memohon kemaafan kepada mereka, kerana doa orang-orang yang teraniaya sangat makbul. Kita bimbang sekiranya terdapat salah silap kita semasa kita bertutur dengan mereka terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Untuk itu , adik-adik perlulah bersopan dan sentiasa membantu mereka tanpa mengharapkan balasan.
  5. Bersedekah. Sentiasalah bersedekah adik-adik kerana banyak manfaat yang akan kita perolehi jika sentiasa bersedekah. Bersedekah bukan semata-mata memberi wang ringgit, antara amalan bersedekah yang boleh adik-adik berikan adalah memberi makanan, memberi rakan-rakan lain meminjam alatan seperti buku dan alat tulis, membantu mereka,bahkan senyuman juga itu satu sedekahkan?
Antara fadhilat bersedekah adalah seperti berikut:-

a. Menyembuhkan penyakit

Benarkah sedekah dapat menyembuhkan diri kita dari penyakit?
Rasulullah SAW bersabda, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (H.R. Ath-Thabrani)

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah!” (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Ada sebuah kisah dalam Shahih At Targhib, Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Beliau telah mengubati lututnya dengan berbagai-bagai ubatan, bahkan pernah bertanya kepada para doktor, namun tidak menghasilkan apa-apa.Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah perigi, kerana manusia sedang memerlukan air. Aku berharap akan ada mata air dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh.”

Cubalah bersedekah dengan niat minta disembuhkan dari penyakit, sesungguhnya Allah Maha Pemberi Kesembuhan.

Selain itu, menurut penelitian yang dilakukan Prof. David M Clelland, ditemukan hasil bahawa dengan melakukan sesuatu yang positif untuk orang lain seperti bersedekah akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Ini menyebabkan tubuh lebih kuat menghadapi penyakit. Maka, perbanyaklah bersedekah untuk menyihatkan diri kita!

B. Memberi rasa bahagia

Siapa yang lebih bahagia? Orang yang menerima sedekah, atau orang yang memberi sedekah?
Ya, tentu saja orang yang memberi sedekah akan lebih berbahagia. Hal ini diperkuat dengan hasil penelitian.Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan di American Journal of Public Health pada 2013, ditemukan bahawa orang yang membantu orang lain sangat terhindar daripada rasa stress.
Selain itu, dalam bukunya, Allan Luks mengatakan bahawa dengan menolong orang lain akan meringankan rasa sakit kita sendiri, mengurangi stres, dan memberi rasa bahagia.

Dengan memberikan bantuan secara sukarela akan meningkatkan hormon endorfin, hal itu baik untuk kesihatan jiwa kita. Penelitian yang dilakukan Allan Luks ini melibatkan 3000 sukarelawan, dan 90%-nya merasakan betul manfaat berbagi dengan orang lain.

C. Memanjang usia dan meringankan sakaratul maut

Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah dari seorang Muslim meningkatkan (hartanya) dimasa kehidupannya. Dan juga meringankan kepedihan saat maut (Sakratulmaut), dan melaluinya (sedekah) Allah menghilangkan perasaan sombong dan egois. (Fiqh-us-Sunnah vol. 3, hal 97)

D. Mendekatkan pada terkabulnya hajat

“Barang siapa berniat sedekah, kecepatan Allah membalasnya lebih dari kecepatan gerakan sedekahnya.” (Hadist Qudsi) 

E. Menolak bencana

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan: “Sesungguhnya sedekah bisa memberikan pengaruh yang menakjubkan untuk menolak berbagai macam bencana sekalipun pelakunya orang yang fajir (pendosa), zhalim atau bahkan orang kafir, karena Allah SWT akan menghilangkan berbagai macam bencana dengan perantara sedekah tersebut…”

Hadits lainnya, "Bersegeralah bersedekah! Sebab, musibah dan bencana tidak mampu mendahului sedekah.”

F. Menambah rezeki

Rasulullah SAW pernah bersabda “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (HR. Al-Baihaqi)

Dalam salah satu hadis Qudsi, Allah berfirman: “Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), nescaya Aku memberikan nafkah kepadamu.” (H.R. Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi SAW pernah bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq.” Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: “Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).” (H.R. Bukhari – Muslim)

G. Mendapat naungan di hari kiamat

Rasulullah SAW bersabda “Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR. Ahmad)

Dari Uqbah bin Amir ia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Setiap individu berada dalam naungan sedekahnya sampai dia diadili di antara manusia."

Nabi pernah menyebutkan bahawa tujuh hal yang akan menjadi payung yang menaungi pada hari kiamat antara lain seseorang yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan tangan kanannya. (HR. Bukhari Muslim)

“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sungguh pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.” (Silsilah As-Shahihah, 3484)

Kesimpulannya sangat banyak manfaat jika adik-adik menjadikan malan bersedekah sebagai amalan harian adik-adik.



  1. Amalkan baca doa ni:



Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts